Saya kesal tak brsungguh utk dapatkan Leya. Masa sy bersama dia, sy busy cari awek lain yg cantik dari dia.

Hi semua, aku Ahmad. Maaf kalau confession aku ni agak panjang. Aku cuma nak meluah sikit kat sini supaya kat luar sana boleh ambik pengajaran dan tak jadi bodoh macam aku. Hahaha. Aku tak leh cerita benda2 ni kat geng2 kerja aku, kang tujuh keturunan tak habis kena bahan. Jadi aku cerita kat sini supaya aku boleh remain anonymous dan tak terasa malu dengan kecaman korang.haha.

Kisah berlaku tujuh tahun lepas dengan someone yang aku namakan sebagai Leya. Aku dengan Leya ni kenal thru social media je. Tapi kami decide nak jumpa dan tak sangkalah aku ngan dia boleh berkawan baik. Baik punya baik, sekali tersangkut jugak walaupun aku dengan dia sama-sama tahu yang dia in relationship. Aku dengan dia baik masa tu pun sebab balak dia masa tu tengah buat hal dengan cinggey lain. So masa time off dia dengan balak dia, aku la jadi peneman setia dia. Tapi masa happy berkawan tu ada awkward moment berlaku di mana aku terluah apa aku rasa, dia pun sama.

Aku ingat kitorang dah on and dia boleh officially broke up dengan jantan kaberet tu, hahaha. Sekali dia tarik brek daa… dia nak patah balik dengan laki tu jugak sebab katanya dia dah lama dah ngan laki tu so sayang nak putus. Aku pun macam ok kau bodohhh… haha. Tapi aku sayang dia sebab aku tengok dia setia. Cuma dia setia pada orang yang salah.

Waktu berlalu dan kitorang masih berkawan, tapi makin jauh, tapi masih berhubung sekali sekala. Tu pun dah tak macam dulu, aku dengan dia macam running out of topics. Nak borak tapi tersekat di pelbagai skala. Masa dia putus betul-betul ngan balak dia, aku tengah sibuk berulang alik KL-Melaka, duk kejar perempuan lain. Apparently turns out that perempuan yang aku kejar tu kaki kikis. Daripada pakai Toyota, sampai tinggal motor kapcai aku dibuatnya. Ok aku bodoh…. Huhu. So aku pusing belakang dan balik ke Leya.

Masa ni kitorang dah contact kerap jugak, tapi still rasa kekok lagi. Lama-lama aku bosan dan mula keluar jumpa cinggey sana sini. Tapi sorang pun tak macam Leya. Aku kept on coming back to her, back and forth, so on. Leya pulak duk macam tu je.Dia tahu aku sibuk dating sana sini, tapi dia tak halang. Cuma merajuk je tiap kali aku contact dia. Sesekali kami jumpa. Tu pun setahun sekali. Aku tahu dia suka aku. Tapi macam aku cakap, aku sibuk. Aku sibuk kenal perempuan lain. Ok sekali lagi, aku bodoh.

Setahun berlalu. Aku dengan dia masih dalam fasa kekoknesss tu sampailah suatu hari, dia bagitahu aku dia nak kahwin dengan someone yang agak serious dengan dia. Dia kenal pun tak sangat ngan bakal suami dia tu, tapi sanggup terima lamaran sebab dia rasa laki tu serious dengan dia. What…?Bila aku dengar berita yang dia sampaikan, hati aku rasa tersentap. Aku rasa jantung aku laju berdegup.

Rasa macam dunia ni nak pecah. Aku rasa hilang. Aku diam lepas dia sampaikan hal tu kat aku. Aku rasa aku dah jatuh, tapi aku cepat-cepat bangun balik. Aku fikir aku kuat tapi takk aku tergolek balik. Sepanjang masa dia prepare majlis dia, aku sibuk cari perempuan nak buat bini. Ya, aku ego+b0doh.. Aku kalah lagi bila aku tengok perempuan yang aku rasa boleh dibuat bini tu tak bijak, tak sematang Leya. Aku ingat kali ni aku boleh patah balik. Tapi tak. Not for this time.

Dua malam sebelum majlis nikah, dia call aku. Jemput aku ke majlis dia. Malam tu, kami break the ice, kami borak panjang. Kami bergelak ketawa, sampailah nak dekat sejam, dia tamatkan perbualan dengan ayat yang aku tak boleh lupa sampai sekarang. “Kalau dari dulu kita macam ni, things could be different now,” dalam hati aku cuma mampu mintak maaf sebab tak bagi peluang pada kami. Aku tak bersungguh. Kalau tak, mungkin aku dengan dia yang sibuk siapkan majlis kahwin.

Time flies, Leya dah ada anak sorang. Aku tengok dia macam happy. Aku cuma usha dia dari Insta memandangkan dia dah unfriend aku dekat Facebook. Masa berlalu macam mana sekalipun tiap kali aku jumpa seseorang, aku starts to compare dia dengan Leya. Tapi sorang pun tak menang. Aku tengok Leya sekarang pandai jaga anak, pandai jaga laki dia. Laki dia kembang, anak dia comel dan sihat. Ok, aku cemburu. Aku nak someone yang boleh jaga aku macam Leya jaga family dia. Semuanya okay sampailah aku ditukarkan tempat kerja dua tahun lepas. Turns out that bangunan aku menghadap bangunan Leya.

Beza kami cuma setingkat. Leya pulak memang duduk dekat bahagian tingkap. Aku pun sama. Aku tak perasankan dia sampailah bulan kedua aku ditukarkan. Masa tu aku tengok dia berdiri menghadap bangunan aku sambil hirup air dalam cawan. Aku nampak dia, dia tak nampak aku. Dia tak sedar aku perhatikan dia daripada tingkat atas. So bermula dari hari tu memang aku akan curi-curi pandang Leya tengah buat apa. Aku makin suka tengok dia. Dulu dia free hair. Blouse pendek, skirt paras lutut dengan skirt labuh terbelah tu memang makanan dia.

Sekarang dia bertutup litup. In fact baju pun longgar sana sini. Dulu, pernah sekali, aku dengan dia tengah lepak, skirt labuh terbelah dia terangkat sebab angin ribut masa dia bangun nak ke toilet. Dia malu, aku pun malu. Lepas tu trus dia cuba elak lepak kat kedai kalau tengah hujan. Nampak macam novel sangat kan? Kalau novel, ending dia mesti happy ending. Well in this case, its not. Tapi aku haraplah happy ending untuk aku. Walaupun mungkin bukan dengan Leya.

Ujian Tuhan. Aku akhirnya jumpa jugak bertentang mata dengan dia. Tu pun sebab kawan aku rupanya dah bertunang dengan kawan Leya. Kawan aku ni pulak sejenis alim-alim sikit. Makanya tiap kali depa dua nak keluar cari barang, memang aku dengan Leya la dikerah mintak jadi peneman depa. Mula-mula jumpa memang Leya terkejut. Tapi lama-lama dia senyum jugak. Aku tanya dia, dia happy ke sekarang? Dia senyum dan angguk. Aku tanya pasal anak dia. Dia senyum lagi dan cakap anak dia sihat.

Aku cuba bercakap lagi, tapi tak dilayan. Dia cuma senyum angguk senyum angguk. Macam bisu dah. Dua tiga kali teman kawan-kawan kami berjumpa, macam tulah situasinya. Sampailah akhirnya aku personally ikut dia ke kafe dan tahan dia dekat lif bangunan dia. Aku tanya dia, tak boleh ke kita berkawan macam dulu? Dia pandang aku dengan serius dan dia mintak maaf, dia balas dia nak jaga iktilat. Sebab dia isteri orang. Aku pun macam…walawehhhh sejak bila dia upgrade jadi ustazah ni? Haha. Sejak daripada hari tu, aku rasa aku jatuh cinta balik dekat dia. Tapi dalam masa sama, aku mula jauhkan diri. Dia pun sama.

Kami dah tak temankan kawan-kawan kami lagi. Elak bertembung. Kadang terserempak, tapi kami senyum dan buat macam tak ada apa-apa. Aku? Sampai sekarang turn off bila kenal perempuan. Semua tak macam Leya. Dulu sebelum Leya kahwin dia pernah concern pasal social life aku, aku pernah gurau dengan dia, yang aku nak cari someone sebijik macam dia. Over time, aku sendiri tak sedar yang aku jadikan Leya sebagai kayu ukur seorang wanita untuk aku.

Sekarang. Dah setahun aku ditukarkan tempat kerja baru, dekat kampung. Dekat dengan mak aku. Now aku fokus jaga mak aku memandangkan aku pun dah makin berumur. Aku lari balik kampung sebab aku tak sanggup hadap muka dia hari-hari tiap kali aku jengah ke tingkap. Tak sanggup lagi dah nak usha someone yang berkemungkinan besar boleh jadi isteri aku, kalau aku tak sibuk kejar perempuan kaki kikis.

Sebulan lepas aku pindah ke kampung, Leya like satu gambar lama aku. Gambar tu aku upload masa tengah frust dengan perempuan lain. Kapsyen gambar aku tu bertulis ‘Kita, dan masa yang memisahkan’.Bila Leya like gambar tu, aku faham apa yang dia cuba sampaikan. Aku dengan dia memang tak ada jodoh. Memang Tuhan tak temukan kami untuk dijodohkan.

Soal jodoh, aku rasa aku degil. Aku rasa aku masih tunggu Leya. Aku nak tunggu sampai ada peluang untuk aku masuk jarum balik. Aku nak tackle dia balik. Biarpun masa tu aku dah tua nak mati, dapat duduk sekali dengan dia dengan cara yang halal, dah memadai. Tapi aku tak kan jadi orang tengah antara dia dengan suami dia.

See fitst at iium confession via lobak putih

Aku tak nak jadi punca rumahtangga orang lain musnah (tu sebab aku balik duduk dengan mak aku). Aku tak contact dia. Aku tak like satu pun gambar dia. Aku cuma berserah pada takdir. If ada jodoh, adalah. Kalau tak ada, aku mintaklah dengan Allah esok-esok supaya dapat Leya dekat syurga nanti haha. Padanlah dengan muka aku ni. Slow sangat.

– Ahmad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *