Malam tu dekat UIA aku kena tanggap berkhalwat di tempat gelap bersama kawan lelaki aku. 2 orang pakguard tangkap aku dan aku terus blur malam tu.

Hi, aku harap cerita luahan aku ni akan disiarkan. Terima kasih kalau di siarkan. Aku nak kongsi pengalaman aku masuk mahkamah UIA. Ok, baik start dari sini. Aku nak mengaku awal-awal yang aku ini jenis perempuan yang bebas bergaul dengan lelaki. So, benda ini jadi dekat aku masa semester 2016/2017. Aku ditangkap duduk berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram di tempat gelap di dalam universiti.

Yes! Aku ditangkap oleh 2 orang pakcik guard, dia org bawa kami berdua ke pondok guard. Seriously, cakap tu first time aku naik kereta polis and memang aku rasa sangan menakutkan. So, korang mesti tertanya apa aku buat dekat tempat gelap dengan lelaki kan? Actually malam tu aku stress gila sebab bergaduh dengan mak aku, then aku text kawan aku ajak jumpa and dia ajak aku pergi port lepak yang kita org selalu pergi (HS cafe).

Then dia tukar fikiran cakap jom jumpa kat Student Centre sebab dia ni jenis lelaki yang curious and dia nak explore bangunan tu, so kitorg pergi sana. Lepak-lepak, lepas tu guard datang ambushed macam paparazzi. Seriously flashlight camera pakcik tu buat aku silau weh.

So bila dah sampai dekat office, kitorg disiasat, kenapa pergi situ? Tahu tak di situ ialah kawasan larangan? Kenapa nak jumpa tempat gelap? And so on. Seriously I thought habis situ situ je. Start semester baru aku dapat surat yang dihantar kerumah aku menyatakan court UIA panggil aku untuk hearing. (Aku tak stay mahallah) Aku terkejut. Aku terus koyak letter tu sebab aku takut parents aku tahu.

So sampai tarik hearing, aku pergi mahkamah dan aku luahakan segalanya yang terpendam dalam hati. Yang segalanya yang aku pendam selama ni dekat judges. One of the judges minta keluar sekejap sebab dia terkejut dengar luahan aku. Aku cerita yang selama ini aku hidup dengan zero knowledge about islam. ya tak tahu langsung berkanaan islam walaupun aku orang islam dan aku tak pernah solat langsung dalam hidup aku. lepas tu judge tu masuk balik sambil lap mata dia. Dia cakap “i was crying outside. How can you live for 22 years and you never pray?” Aku jawab “there’s nobody want to teach or help me anything about islam , including my parents and my friends”.

Straight to the end, judges bagi aku hukuman iaitu bayaran denda RM 50.00, social services dekat masjid and aku wajib attend kelas belajar mengaji dan solat. Hukuman yang diberi kepada aku, buat aku rasa terharu and terkejut. Aku ingat sudah tiada orang nak tolong aku selama ini.

Di sini aku nak bagitahu yang bahawasanya, UIA dah ubah hidup aku. Sejak aku pergi kelas mengaji and solat tu aku tak pernah tinggal solat. Dan apa yang buat aku terkejut parents aku dah start berubah ke jalan yang benar. Alhamdulillah Ya Allah. Aku tidak akan pernah maafkan diri aku yang dulu yang terlampau bebas dengan lelaki. Aku menyesal. Aku hidup dengan depression sepanjang masa. Aku stress sampai tahap aku nak end my own life. Sekarang semua dah berubah.

To all of the readers, masih belum terlambat untuk korang berubah, ingatlah bahawasanya maut tak kira masa dan tempat. Berubahlah selagi korang ada masa. Kalau korang rasa susah untuk minta tolong dengan other people, there’s tons of books out there that can help you. Start slow and if you feel confident to share your problem to other, then do it. Never be scaared to change!! Change for the best and be the best for the almighty Allah!

Semoga cerita ini beri pengajaran dan manfaat kepada semua pembaca. Mohon share

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *