Empat Tanda Anak Sedang S4kit Dan Perlu Segera Jumpa Doktor

Tahukah anda, sistem tubuh anak masih belum matang sepenuhnya seperti orang dewasa? Sebab itulah, anak mudah jatuh s4kit. Jadi, sebagai ibu bapanya, anda harus melihat tanda anak sakit ini supaya si kecil itu segera mendapatkan rawatan.Dr.

Claire McCarthy dari Pusat Kesihatan Universiti Harvard menyatakan pakar sering mendapat panggilan telefon dari ibu bapa yang risaukan dengan kesihatan yang dialami anaknya.

Ya, ada ketikanya tanda anak s4kit yang diceritakan oleh ibu tidaklah berbahaya. Namun, ada juga beberapa tanda anak skit berb4h4ya, jika dibiarkan, ia boleh menjejaskan tahap kesihatan anak anda itu.

Berikut merupakan 4 tanda anak skit yang sering diabaikan ibu bapa. Pertama, Selalu nampak mengantuk.Pernah tak anda melihat anak seperti asyik mengantuk dan tak seperti keadaan biasa? Itu tandanya tubuh anak kekurangan tenaga dan perlu rehat.

Tapi jika dia mengantuk disebabkan menyiapkan kerja sekolah lalu menyebabkannya kurang tidur, anda tak perlu bimbang. Akan tetapi, jika dia tidur sepanjang hari dan susah dikejutkan untuk bangun, anda harus hati-hati.

Sama juga dengan anak yang terjaga namun tidak memiliki tenaga untuk bangun dari tempat tidurnya, bahkan dia kelihatan lemah saja. Penyebab anak kelihatan lemah ini adalah kerana dehidrasi, jangkitan, terdapat benjolan atas kepala, keracunan dan lain-lain.

Kedua, Sakit anak tak hilang-hilang.Memang susah hati dibuatnya bila anak sakit secara berulang-ulang. Hari ini sihat, esok lusa sakitnya datang semula. Jika hal ini sering terjadi lalu menyebabkannya kurang selesa dan makan juga tak berselera, jangan tangguh untuk melakukan pemeriksaan doktor.

Ini boleh mngundang bahya jika lewat memberi perhatian terhadap tanda-tanda tersebut. Ketiga ialah naik ruam dan bintik merah. Kebiasaannya, ruam dan bintik merah pada anak akan hilang jika ditekan. Tetapi jika sebaliknya, doktor mengatakan ia adalah keadaan yang berbahaya kerana ia boleh menyebabkan pend4r4han kulit.

Ruam yang semacam ini berkaitan dengan jangk1tan dan masalah kesihatan yang lain.Jika anda perhatikan anak ada bintik ruam sebegini, segeralah bawanya berjumpa doktor untuk dirawat supaya dapat mengelak dari perkara yang lebih serius.

Keempat, kesukaran untuk bernafas. Sekiranya anak sakit dan sukar bernafas, anda tak boleh sesekali abaikannya terutama jika mereka mengalami gejala seperti di bawah ini, Bernafas dengan lebih dalam:

Ia terjadi disebabkan anak terpaksa menggunakan otot tambahan bagi membantunya bernafas. Mengeluarkan bunyi ketika bernafas, Anda dapat mendengar bunyi nafas anak seperti kroh… kroh… bahkan selepas batuk juga bunyi tetap ada.

Susah nak bercakap, Lihat jika anak susah untuk bertutur padahal sebelum ini dialah yang petah bercakap. Tapi bila sakit, nak cakap sepatah pun seakan susah untuk didengari. Manakala, jika terjadi pada bayi pula, si kecil akan kurang menyusu.

Nafas cepat dan pendek,Cara ini boleh dikenalpasti jika ibu melihatnya dari dekat dan lihat gerakan perut serta dadanya ketika bernafas. Wajah anak pucat : Lihat wajahnya adakah pucat? Jika ya, benar anak anda sedang sakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *