Abang kerap abaikan nafkah saya. Nafkah untuk anak apa tah lagi. Abang kerap makan luar sedangkan kalau dia beri duit dapur boleh je saya masak

Hi. Aku share cerita aku utk dijadikan pengajaran. Tapi mohon la hide kan profile aku. Cerita aku bukan utk membuka aib sesiapa. Aku baru berumur 24 tahun. Dah setahun usia perkahwinan dan mempunyai seorang anak yg baru berumur 4 bulan. Aku dan suami masing2 bekerja.

Ceritanya pasal suami aku yang jenis berkira dengan aku. Ketika masih dalam pantang, aku teringin nak mkn sup ikan merah. Aku minta suami buatkan. Tapi katanya org berpantang x boleh makan ikan merah. Setahu aku, boleh je. Tapi aku tahu, dia tak nak buatkan sbb ikan merah mahal. Kecewa aku. Yela, masa tu kan bru lps bersalin.

So rasa kecewa lain mcm. Satu lg, dia tak nak belikan pati ikan haruan. Katanya mahal sampai seratus lebih. Aku sedih gila. Kenapa dia berkira sangat dengan aku. Padahal masa tu dia baru je dpt bonus gaji. Aku sbnrnye boleh je nak pakai duit sendiri tapi sbb aku berpantang kan aku x keluar rumah. Aku cuma nak tengok je tanggungjawab dia kat aku, nak tengok aku cepat sihat. Tapi hampa.

Aku x tahu apa yg dia buat dengan duit gaji dia. Habis mcm tu je setiap bulan. Dan dia tak pernah bagi aku duit belanja. Tak pernah. Aku tahu dia bukan lah bergaji besar sgt. Tapi dia asyik komplen aku tak jaga makan minum dia. Sedangkan dia sendiri tak hulur duit utk beli brg keperluan rumah.

Aku sendiri pun x berkira, aku keluarkan duit utk brg2 rumah, utk keperluan anak. Aku byr duit kereta, duit loan kahwin. Kdg2 aku belikan dia pakaian dan kasut. Tapi sepanjang aku berkahwin dgn dia, dia x pernah hulur duit kat aku. Aku bukannya kisah sgt pun jumlah dia nak hulur. Rm50 pun aku x kisah. Yg aku nak tengok cuma usaha & tanggungjawab dia kat anak bini.

Lps beranak, kitorang duduk menetap di rumah keluarga aku. Alasannya sbb nak minta mak tengok2 kan anak masa kitorang keluar bekerja. Senang. Dia tak nak hantar anak ke pengasuh sbb kos yg tinggi. Mak dgn ayah dia pulak dah lama meningggal. Aku segan sgt. Dgn adik2 aku yg msih kecil, dengan mak aku. Byk kali aku suruh dia cari rumah sewa. Tapi dia ya kan je pastu senyap. Lama2 aku pun penat nak cakap.

Aku tahu dia sbnrnya tak nak keluarkan duit utk rumah sewa. Aku minta dia hulur rm300 kat mak. Tapi kalau boleh katanya nak bg rm200 je. Aku persoalkan balik. Berbaloi ke rm200 utk sewa rumah, sekali kemudahan basuh baju, makan minum, peti ais, tilam, mengasuh anak, bil api air? Rm300 tu pun x cukup klau nak diikutkan.

Nafkah tempat tinggal utk anak bini dah terabai. Nafkah belanja dah terabai. Nafkah pakaian pun terabai. Aku minta belikan pakaian dalam yg baru sebab pakaian dalam aku dah belubang, Tapi jawapan dia, ‘tolong la bertolak ansur sikit’. Aku tak fhm. Bukan aku minta harga beratus ratus. Utk pakaian harga rm10 pun dia berkira.

Masa raya tahun lepas, baju raya pun dia x belikan utk aku. Lgsung x ajak aku pegi bazar ke. Takut agaknya aku minta baju raya. Mmg salah aku. Dari awal kahwin aku mmg x reti meminta. Sbb aku dh biasa guna duit gaji sendiri. Beli brg mekap, brg penjagaan diri, pakaian, makan, semua duit sndiri. Agaknya dia dah terlalu selesa mcm tu, tu yg dia ambil kesempatan.

Jujur, aku mmg jenis yg menjaga penampilan walaupun aku tak lah berapa lawa. Aku suka mekap, pakaian yg cantik2. Tapi walaupun aku shopping itu ini, alhamdulillah duit gaji aku sentiasa cukup. Dan stiap bulan aku pasti menyimpan.

Dan suami aku? X ada simpanan langsung. Ada hari tu aku buatkan tabung utk anak aku. Bulan2 aku pesan masukkan rm50 seorang. Hujung bulan, aku tanya ada x dia masukkan. Dia siap bersumpah dah masukkan. Sampaikan satu hari tu, terdetik hati aku nak bukak tabung tu. Mmg x ada pun dia masukkan. Duit yg aku masukkan je ada. Aku tahulah sbb aku msukkan duit. Kecewa gila rasa. Byk kali dah aku bergaduh dgn dia pasal benda ni semua. Tapi lps gaduh, dia buat2 mcm x de apa2 jadi. Tak terdetik rasa serba salah langsung kat hati dia.

Aku tak faham. Sungguh. Bulan2 duit gaji dia hbis mcm tu je. Dia suka mkn luar. Apalah salahnya duit tu beli brg dapur n masak kat rumah. Aku bukannya reti masak & memasak pun bukanlah hobi aku. Tapi aku rasa kalau dia belikan brg2 dapur, boleh je kot aku nak masak. Kenapa aku dah tolong dia bayar itu ini, tapi dia masih berkira dgn aku. Aku sedih sbb dia tak ada rasa tanggungjawab langsung kat aku.

Bila ditegur isu ni, dia buat senyap je. Sikit pun tak terkesan kat hati dia. Tak tahulah aku yang berfikir lebih ke atau dia yang mmg takde rasa tanggungjawab dia kat aku. Tapi aku perasan. Asal hujung bulan je, mesti duit dia x cukup / habis. Sentiasa sesak. Agaknya tu kot balasan sbb berkira dgn isteri.

Kdg2 aku rasa menyesal kahwin dgn dia. Tapi aku percaya, jodoh tu semua kuasa Allah. Kepada suami2 kat luar sana tu, jgn berkira dgn isteri. In shaa Allah rezeki murah. Maaflah kalau penulisan aku yg x berapa cantik. Yela, aku bukan mengarang utk karangan sekolah. Sekian. Apa pendapat anda ? Silakan SHARE. Semoga bermanfaat..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *