Berangan nak kawin, tapi rumah sewa kotor sgt, tapi nape anak darra simpan kndom, aku anggap je kau salah beli gula-gula skit tekak.

Assalamualaikum wbt. Nama aku Sarah .Umur aku dalam likungan 25 tahun. Kisah aku ni bukan nya rumah tangga ke apa ke, cuma sikit kekecewaan la bagi wanita bujang sebaya dengan aku luaran fuh tiptop tapi dalaman MashaAllah… Aku tahu korang setuju ke tak apa yang nak luahkan ni.. This is real happening to me..

Bermula aku dapat kerja baru area Shah Alam, Selangor, so baru-baru ni aku menyewa dekat area Seksyen 6, Shah Alam. Dalam banyak-banyak rumah sewa yang aku survey masa tu, ada satu rumah ni memang dah dekat betul dengan tempat kerja. Tapi satu je masalah, kotor!

Korang boleh bayangkan rumah perempuan kalau kotor jadi mcm mana? Da macam rumah mat rempit da.. Tapi nak buat macam mana, rumah tu je paling dekat dengan tempat kerja aku. So aku pon terpaksa la hadap masalah ni.

Mula-mula aku masuk ruang tamu, berpasir weyh lantai dia. Kau bayangkan lah bila kau masuk rumah bukak kasut semua. Sekali berpijak je ke lantai dia punya pasir tu ya ampun. Macam kau berkaki ayam dekat luar rumah. Si penyewa ni tak sapu rumah ke? Ke ko tabur je pasir dalam rumah tu?

Bila aku masuk kat dapur nampak pinggan bertimbun dekat singki. Dari pemerhatian aku yang tak berapa tajam ni aku tengok pinggan ni kotor dia bukan baru-baru. Nampak macam dah berhari bertimbun dekat situ. Dengan sampah bekas makanan yang berselerak lagi. Itu belum lagi tengok bahagian dapur masak lagi. Astaghfirullah al azim.

Aku tanya penyewa. “ Kak, dalam rumah ni ada berapa orang? Student ke semua ”

Dia jawap ada sikit je and semua bekerja. Okey, so aku husnuzon la maybe dia busy nak gla sampai tak sempat bersihkan rumah. Aku tanya lagi “Diorang ade ke sekarang?”. Akak tuh jawap takde sebab masing-masing balik kampung.

Sebabkan aku dah terdesak sangat cari rumah, so aku hadap la benda-benda ni. Aku terima menyewa dengan satu fikiran yang super positif yang housemate aku ni sebenarnya kerja dia sibuk tahap menteri sampai tak sempat buat cleaning work rumah.

Guess what, fikiran aku jauh melesettttt da sampai nak melecettttttt.

Sepanjang aku menyewa dekat rumah ni, memang tahap pengotor diorang ni tak boleh bawak bincang. Diorang ni aku puji bab memasak memang rajin. Rajin sangat dan sedap dia orng pandai masak, kalau buka warung kompom laku.

Sorang housemate aku ni balik kerja terus bersilat dekat dapur masak. Tapi sedih gla dengan perempuan macam ni. Rajin masak tapi pemalas bersihkan bekas masak. Habis kuali pinggan bersepah atas dapur even dia sorang je pandai pakai dapur tu, tapi pleassee la..

Dia punya tahap pemalas tu aku cakap, kalau korang kikis kotoran degil dekat dapur gas tu maybe kena pakai besi kot. Pencuci joy ‘hanya setitik boleh cuci beribu pinggan’ tu memang tak lut.

Aku paling tak tahan bab rendam periuk nasi. Boleh pulak dia tinggalkan periuk nasi dia tu berendam lama 2-5 hari sampai berkulat. Macam-macam warna kulat aku tengok dalam periuk dia. Korang biasa tengok kulat kaler biru, hijau merah kalau periuk tak basuh?? Serius loya, tak faham aku.

Aku pernah tegur dia minta basuh la semua barang dia ni lepas guna. Dia boleh bagi alasan dia geli. Pinggan makan sendiri, pinggan periuk mangkuk masak sendiri pun geli basuh ke? Aku rasa nak carut tapi aku budak lagi. So aku simpan perangai gengster sekolah blacklist dalam KL aku. Kalau aku sembur diorang ni maybe aku kena halau kot.

Tapi please la perempuan. Bab meroyan merenyam nak kawin bukan main. Hari-hari keluar dengan BF balik sampai tengah-tengah malam. Status pun semua geli-geli dengan BF. Budget ayu, perempuan melayu terakhir konon.

Tapi perangai tak nak ubah. Pengotor. Kalau bab make-up dengan dresss up tu nombor satu bai! Walaupun badan gempal, tapi dia cantik weyh lepas make-up. Tapi perangai dalam rumah astaghfirullah al azim. Pengotor!

Sorang lagi housemate aku ni memang educated. Kerja pun level intellectual. Masuk umur 3 series tapi belum kawin. Aku tak kesah la bab kawin ni lantak lah sebab apa dia tak kawin lagi. Aku Husnuzon je dia tak kawin sebab busy dengan kerja Intellectual.

Tapi lama-lama duduk dengan dia ni, aku dapat ciium jugak dia pun teringin nak kawin cuma tak merenyam macam sorang lagi. Bukan tak de ornag minat dkt dia, ada dan dia hanya tnggu masa si lelaki datang merisik. But still, yang sorang ni pun boleh tahan pengotor.

Aku bukan jenis menyebuk sangat, tapi kadang-kadang masa nak pergi bilik air ternampak benda tak menyenangkan. Pinau biji mata kalau tengok dalam bilik air dia.

Dia buka pintu bilik dia seluasnya dan kau boleh nampak lautan baju bersepah bersepai atas lantai dalam bakul atas katil. Aku tak tahu beza mana baju dah basuh mana belum.

Barang make up dan skincare pun bersepah atas katil macam baru kena rompak. Aku terus berfikir macam mana lah diorang boleh hidup dalam bilik macam ni? Kalau ular bersarang dalam bilik dia tak perasan agaknya. Sepahhh.

Tapi sikit-sikit cakap nak kawin. Nak cari jodoh. Nak kejar crush. Hadoiiiiii, tak paham aku perangai masing pengotor macam ni.

Pesanan lah untuk korang semua, especially perempuan. Engkau sebelum sembang pasal nak kawin tolong lah betulkan diri dulu. Tolong belajar jadi pembersih.

Belajar untuk menjaga dan memelihara barang rumah dengan baik. Tak malu ke anak darra pengotor? Walaupun family tak tahu benda ni, but please laa. Kebersihan sendiri kot tak kan itu pun susah nak jaga. Bab melawa engkau bukan main.

Nanti korang dah kawin semua urusan rumah engkau kena jaga. Bermula dari basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, jaga anak, urus keperluan suami dan lain-lain. Memang ni kerja orang gaji, tapi kalau laki engkau suruh buat? Kau kena la buat sikit la kan dengan bantuan suami jugak.

Engkau ingat kawin ni sedap ajaa? Kawin ni datang dengan bebanan tanggungjawab tau. Penyayang mana pun laki engkau, mesti engkau kena buat benda-benda aku sebut ni nanti. At least.

Bab ilmu agama tu tolong jugak la timba banyak-banyak. Ni anak darra simpan condom? Aku malas nak fikir benda bukan-bukan. Aku anggap je engkau salah beli gula-gula skit tekak. Korang rasa jenis perempuan camne ada pulak simpan “gula gula skit teka” .. Hadoii … But please lah. Baiki diri dulu sebelum nak kawin.

Haa itu je aku nak bebel.Assalamualaikum..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *