Memang saje bos minta sy balik lewat mlm tu, apa yang berlaku dipondok bas mlm itu memang tak boleh lupakan

Sebelum ni, saya hanya silent reader dan ada jugak sekali sekala bagi komen… tergerak hati nak buat cerita lepas baca banyak luahan dari hati anak-anak yang menderita dek tindakan / perangai ibu bapa masing-masing… saya tak berani nak komen banyak sebab saya tak pernah berada di situasi mereka semua… cuma apa yang saya boleh pesankan, ibu dan ayah cuma satu, hilang mereka, tiada berganti… buruk macam mana pun, mereka tetap ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan kita… hilang mereka, percayalah, hilang keberkatan doa mereka di dalam hidup kita…

Alhamdulillah, saya dilahirkan dan dibesarkan di dalam keluarga yang penuh kasih sayang…punya ayah dan ibu yang sangat memahami… namun mereka berdua telah dijemput Illahi dalam satu kemaalangan jalan raya… Arrwah Ayah pada tahun 2009, tak lama lepas kemaalangan, manakala Arrwah Ibu terlantar selepas kemaalangan sehingga dijemput Illahi pada tahun 2013… di sini saya ingin imbas kembali satu kenangan dengan Arrwah Ayah yang sangat saya kenangi hingga sekarang… peristiwa itu mengingatkan saya betapa sayangnya ALLAH SWT dan Arrwah Ayah pada saya…

Cerita bermula semasa saya bekerja di satu syarikat swasta di ibu negeri saya, Kedah Darul Aman…hari itu saya dimarahi oleh majikan dan saya dipaksa untuk stayback sehingga pukuul 8 malam… pada masa itu, bagi saya, berada jauh dari rumah di saat jam menginjak ke pukuul 6 petang sudah terlalu lewat bagi saya, apatah lagi bila jam menginjak ke pukuul 8 malam… rasa macam nak menangis dah waktu tu… selesai kerja, dengan rasa yang sangat takut, saya berjalan berseorangan ke pondok menunggu bas…

memang tiada seorang pun di pondok tersebut…dengan keadaan yang sunyi ditambah dengan hujan renyai-renyai buatkan ketakutan saya makin bertambah…dalam hati tak putus doa supaya bas cepat sampai walaupun tahu hakikat susah nak jumpa bas lepas pukuul 8 malam… ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyayang… dalam keadaan ketakutan, saya pandang ke kiri…SubhanALLAH, saya nampak Arrwah Ayah tengah toleh kiri kanan di seberang jalan nak melintasi ke pondok bas yang tengah saya tunggu…

leganya hati ni ALLAH saja yang tahu…sampainya Arrwah Ayah di sisi saya, terus saya menangis semahu2nya sampai terkejut Arrwah Ayah saya, hehe… untuk pengetahuan semua, Arrwah Ayah saya bekerja sebagai “checker” di sebuah syarikat bas dan waktu tu dia masih dalam waktu bekerja…kebetulan waktu tu, jadualnya memerlukan dia untuk naik bas yang sama arah untuk pulang ke rumah…

Selepas selesai sesi luahan, Arrwah Ayah menenangkan saya dengan membawa saya pergi makan dan minum di sebuah gerai… sumpah, saat itulah yang paling manis di dalm hidup saya…rasa selamat, rasa lega, rasa disayangi dan pertama kali saya betul2 nampak dan rasa kasih sayang seorang ayah di dalam hidup saya… sebelum ni just macam tu saja, tak selami betul2, hehe… betullah apa yang orang cakap, setiap kejadian ada hikmahnya… dan kejadian yang jadi pada saya buatkan saya tersedar akan kasih sayang ALLAH dan Arrwah Ayah pada saya…

Selesai sesi makan dan luahan, hati rasa tenang sangat… Arrwah Ayah kemudiannya call Arrwah Mak di rumah (masa tu masih guna public phone) untuk maklumkan keadaan saya dan minta mak jangan bimbang (Arrwah Mak cepat panik, hehe)… Kami berjalan semula ke pondok bas tadi dan sama-sama menunggu bas untuk pulang ke rumah…tapi saya turun sorang sebab Arrwah Ayah kena resume kerja sehingga selesai waktu bekerjanya…

Nampak simple, tapi itulah antara kenangan paling manis dalam hidup saya bersama Arrwah Ayah… ada banyak lagi kenangan, tapi itulah yang paling melekat di hati saya hingga sekarang… sangat terasa kasih ALLAH pada saya, dalam keadaan ketakutan, DIA hadirkan hero kesayangan saya untuk menenangkan dan melindungi saya… dan sangat terasa kasih seorang Ayah bilamana dia memujuk saya, mendengar luahan hati saya, menenangkan saya, menberi kata-kata semangat, cuba menceriakan saya dan memastikan keselamatan saya hingga sampai ke pangkuan ibu saya…sungguh terkesan di hati saya…

Tapi kini hero dan heroin kesayangan saya sudah tiada… hanya tinggal kenangan dan memori yang hanya mampu diimbas semula sahaja… tiada lagi pelukan hangat mereka… tiada lagi gurau senda mereka… tiada lagi hilai tawa mereka…sungguh, aku amat merindui kedua2nya…

Ya ALLAH Ya Tuhanku,Ampunkanlah segala dosa ibu dan ayahku.. Jauhkanlah dan lindungilah mereka berdua dari azab seksaan kubur dan azab seksaan api neraka… Tempatkanlah ibu dan ayahku di kalangan orang-orang yang Engkau cintai dan sayangi… Cucurilah rahmatMu ke atas roh mereka berdua…

Lapangkanlah, luaskanlah dan terangilah kubur mereka berdua sebagaimana mereka menerangi dan mencahayai hidupku satu ketika dahulu…Kasihilah dan sayangilah mereka berdua sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangiku sewaktu aku kecil dahulu…

Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka berdua terhadapku dan hanya Engkau yang Maha Layak untuk membalas segala jasa baik mereka berdua terhadapku…Hanya dariMu hambaMu ini memohon pertolongan, perlindungan dan kemaafan buat ibu dan ayahku Ya ALLAH…

Sesungguhnya hanya Engkau Tuhan yang Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…Aamiin3 Ya Rabbal Alamin… Al-Fatihah buat Ibu dan Ayahku… – Mary

Jika anda rasa banyak pengajaran daripada cerita ini dan memberi manfaat kepada umum boleh lah share kepada semua. Tapi jika cerita ini banyak keburukkannya jadikan ia sebagai bahan bacaan sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *