Suami tak fikir guna bende dlm seluar tu. Itu sbb aku suruh dia kawin 2 dia tak nak.

Suami dari syurga

Suami aku layak berpoligami.

Dia seorang bisnesman dan bagi aku nafkah sebanyak 5 angka setiap bulan. Dia yang bayar rumah, bills, groceries…semua lah. So 5 angka ni memang aku tak payah spend kat benda-benda tu, just shopping je, bagi mak ayah, dan sedekah… Aku takde saving pun sebab dia yang uruskan saving so beberapa puluh ribu dalam akaun bank aku tu buatlah apa yang aku nak buat, tapi aku takde la habiskan semua…

Selain dari tu, sejak kahwin dari dulu sampai sekarang, dia lah yang jaga makan minum aku. Sebelum kahwin aku bagitau dia aku tak pandai masak, dia cakap takpe, sebab dia suka memasak dan dia suka orang makan masakan dia…aku bersyukur dan makan je apa yang dia masak, walaupun kadang-kadang tu muak jugak tapi setiap kali lepas makan aku ucapkan terima kasih beberapa kali sebab sediakan makan minum aku. Dia masak, aku basuh pinggan…aku basuh baju (mesin je) dia sidaikan… kami bersama-sama buat kerja rumah

Lepas dapat anak, dia suruh aku jaga anak je. Dia masak, dia basuh pinggan, dia kemas dapur…ye lah sebab anak kan lagi nak dengan mak nye dari dengan bapaknye. Dia juga pandai tukar lampin anak, bagi mandi anak, jaga anak bila aku nak berehat, dan bagi tidur anak…

Suami aku Mr Perfect. Aku selalu puji dia, dan cakap yang mak ayah dia didik dia dengan sempurna…. Aku ada jugak tanya, dia taknak beristeri lebih ke… Beristeri 4 pon mampu, anak 20 pon mampu… Kalau ada isteri lebih boleh la aku ada kawan shopping, kawan bercuti-cuti bila dia sibuk… sebab dia tak suka ikut shopping tapi dia ikut jugak la… Dia tak suka membazir duit tapi dia belikan jugak apa-apa barang yang aku teringin, apa-apa yang dia rasa buatkan aku happy, dia akan buat….walaupun dia terpaksa tengok movie yang bosan, atau sekali sekala pegi shopping

Berkenaan poligami, ni jawapan dia… Pertama, dia taknak kecewakan mak bapak dia. Kalaupun aku setuju berpoligami, tapi mak bapak dia takkan setuju. Mak bapak dia dah kahwin lebih 30 tahun dan sangat bahagia. Kedua-dua belah datuk nenek dia, dan pakcik makcik dia semua kahwin & bahagia sampai mati. So dia kata dia nak jadi macam mereka… Kedua, dia kata dia takut tak dapat berlaku adil kepada isteri-isteri & anak-anak dia i.e berlaku zalim. Maklumlah dia layan aku macam queen, dia buat kerja rumah sebab rasa tanggungjawab, kalau ada 2-3 buah keluarga macam mana lah dia nak bahagikan masa dengan setiap isteri/keluarga…

Dia kata dia takde masa nak beristeri lebih, nak uruskan bisnes lagi… Ketiga, walaupon dia sebenarnya banyak duit, tapi dia sendiri rasa tak mampu untuk berpoligami…sebab dia bukan jenis berbelanja besar atau membazir, semua duit dia dia simpan, dan beli kereta dan rumah secara Cash. Dia tak suka berhutang dan takde hutang/loan. Kalau rumah harga sejuta dua, dia kena la simpan banyak tu, jadi pada dia, dia tak mampu nak beristeri lebih sebab kena simpan duit banyak tu untuk beli sebuah rumah. Kalau dah ada 2-3 bini, nak kena beli 2-3 rumah lagi, kalau tak dah kira suami yang tidak berlaku adil kepada isteri-isterinya. Dia takut dosa…

Suami aku buat bisnes tapi most of the time dia kerja dari rumah je… Jarang-jarang kena keluar jumpa orang. Itupun selalu pujuk rayu aku suruh ikut dia jumpa orang tu, dia nak kenalkan isteri dan anak dia pada semua orang. Aku pulak yang taknak ikut dengan alasan aku taknak nanti dia sibuk nak layan aku dan anak dan mengganggu bisnes deal dia. Dia sebenarnya seorang yang sangat pemalu, jadi aku dan anak dia adalah kekuatan dia untuk berjumpa orang lain… Kadang-kadang aku pulak yang kena jadi jurucakap dia, tu yang aku malas nak ikut tu, haha…

Aku bersyukur pada Allah dapat suami dari syurga. Hari-hari aku puji dia dan dia akan tersipu-sipu comel. Aku cuma nak cakap…lelaki macam dia ni memang sangat-sangat layak berpoligami…tapi dia sendiri taknak sebab dia tak fikir guna “benda dalam seluar” tu, dia berfikir guna hati…tentang perasaan mak ayah dia, isteri & anak dia yang dia dah miliki, tentang dosa pahala & tanggungjawab dia… Ini kebanyakan lelaki yang aku tengok nak berpoligami sudahlah nafkah pon tak mampu nak bagi, buat kerja rumah pon tak reti, isteri dah jadi macam maid, tapi bajet nak bersunnah poligami konon, pigidaaahhh.

Kepada perempuan pun, tahulah nilai diri anda. Bukan suruh cari suami kaya, masa aku baru kahwin dulu pun suami aku belum berbisnes dan aku yang tanggung segala perbelanjaan rumah tanpa merungut (dalam confession ni aku tengok ramai jugak isteri yang BARU kahwin dah merungut bab nafkah sedangkan tahu masalah kewangan lelaki belum stabil. Sabar lah dulu kak). Aku tak kahwin lelaki kaya, cuma lepas kahwin dia baru berbisnes dan jadi kaya. Nafkah yang dia bagi, aku banyak sedekahkan bagi pihak dia….

TAPI kalian perlu tahu kalian berhak dilayan dengan baik oleh suami. Nabi kata sebaik-baik lelaki ialah yang berbuat baik pada isterinya. Buat kerja rumah bersama-sama, jangan biar suami layan kamu macam maid, dah tu tak reti nak jaga anak, ingat penat dia je… Aku tengok pakcik aku yang berpoligami tu, isteri pertama dah layan dia macam raja, nak makan pun isteri sampai basuhkan tangan di meja makan, tapi masih lagi berskandal dengan ramai perempuan, dan tak hormat langsung isteri-isteri dia. Kenapa lah perempuan biarkan diri dipijak-pijak oleh lelaki macam ni. Kamu berhak bahagia dengan lelaki yang menyayangi dan menghargai kamu…

Aku tahu suami aku sangat layak berpoligami… tapi dia yang taknak. Tapi jujurnya aku takut jugak sebenarnya sebab… mana tahu bini nombor 2 tu jeles tengok suami aku layan aku lebih ke, dia buat perangai ke, mengikis harta sampai bankrap lepastu tinggalkan suami aku terkapai-kapai ke…..

Aku takut kehilangan suamiku Mr Perfect… Kalau aku yang mati dulu aku tak kisah, suamiku boleh membesarkan anak aku. Cuma aku harap suami aku ni dapat pengganti yang elok, yang takkan buli dia sebab suami aku ni baik sangat dan sanggup buat apa saja untuk yang tersayang. Aku ada sedara lelaki yang dibuli oleh isterinya, dikikis sampai kosong dalam bank akaun dan berskandal dengan ramai lelaki guna duit suami.

Aku selalu cerita kat suami aku pasal ni dan cakap kat dia supaya berhati-hati… Bila dah berjaya ni ramai je perempuan nak. Bukan nak kat dia, tapi nak kat duit dia. TAPI, kalau suamiku pergi dulu, aku tak rasa ada lelaki yang boleh jadi macam dia, layan aku macam queen…lebih baik aku jadi widow dari kecewa…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *