Time balik kampung, pelik mesti suami brubah sikap, satu hari tu adik prempuan terjerit-jeti kn dengan suami.

Suami aku anak sulung dari 8 adik beradik, 2 lelaki dan 6 perempuan. Kita semua sedia maklum kan, anak sulung ni jenis yang berdikari, tegas, bajet2 garang, anak feberet mak. Dan yer, suami aku tak terkecuali. Sekali pandang suami aku ni, org akan ckp dia ni jnis yang garang, tegas, susah nak senyum.

Tapi, tidak dengan aku, setakat 2 tahun ni suami aku tak pernah pon tinggi suara dengan aku, kalau ada salah faham sikit2 pon memang sekejap sgt lah nak marah, sangat bertolak ansur, penyayang, lemah lembut, tapi dalam lembut ada tegas dia. Oh ye, suami aku orang kelantan, aku org kedah. Org kelantan memang cakap lembut2 kan.

Peristiwa ni terjadi masa raya tahun lepas. Inilah kali pertma aku lihat personaliti suami aku yg satu lagi. Kami beraya di kampung suami aku. Untuk makluman, 4 org adik perempuan suami aku dah kawin dan semua dah ada anak. Anak buah ada 8 orang, paling besar umur 9 tahun, paling kecil umur 2 tahun.

Memandangkan suami aku berumur 29 dan aku berumur 23, memang cara pemikiran tu lain sikit lah, suami aku jenis jimat duit, aku suka perabis duit. Tapi suami aku tak kedekut, tambah2 bab makan.

Pertama kali balik beraya di rumah mertua, memang lain sgt lah rasanya, tambah pulak aku ni susah nak tangkap loghat kelantan kan, yelah, suami aku kalau ckp dengan aku akan guna loghat luar tak pon ckp kedah teruih.

Sebelum sampai kampung, suami aku dah pesan siap2, nanti tolong ape yg patut dekat dapur, jangan malas2, jangan panggil2 dia nama pelik2 sgt, jgn merengek, jgn mengada2, buat rilek, buat cool je. Mcm2 dia pesan, mula2 aku iyekan aje sbb aku ingt dia sekadar pesan biase2 je. Tapi bile aku sampai je rumah dia, panggggggggg. Suami aku totally jadi org lain, suara mmg serius je bile ckp, bajet2 abg sulung katekan.

Bayangkan lah anak2 menakan aku semua takut dengan suami aku, suami aku baru naik tangga pintu depan, anak2 menakan yg tgh seronok lari2 ni, terus berhenti, senyap, rumah dari riuh suara budak2, tiba2 jadi senyap. Suami aku cakap sekali je, budak2 akan buat terus. Bukan anak menakan je, adik2 suami aku pon kira “respek” gila babun kat suami aku.

Hari kedua di rumah mertua, banyak dugaan aku lalui, misalnya, masa aku tengah dok sibuk2 potong2 daging, tiba2 adik ipar aku tanya tak takut ke kawin dengan suami aku, tak takut ke jadi mangsa pukul. Aku terkejut, mangsa pukul? Aku cakap lah, aku tak faham, ape maksudnye, along okey je, setakat ni tak de pulak dye naik tangan ke ape ke.

Masa tu mula lah adik2 dye cerita, suami aku ni ganas rupa nye, semua org dalam rumah tu, paling kurang pon mesti pernah makan penampar suami aku, pantang bt silap sikit, penampar lah jawabnye. Masa sekolah menengah suami aku pernah libas adik2 dia dengan getah paip yg dalamnye ada kayu sebab adik2 dia tak solat subuh. Suami aku pernah jugak haraam kan api air selama 1 jam sebab taknak belajar mengaji. So, nak taknak adik2 dia duduk lah luar rumah selama sejam. Suami aku samseng.

Ada lagi, suami aku pernah letak anak2 buah tu atas almari, dlm mesin basuh, ikat dekat tiang tengah rumah, rotan, salotep mulut dan sebagainye, kenapa? Sebab diorang degil. Melawan cakap, budak2 biase lah kan. Tapi dengan aku, tak pernah dia berkasar, padahal aku ni kategori gedik dan suka menyusahkan dia.

Mesti korang tertanya2 kan mana ayah mertua aku, ayh mertua aku dah tak ade. Aku pon tak pernah jumpa arwah ayh mertua aku. Kebetulan, pada masa kami tengah sembang2 dekat dapur, tiba2 ade dengar suara perempuan menjerit dekat ruang tamu, terkejut, kami semua pon p lah tgk, suami aku tgh bantai adik perempuan dia yg umur 18 tahun tergolek2 budak tu, masa tu suami aku marah sgt, suami aku pegang rambut adik, memang nak hempuk dah aku rasa. Dan entah mcm mana aku dapat satu keberanian, cuba halang suami aku, dan perkataan keluar dari mulut aku, kalau awak boleh pukul adik2, tak mustahil awak akan pukul sy, pukul anak2 nanti, sudah lah.

Seharian aku tak cakap dengan suami aku, adik2 yang lain pon buat mcm tak dak apa2 jadi. Tapi dari dalam bilik aku boleh dengar depa dok sembang pasai aku dgn abang depa.

Suami aku ada je cakap2 dengan aku, tapi sekadar jawapan hmmm yg aku bagi kat dia. Ada satu perasaan marah, takut, sedih dalam hati aku masa tu. Sampai lah masa tengah tengok tv, mak dia mai duduk sebelah aku, lepastu cakap along pukul adik2 ada sebab, adik dia yang umur 18 tu mmg liar sikit, suka keluar ikut lelaki, sbb tu along marah, mak dah bnyk kali pesan tapi dia tak dengar, dengan along dia takut lah

Masa tu ada adik2 ipar aku yg lain pon mengiya kan, along pukul mesti ada sebab, untuk kebaikan. Tapi bagi aku, cara dye dah melebih sgt. Benda kan boleh bawak bincang, bagi aku, pukul2 ni dah tak relevan, nnty adik2 rasa benci, tunjuk protes, rasa takut lebih bnyk dri hormat.

Sejak tu, aku ada satu perasaan macam insecure bila dgn suami aku, dekat seminggu jugak aku tak layan dye, dah kurang mesra, tak ade nak manja2, merengek2, membebel2, panggilan manje pon dah tak ade. Banyak kali aku menolak bila dye dtg dekat, selama seminggu aku tidur dengan adik2 dye dekat bilik lain, sanggup aku berhimpit2. Pernah dia halang aku tapi aku tarik muka, sebab aku tak suka lelaki kasar2.

Sampailah mlm raya, suami aku ade pesan jgn suke sangat nanti menangis, tapi aku jeling je kat dye, aku bt tak tahu je, aku ni jenis gedik sikit, jnis suke terkinja2, meloncat2, berlari2, main bunga api sekali dengan anak2 menakan. Nak jadi cerita, aku terjatuh, sikit je jatuh, anak2 menakan dok gelak kat aku, tapi tak tahu kenapa, aku yang mula2 gelak sama tiba2, aku rasa sakit sgt, sakit yang amat, aku panggil2 suami aku, keadaan samar2 memang tak nampak jelas, bila dah masuk rumah, adik ipar aku ckp ada darah, terus pergi klinik, dr cakap aku keguguran.

Sedangkan, aku tak tahu langsung yang aku mengandung, dah 2 bulan lebih pulak tu, memang tak sedar langsung aku dah berbadan dua. Masa tu, suami aku cuma cakap, tak ade rezeki lagi, tapi aku tahu dia sedih, aku pon sedih. Aku duduk kampung suami aku lama jugak, ada hikmah semua ni, kalau aku x keguguran, mungkin skrg aku akan masih menolak suami aku, aku mungkin akn abaikan dia.

Pagi raya aku memang beraya dekat hospital lah, suami pon tunggu je, sangat2 terharu bila pagi raya, adik2 suami dtg hospital, suami aku yg konon ajet2 samseng tu salam peluk tiap sorang adik dia dan mintak maaf, banyak lah drama air mata pagi tu. Ada yang cakap, first time along peluk lah, first time along mintak maaf lah. Drama.

Tiap benda yang jadi, pasti ada hikmah. Yakinlah, walau buruk mana pun saat yang kamu lalui, pasti ada kebaikan dalamnye.

– Zila

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *