Iktilat aku xterjaga sebelum kawin, suami dah dapat baru,dengarnya usia wanita ni muda separuh umur darinya

Aku seorang ibu tunggal beranak satu. Bercrai talak satu. Punca? Terlalu banyak puncanya tetapi salah satunya disebabkan orang ketiga. Cerita hidup aku ini agak senang tapi mungkin separuh dari kaum wanita mengalami masalah yang sama aku hadapi.Bila kita dengar dan baca kisah hidup pasangan lain,yes,its reality,its life.

Aku dan ex aku berkenalan semasa kami bekerja sekali. Perkenalan selama setahun lebih, pernikahan juga setahun lebih. Bercinta cuma sebulan dua sahaja sebelum kami masing2 membuat keputusan untuk berumahtangga. Sejujurnya ketika kami bercinta, aku cuba menjaga ikhtilat antara kami.

Namun aku sedar “ikhtilat” yang aku rasa aku jaga sebenarnya tidak terjaga. Dan perkenalan yang bermula dengan sesuatu yang Allah tidak suka,.makanya pengakhirannya juga susah untuk bahagia. Kami berdua terlalu asyik bercinta walaupun tidak berpegangan, walaupun tidak melakukan perkara2 yang pasangan lain buat namun aku nyata tersilap. Maksud aku, kami kerap bermesej2 di tengah malam, siangnya pun bermesej, meluahkan perasaan selalu, kerap bersembang, dan dia kerap memberi hadiah kepada aku berupa makanan dan barang2.

Aku juga sedar yang aku tak boleh “kamceng” dengan keluarga ex daripada awal lagi. Aku seorang yang introvert dan pendiam. Jadi aku susah untuk rapat dengan sesiapa. Aku tahu keluarga ex aku kurang menyukai aku. Tetapi mereka tetap bersetuju kami bernikah.

Usai pernikahan, aku tidak tahu mengapa tetapi hati aku kuat menyatakan bahawa ex aku bukanlah jodoh aku yang sebenarnya. Tetapi apa boleh buat. Aku sendiri yang meyakinkan diriku untuk menerima lamaran beliau.

Ex aku seorang yang talkative, dan beliau disukai ramai kerana sifat beliau yang peramah dengan semua orang. Makcik pakcik, adik2 abang2 kakak2, you name it, semua suka beliau selepas beramah mesra dengan beliau. Begitu juga aku. Aku termakan ayat2 manis beliau sampaikan lupa fikir buruk baik tindakan aku. Punca aku berpisah juga disebabkan beliau bermain ayat cinta dengan perempuan yang hampir separuh umur lebih muda daripada beliau.

Aku tidak kisah selepas berkahwin aku terpaksa hidup susah dengannya. Aku tak pernah meminta apa2 daripada beliau kerana aku kasihankan beliau. Segala benda yang pernah beliau bagi pada aku sebelum kahwin, selepas kahwin semua benda itu tidak lagi berlaku.

Aku sayang beliau ketika itu. Dan disebabkan aku terlalu sayang,aku selalu berdoa agar Allah selalu pelihara hubungan aku dengannya. Aku selalu berharap tidak wujud orang ketiga dalam hubungan kami. Namun kita selalu diuji dengan perkara yang kita takuti. Selepas beliau berkawan dengan perempuan itu beliau mengabaikan aku sepenuhnya dan sering bergaduh denganku.

Beliau pernah menyuarakan kepadaku untuk menyunting wanita itu sebagai isterinya. Katanya wanita itu matang dari aku dan sempurna daripada aku. Sedangkan nafkah aku dan anakku juga kelaut, bagaimana pula jika beliau bernikah lagi satu? Disebabkan itulah aku mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada makan hati berulam jantung.

Apa yang aku dapat kaitkan di sini, ex aku tidak berubah daripada sebelum kahwin. Beliau mengaku bahawa beliau cuma berpura2 berubah dan bukan daripada kehendak diriku… Sebaliknya cuma untuk aku. Oleh itu perubahan beliau tidak kekal lama. Ya aku sedar aku yang terlalu memaksa beliau berubah kerana aku mahu yang terbaik untuknya. Jelaslah bahawa aku salah. Manusia takkan berubah kerana jika niatnya bukan lillahitaala.

Sebelum kahwin, beliau berkata beliau mahu berkahwin denganku kerana ingin mengelakkan maksiat. Rupanya setelah aku berkahwin, barulah aku tahu. Beliau bernikah cuma kerana nfsu. Apabila aku tidak lagi menepati apa yang beliau mahu, dia mula mencari orang baru. Apa2 pun, terima kasih kepada ex kerana banyak mengajar aku erti setia yang sebenar.

Jujur, hati aku terlalu sayang kepadanya dahulu. Tetapi kini hati aku sudah betul2 mti untuk dia. Oleh itu berpada-padalah apabila menyayangi seseorang. Boleh jadi kita sayang sesuatu namun ia buruk buat kita, boleh jadi kita benci sesuatu namun ia baik buat kita.

Setelah kami bercrai, aku pulang ke pangkuan keluargaku. Manakala beliau kini sudah berpisah dengan wanita itu selain daripada terpaksa menanggung hutang yang banyak. Kini beliau seperti menyesal akan tindakan yang beliau lakukan kepadaku dahulu.

Namun pisang tidak akan berbuah dua kali. Cukuplah sekali aku disakiti. Berilah peluang untuk aku bahagia dengan caraku sendiri. Satu pengajaran di sini adalah doa memainkan peranan yang penting. Jangan berdoa dalam kaedah memaksa, sebaliknya doalah dengan penuh redha dan jelas. Berdoalah daripada awal2 lagi dan teruskan konsisten dengan mengamalkan doa selalu.

Di sini aku meminta agar kalian mendoakan aku semoga dapat menjadi seorang ibu yang lebih baik untuk anakku, dapat mencari rezeki yang halal dan tidak shubhah untuk keluargaku, dan seterusnya menjadi seorang muslimah yang ditetapkan hati dan iman cuma untuk Allah dan RasulNya.

Semoga Allah pelihara hati kita daripada perkara yang sia-sia dan dipermudahkan olehNya segala urusan kita. Semoga anda semua bertemu dengan jodoh yang baik dan beramal soleh solehah dan dikurniakan zuriat yang juga soleh solehah. Amin InshaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *