Lepas mak bersalin, melahirkan Akmal, pakcik aku beri tahu yang ayah dah kena tangkap basah. Perjuangan Mak.

Aku harap sangat luahan ini dapat banyak komen yang positif. Aku nak tau jugak insights dan pandangan dari comment readers. Aku perlukan pendapat dari pelbagai pelusuk seantero supaya senang aku nak backup mak aku. Kenapa mak? Ok jap lagi cerita kan dekat bawah ni..

Ceritanya begini, mak aku adalah ibu tunggal. Mak aku baru bercerai 2 tahun yang lepas tapi dah 10 tahun ayah aku dah macam tak wujud pun dalam hidup kami.

Aku ada 3 orang adik. 1 lelaki dan 2 orang perempuan. Aku anak sulung dan jarak aku dengan adik nombor 2 agak jauh. Dalam 5 tahun. Ana, Adik perempuan nombor 2 umurnya 24 tahun (baru habis belajar), Ili adik perempuan nombor 3 umurnya 22 tahun (masih belajar) dan Akmal, adik lelaki bongsu 20 tahun (masih belajar).

Punca mak dan ayah aku bercrai adalah sebab ketidak adilan ayah dalam rumahtangga. Ayah beristeri 2. Isteri nombor dua ayah dulunya janda anak dua. Sepasang lelaki dan perempuan. Umur seorang sebaya dengan adik nombor 2 aku dan lagi seorang tua setahun daripada adik nombor 3 aku.

Sebelum ayah berkahwin dengan isteri dia mak tak boleh terima, Tapi sesudah ayah kahwin 10 tahun lepas mak redha je. Mak aku wanita bekerjaya. Seorang eksekutif di syarikat swasta.

Ayah seorang manager di syarikat swasta. Mak masih dipangkat eksekutif walaupun peers atau colleague sebaya mak ada yang dah level manager dan senior manager. Mak 55 tahun ni. Carrer path mak terbantut sebab ayah. Lepas Ana lahir ayah suruh mak jadi surirumah. Mak patuh dan akur. ayah memang throughout marriage selalu buat hal.

Pakcik aku cerita. Pakcik aku abang kepada mak memang tak pernah sorok kebencian dia dekat ayah sebab buat adik kesayangan dia macam patung cendana. Dia yang selalu jadi spy mak. Dia lah akan inform ape kt mak aktiviti luar ayah.

Kemuncak dia lepas Akmal lahir. Pernah ditangkap khalwat. Dan on off ada affair dengan orang yang berbeza-beza. Masa aku lepas SPM, mak buat keputusan untuk mula bekerja semula dan Alhamdulillah dia dapat kerja. Masa aku 19 tahun ayah berkahwin lagi satu.

Di mata aku mak tak ada kurangnya. Seorang yang berperwatakan lembut tapi tegas. Kami membesar dengan air tangan mak. Semua masakan mak sedap. Kami pernah pergi tuisyen bila membesar sebab mak ajar kami sendiri. Just name it. Add math pun mak masih boleh ajar lagi.

Tengok balik textbook sekejap dia dah boleh ingat. Rumah kemas dan bersih. Anak-anak semua cukup pelajaran. Nak cakap pandai sangat tu tidaklah. Tapi nak sambung degree tu bukanlah perkara yang mustahil bagi kami.

Bila kami keluar belajar masakan mak lah yang kami rindu. Dan bilik kami, baju kami bersih dan kemas sebab mak dah didik dari kecik lagi.

Lepas kahwin baru, ayah lebihkan keluarga belah sana. Balik kadang-kadang 1 malam. Kalau untung 2 malam. ayah buat rumah kami macam booth touch and go. Selama ayah dah berkahwin baru, cuma sekali sahaja raya dengan kami. Yang lainnya kami beraya dengan family sebelah mak.

Kami disini macam tak wujud. Duit bulan-bulan tetap ayah transfer walaupun kadang-kadang tak cukup. Mujur mak bekerja. Jadi dapatla mak tambah-tambah.

Untuk pengetahuan korang rumah yang kami tinggal adalah rumah yang mak dan ayah beli sama-sama masa awal berkahwin. Bila aku dah habis degree mak duduk berbincang dengan aku yang dia dah nekad nak bercerai sebab ayah tak adil.

Aku tak boleh terima pada mulanya. Tapi aku masih ingat lagi masa kecil dulu bila lewat malam aku selalu bertanya pada mak.

Aku : Mak ayah mana?

Mak : Ayah kerja

Sedangkan ayah tengah sedap diluar sana dengan perempuan mana. Aku ingat lagi masa mak terkontang kanting buat bisnes jual kek cheese leleh sebab kami adik beradik sedih tengok ayah dengan family baru dia bercuti di Bandung.

Dan lepas tu kesana sini ayah bercuti. Kami hanya mampu tengok melalui FB ayah sahaja. Tak pernah ajak sekali. Hasil duit cheese leleh dan saving mak bawa kami dan nenek ke bercuti Sabah.

Bila abah balik, itu lah masanya mak nak update ayah tentang anak-anak. Tapi ayah cakap serabut. Sebab tu dia malas nak balik. Kami ni menyerabutkan ayah. Gduh prang dalam pantang dapat tahu suami kena tangkap khalwat. Countless time she cries because she was treated like an old rag.

Aku setuju untuk mak bercerai. Full support. Akmal pun setuju. Dia dah hilang respect dengan ayah sejak dia dengar ayah cakap kami menyusahkan dekat mak satu hari tu di rumah. Masalahnya Ana dan Ili.

Bagi mereka kalau mak dan ayah bercerai, kami akan jadi broken family. Kita memang dah broken bila ayah buat hal. Bila ayah tak adil. Bila ayah lebihkan anak tiri dia dari anak dia sendiri.

Selepas aku dan Akmal pujuk baru mereka terima tapi macam terpaksa.

Proses penceraian mak ambil masa kerana ayah tak nak lepaskan dia. 4 tahun. Dari aku 23 tahun sampailah aku 27 tahun dan dah setahun aku berkahwin barulah mak officially bercerai.

Itu pun bukan ayah yang lafaz. Atas perintah mahkamah. Alasan tak ceraikan mak sebab mak dengan dia sejak dia susah sampai senang. Dah tu yang ayah sksa mak kenapa? Ada yang kata ayah disihirlah apa lah. I don’t think so.

Fast forward 2 years, mak dah move on. Mak dan siblings pun dah pindah keluar sebab ayah nak jual rumah kami tinggal dari kecil tu. Ayah nak guna duit untuk modal business isteri dia. Kalaulah aku belum beli rumah joined loan dengan suami aku, pastinya aku akan beli rumah tu dengan ayah.

Memori kami banyak yang ada di rumah tu. With and without ayah. Mak sangat positif. Katanya harta ni, jangan dikira. Hak dia, tetap hak dia. Ini rumah ayah.

Sekarang dia nak semula jadi kita pulangkan. Ayah janji nak bagi sebahagian duit pada mak sebab harta sepencarian. Tapi tak tahulah dah beri ke belum. Bila aku tanya, mak kata jangan masuk campur.

Mak menyewa sekarang. Rumah teres setingkat. Cukup la untuk mereka berempat sebab aku dah duduk sendiri.

Sebulan lepas aku, mak , aku dan Fina ( anak aku, baby lagi pun) keluar bertiga. 3 generation day out gitu. Mak nyatakan hasrat dia nak kahwin.

Aku terkedu terdiam seribu bahasa. Aku pandang tepat dalam mata. Adakah ini serius atau cobaan??

Aku: Cepatnya mak move on. Baru dua tahun

Mak aku hanya senyum

Mak: Dua tahun bercerai. Lagi lapan tahun tu? Macam mana tu? Hihi

Aku terkedu terdiam seribu bahasa. Aku pandang tepat dalam mata. Adakah ini serius atau cobaan??

Aku: Cepatnya mak move on. Baru dua tahun

Mak aku hanya senyum

Mak: Dua tahun bercerai. Lagi lapan tahun tu? Macam mana tu? Hihi

Mak aku tak gedik tapi bila aku fikir balik arghhhh serabut.. Aku btol2 blur biar betul mak aku ni.. Mungkin petang ni mak nak bawa aku jumpa uncle Man tu.

Ok mak bawa aku jumpa uncle man petang tu, orang nya kurus dan tinggi, boleh tahan handsome juga even dimamah usia. Aku rase uncle man ni time dia muda2 dulu mesti handsome orang nya. hihi

Long short story, Uncle Man ni sebenarnya kawan lama mak aku yang dia orang kenal sejak dia sekolah dulu. Satu kampung. Mak sambung belajar di ITM dan bawa haluan masing-masing. Tapi hati budi keluarga semua memang kenal sangat sebab sekampung.

Untuk pengetahuan korang Uncle Man ni duda. Tak ada anak. Mungkin sesuai la kot dengan mak aku janda. Cuma mak aku ni baru je janda 2 tahun lepas.

Uncle man ni dah bercerai 10 tahun. Da lama sgt da becerai. Jangan salah anggap ye uncle man bukan punca penceraian mak dan ayah aku. Mak jumpa uncle dekat pasar time beli ikan. Mak aku pon memang da sedia maklum uncle man ni duda da lama da.

Apa lagi, uncle man masuk cucuk la da alang2 mak aku ni janda. Tapi bukan janda berhias la. Janda da bercucu, hihi. Tapi masih anggun gitu.

Sebenarnya time uncle man cerita punca dia bcrai dengan bekas isteri sebab isteri dia kantoi ada lelaki lain. Aduh, yang paling tak tahan uncle man cerita laki yang suka kan ex wife dia tu Bangla ada kebun lagi tu.

Time dulu uncle man ni berhempas pulas pulun OT di kilang untuk kesenangan isteri. Tapi selama mereka kahwin 15 tahun tak ada anak. Sebab wife dia ada masalah fertility. Opss sebelum terlupa uncle man technician kilang je. Sampai sekarang masih kerja dikilang yang sama.

Uncle man suka hidup sederhana tapi cukup. Yang penting dia dah ada rumah sendiri dan kereta sendiri yang sudah habis bayar. Uncle man ni orangnya beterus terang. Aku bangga uncle man time dia cerita kereta dia da habis bayar. Kereta proton preve lagi tu. Untunglah mak aku…..hihi

Aku banyak tahu pasal uncle man ni sebab aku soal siasat uncle Man macam mana mak soal siasat suami aku masa nak nikah dulu. Kerja apa? Asal mana? Tinggal mana? Sattus? Over tak aku. Orangnya peramah. Sebaya mak.

Aku cakap pada mak untuk beri aku masa untuk fikir. Aku balik dan bincang dengan suami aku.

Aku: Mak nak kahwin la awak. Macam mana eh?

Suami: Kalau bukan suami orang biarlah

Aku: Tapi…Apa orang kata..Mak dah 55 tahun kot, tak malu ke, kang vral pula nanti

Suami: Bukan nya mak kena tangkap khalwat ke apa. Mak kahwin. Dia nak bersanding pun biarla..

Aku: Entahla B… Saya pon blur2.. Tapi tgk perwatakan uncle man tu baik orangnya

Suami: Ayah awak tu dah bahagia. Dah move on. Dah seronok dengan isteri baru. 10 tahun dah pun. Biarla mak bahagia.. Kita kasi chance la kt mak sama..

Fikir punya fikir. Aku rasa aku patut sokong mak cari bahagia dia. Mungkin Uncle Man dapat bahagiakan mak. Kalau uncle Man permainkan mak, aku orang pertama akan simbah cat merah atas kereta Proton Preve dia yang dah habis bayar tu.

Dan after mak dah ready, kami bincang dengan lagi 3 orang tu. Adik2 aku biar dia orang paham keadaan mak sekarang.

Pada mulanya Akmal nampak unpleasant. Tapi dia anak yang taat. Dia setuju dengan pilihan mak untuk nikah lagi. Yang lagi dua orang tu buat hal.

Ili: Apa mak? Technician? Agak agaklah. Babah manager kot. Cari la yang setaraf babah at least

Ana: Mak ni tak malu ke nak kahwin lagi.

Ili: Mak, ayah sayang mak lagi tau. Jom la rujuk semula. Ili dah bincang dengan ayah..Besar sangat ke dosa ayah sampai mak tak nak maafkan dia?

Aku: Yang tinggalkan pergi bercuti di Bandung, Singapore, Medan, Phuket tu babah kau yang manager tu lah. Manager tapi dengan anak tiri mampu. Anak sendiri kedekut.

Aku: Mak nak malu apa! Halal. Yang kau berkepit dengan boyfriend kau tu yang patutnya malu. Nak rujuk bukan atas kau ye. Atas mak. 8 tahun mak bertahan. Aku rasa cukup la peluang mak bagi kat ayah.

Dan mak kahwin dengan siapa pun, kita semua tetap berbin dan binti kan babah. Macam mana pun babah tu tetap drah daging kita.

Akmal diam masa tu sebab dia masih terkejut.Sekarang ni perempuan dua orang tu on strike. Tengah mogok tak nak cakap dengan mak. Aku kesian dengan mak. Ini mungkin peluang mak untuk temui bahagia dia.

Dan melihatkan Ili dan Ana, tak mustahil mak akan lupakan hasrat dia untuk berkahwin. Supaya hubungan anak dia tak keruh. Dan ayah pulak tak membantu. Jadi lelaki gla talak. Dan cakap dengan Ili nak rujuk semula.

Aku rasa kami sebagai anak tak ada hak nak halang mak kahwin. Tak ada hak sama sekali. Aku nak tengok hari2 tua mak penuh perasaan gembira. Lupakan apa yang ayah pernah buat dekat mak dulu.

Aku ambil masa lebih 2 3 minggu juga untuk pujuk si Ili dan Ana tu supaya setuju dengan keputusan mak. Mulanya mereka macam mengeras untuk bersetuju sebab mak da tua. Uncle man pon da tua. Ya itulah punca utama mereka tak bersetuju.

Tapi alhamdullilah, akhirnya mereka bersetuju juga dengan muka yang agak ketat. Mak berhak untuk bahagia di usia zaman fasa mereka tua. Uncle man pon da berjanji dengan mak nak bawa mak dan keluarga kami pergi menunaikan umrah guna duit pencen dia. hehe..

Syukur alhamdullilah.. sekurangnya ada juga planning uncle man ni untuk bawa kami beribadat. Tak macam ayah asyik berkepit dengan family satu lagi tu. Kami di abaikan. Geram sangat.

InsyaAllah kalau takde aral melintang, mak dan uncle man bakal diijab kabulkan pada 23.6.2019. Dengan hantaran 10k. Banyak juga duit uncle man ni, hihi. Senyum lebar la uncle man dapat mak aku ni. Aku doakan yang terbaik untuk mak dan harap mak kekal bahagia hingga akhir hayat mak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *