Rezeki Itu Akan Bertambah Lepas Kahwin

Hakikatnya, bukan senang nak kahwin dengan keadaan ekonomi sekarang ini.

Takut jika kita tidak mampu untuk menghadapi dugaan hidup selepas berumahtangga. Namun, Allah akan tetap menolong mereka yang menikah.

Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Janji Allah yang tak mampu kita sangkal adalah rezeki lebih selepas berkahwin. Rezeki dari perkahwinan & anak.

Dia pernah ceritakan pada aku kisah-kisah hidup dia yang terdahulu sebelum kahwin. Walaupun dia hidup membujang tapi duit selalu tidak mencukupi.

Nak bayar sewa bilik sebulan sekali pun menggagau duit dalam poket.

Dapat makan sekali sehari pun rasa cukup-cukup bersyukur. Bila nak kahwin, dia tak yakin yang dia mampu jaga anak darra orang sebaik-baiknya.

Pesan mak dia, “Kahwin la. Tak kahwin hang takkan tahu rezeki hang seluas mana. Kalau dah hidup senang nanti jangan lupa bahagiakan isteri & anak-anak, depa la punca pintu rezeki hang terbuka.”

Pintu Rezeki Terbuka. Lepas kahwin, pintu rezeki kami sedikit terbuka.

Dari dia bekerja sebagai mat despatch pada sebuah syarikat pengiklanan, Allah bagi dia jalan untuk buat kerja sendiri dengan mengambil upah untuk jadi runner dengan upah kerja RM250-RM350 per 1 job untuk lesen perniagaan.

Masa tu hidup kami alhamdulilah cukup pakai makan minum.

Yela, dengan gaji despatch dia boleh bayar komitmen kami (rumah, motor, kereta, elektrik, air dll), yang part time rider Domino piza boleh buat makan-makan setiap minggu dan yang upah runner kami buat duit saving kami kalau ada kecemasan, yuran pengajian aku, beli buku nota dan nak shopping kadang-kadang.
Menimang Cahaya Mata.

Sekali lagi Allah bukakan pintu rezeki kami. Bagi aku pintu rezeki kami kali ini terbuka luas. Bukan hanya kami berdua yang merasa rezeki ini, malah ada yang dapat menumpang merasa sekali.

Semalam, aku dan dia bersembang tentang perjalanan perkahwinan kami berdua, aku sebak mengalirkan airmata, dia di sebelah buat-buat tenang padahal aku tahu dia nak mengalirkan airmata sekali. Lelaki kena cool beb.

Aku tahu dia mahu bersikap macho namun getar suara dia tak boleh sorok dari aku.

T1pulah kalau aku katakan aku tak mengalirkan airmata bila melihat kejayaan kami sekarang.

Di sini ada beberapa tips kejayaan dari kami, bahagiakan isteri, tunaikan tanggungjawab suami isteri, jangan derhaka pada suami, saling menghorm4ti,

abaikan isu kecil yang boleh menyebabkan pergaduhan tercetus, saling support each other, abaikan apa orang kata tentang diri & pasangan kita, solat jemaah sama-sama & jadi kawan baik.

InsyaAllah, Allah merahm4ti rumah tangga & pintu rezeki sentiasa terbuka. Mengapa Wajah Kita Mirip Dan Seiras Dengan Pasangan? Ini Jawapannya.

Malah ada orang kata, pasangan yang serasi dan bahagia itu memang mempunyai muka yang sama? Namun sejauh mana kebenaran ini?
Kerap bersama.

Satu kajian psikologi mengatakan semakin kerap pasangan itu menghabiskan waktu bersama atau mempunyai komunikasi s0sial yang berpanjangan, mereka akan semakin mirip rupa antara satu sama lain.

Ini kerana cara hidup mereka sudah bersatu dan mempengaruhi antara satu sama lain. Jadi tidak hairanlah kalau muka pasangan itu ada iras-iras kerana mereka melakukan rutin harian, aktiviti dan mengikut cara hidup orang yang dicintainya bersama.

Dalam tak sedar ketika kita mencari pasangan, kita sebenarnya mencari seseorang yang mempunyai persamaan dengan diri kita termasuklah wajah dan penampilan.

Biasanya kita akan tertarik dengan seseorang yang hampir sama dengan diri kita.

Otak juga memainkan peranan dalam hal ini kerana sewaktu kita melihat seseorang yang punya sedikit persamaan dengan diri, kita akan mudah jatuh hati dengannya.

Emosi boleh mengubah karakter wajah. Hasil kajian tersebut mendapati wajah pasangan yang telah lama berkahwin akan kelihatan saling tak tumpah antara satu sama lain.

Menurutnya, semakin bahagia sesuatu pasangan itu, semakin mereka mempunyai persamaan pada muka.

Ini kerana manusia mempunyai empati, biasanya emosi dan reaksi yang ditunjukkan disesuaikan dengan orang berada dekat dengannya.

Dalam pada itu katanya, otot-otot tubuh manusia berkembang atau berubah mengikut kegunaannya.

Sebagai contoh, pasangan yang sering ketawa bersama akan mempunyai kedutan yang sama pada wajahnya. Kalau kedua-duanya suka berbual, maka struktur pipi mereka juga akan ikut berubah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *