Mak ngadu sakit kepala.Sbb xtahu punca. Doktor cadang buat xray. Bila keputusan kuar doktor hanya geleng-gelang kepala.

Hai semua. Sedikit coretan hati serta secebis rasa rindu yang tak bernoktah hingga hujung nyaawa ini. Saya anak bongsu dari 7 beradik. 4 kakak 2 abang dan semuanya kerja kilang kecuali abang first kerja askar. Kakak nombor 2 dah lama mennggal sebelum saya lahir lagi.

Abah str0ke semasa saya tingkatan 1 (2009). Lmpuh sebelah badan belah kanan. Sejak tu hilang punca pendapatan keluarga. Abah dulu kerja sebagai pekebun sekolah dengan gaji RM450 sebulan. Duit tu la yang abah guna untuk sara kami adik beradik. Kami tak ada kereta dan motor. Dulu, nak kemana-mana naik basikal je. Dengan basikal lah abah ulang alik dari rumah ke sekolah yang jauhnya 3km. Alhamdulillah, sekarang abah dah boleh berjalan bertongkat walaupun tak sembuh sepenuhnya.

Sejak abah skit, mak yang jaga abah, segala appointments klinik, ambil drah, tarikh ambil ubaat semua mak tulis dekat kalendar. Kadang, Kami anak² nak tolong pun mak tak bagi. Selagi kudratnya masih ada, selagi tu dia cuba jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sebaiknya.

Waktu ini juga, perbelanjaan rumah kakak dengan abang yang tanggung. Alhamdulillah semua pakat bahagikan nak bayar bil-bil semua. Kadang-kadang kesian jugak dekat mereka, sebab kerja kilang ni gaji pun cukup-cukup makan je, nak survive sampai ke hujung bulan memang tak cukup sampaikan nak beli barang untuk diri sendiri pun kena tengok budget dulu.

Long story short, semasa saya di tingkatan 5 mak disahkan menghidap knsr payuadarra. Ketulan yang dirasa merupakan penyakit yang paling ditakuti oleh semua wanita. Kuatnya mak masa tu sebab sikit pun saya tak pernah tengok mak menangis atau sedih. Tabah menyembunyikan rasa gundah dihati. Jun 2013, mak menjalani pembdahan membuang ketumbuhan di paayuudarra kanan. Masa ni juga saya sedang trial spm.

Lluh hati, dua-dua penting. Sehari sebelum pembdahan, mak dah pesan siap-siap “adik jangan ponteng sekolah pulak esok, nanti dah selesai semua baru datang tengok mak ye”. Tapi hati ni keras, pesanan tu tidak diendahkan demi nak berada disisinya nanti. Anak bongsu yang satu-satunya masih sekolah, takkan terlepas saat ini tika yang lain semua ada disisi mak.

Waktu pembdahan yang sepatutnya diawal pagi, terpaksa di tunda. Doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa peskit yang lain. Harus bersabar. Akhirnya, pkul 11 lebih mak dibawa ke bilik pembdahan. Perjalanan yang jauh ke bilik pembdahan, menyebabkan abah terpaksa menggunakan kerusi roda.

Hati usah ditanya, gundah gulana perasaan bagai dirobek. Semua tindakan bagai tak kena. Selepas 3 jam lebih, keluar sekujur tubuh yang lemah tak bermaya, masih mamai kesan dibius ubaat. Tiada sebarang respond. Skit mungkin. Sebak bila anak buah panggil opah berkali-kali namun tak bersahut.

Mak dibenarkan discharge setelah 3 hari pembdahan. Kami semua bergilir-gilir menjaga mak sampaikan kakak atas saya berhenti kerja hanya untuk fokus jaga mak.Yang lain tak boleh cuti selalu. Terminated mungkin kalau cuti berderet. Tugas diambil alih oleh kami berdua ketika yang lain bekerja. Masa ni spm memang sangat hampir, dan memang takde masa nak study. Balik rumah tak sentuh buku langsung.

Mak perlukan support, perlukan teman hiburkan hati serta penjagaan yang sangat rapi. Tengah malam baru start study sikit-sikit. Sebulan lepas operate, mak kena buat check up dekat klinik 1 Malaysia. Setiap kali check up tu, abang yang bawa mak naik motor ulang-alik setiap bulan sampai jahitan bertetas sendiri. Struggle? Yes.

Keputusan spm hanya di skala pertengahan. Alhamdulillah semuanya kredit. “A” Allah bagi ke orang lain. Bila balik rumah, tunjuk result dekat mak, mak siap cakap, ” Takpe, adik dah jaga mak selama ni, mak tak kisah pun takda A”. Target A dah melayang hilang kemana tak tau. Disebabkan results yang tak seberapa, saya sambung tingkatkan 6 di sekolah harian.

Mungkin ada hikmahnya tak dapat sambung U, sepanjang form 6 saya la yang teman mak pergi HKL buat kimoterapi dan radioterapi, ulang alik kami berdua ke KL naik bas. Setiap 2 bulan sekali pergi KL. Dalam masa yang sama saya mohon rayuan dan alhamdulillah ditawarkan kos kewangan dan perbankan di salah sebuah politeknik premier.

Namun saya tak pergi, tawaran dibiarkan sepi. Pesanan mak, ” adik masuk form 6 dulu ye, nanti habis ni sambung la degree terus. Dekat pun dekat.” Sepanjang form 6 ni saya selalu ponteng kelas, assignment buat bagai lepas kudung.

Saat kawan yang lain pilih tempat yang menarik dan banyak info, saya cuma pilih yang amat berdekatan dengan rumah. Komitmen masa dan tanggungjawab. Mujur rakan² ramai yang memahami serta banyak menolong. Akhirnya, berbekalkan kesabaran, results Stpm saya ada A. Alhamdulillah.

Habis Stpm, pelbagai tawaran sambung belajar yang saya dapat antaranya umk, upm dan uitm. Bila dikemukakan dekat mak, mak tak lepas anak bongsunya pergi sambung belajar lagi. ” Nanti la dik, tahun depan ke”. Speechless tapi hanya menurut sahaja.Saya bekerja selama setahun, selebihnya hanya duduk dirumah. Mak suruh berhenti kerja, jadi temannya dan abah di rumah. Mak sangat aktif, mak ajar orang mengaji, pergi kelas mengaji, marhaban, kelas fardhu ain, mandikan jnazah dan so on.

Kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari. Penghujung tahun lepas, kesihatan mak tiba-tiba merosot. Bermula dengan hanya skit kepala. Kami ingatkan skit kepala biasa, pelbagai klinik kami pergi semua doktor kata drah tinggi.

Tapi tidak kebah² skitnya. Malah bertambah. Satu hari, mak tiba-tiba tak boleh bangun, bergegas kami bawak mak ke hspital besar dengan menaiki kereta. Selepas dirawat, doktor kata semuanya okay. Cuma tekanan drah tinggi. Balik la kami dengan perasaan hampa.

Mak semakin kurus. Seleranya hilang. Hanya berbaring sahaja hampir 2 bulan. Kemudian, hilang skit kepala, kakinya pula bagai tidak mampu berjalan. Lenguh katanya. Lagi sekali ke hspital, doktor cuma bagi ubt biasa. Saat ini, mak tak mampu uruskan dirinya dah. Tubuh ini lah yang mengangkat, memandikan, memakaikan lampin, bedak sikat segalanya. Tapi tak lama lepas tu, kami bawak mak ke hspital yang berhampiran dengan rumah. Mak dimasukkan dripped 4 botol.

Mak warded. Tengah hari dalam pkul 11, doktor datang mengambil history kesihatan mak. Pelbagai soalan yang ditanya, namun mak tak pandang tepat ke arah doktor, jawapan yang diberi mak amat bercanggah. Saya sendiri mak tak ingat. Langsung tak seperti orang normal kata doktor. Doktor dah mula risau, dijalankan pelbagai x-tray. First x-ray, suspect tbi. Namun mak amat berbeza dari peskit biasa.

Sejurus kemudian, doktor bagi sehelai kertas yang menyatakan x-ray akan dilakukan tapi bukan dihspital tersebut. Menggigil tangan menandatangani surat persetujuan. Segala pro dan cons sudah diterangkan. Keputusan ditangan saya. Aku harus kuat. Akhirnya, mak terpaksa dikejarkan ke hspital besar yang mempunyai segala kelengakapan dan doktor pakar. Berdua saya dan mak menaiki ambulance. Allah. Berderau rasa hati. Mak, sihatlah semula !

Sebaik tiba di hspital besar, mak terus dimasukkan ke bahagian kecmasan. Tak lama lepas tu, dilakukan x-ray CT brain. Keputusannya amat lama. Rasa mahu menangis semasa meneman mak di waad kecmasan. Mak sudah berada di dunianya sendiri. Adik beradik semua sudah berkumpul di depan bilik kecmasan. Bergilir berjumpa mak. Tetapi mak tetap mahu diri ini yang berada disebelahnya meski dalam keadaan tak sedar.

Dalam pkul 7 malam, doktor memaklumkan keputusan yang amat mendukacitakan. Knser mak dah merebak ke otak. Terdapat 5 kelompok knser di bahagian otak. Salah satunya amat besar, sudah hampir menutupi ingatan mak. Knsernya dah membengkak. Ya Allah. Rupa-rupanya mak skit kepala disebabkan knsernya. Makkk !

Tengah malam dihari yang sama, mak ditempatkan di waad 2b dalam keadaan tak sedar. Mak dimasukkan dripped, serta tiub. Skitnya pasang tiub di hidung sampai meronta mak menahannya. Tangan mak terpaksa diikat bagi mengelakkan mak mencabut tiub tersebut. Tak lama kemudian, datang seorang dktor pakar India, sangat baik tutur kata beliau. Mengikut history, mak disahkan menghidap knser payudra tahap 4 sejak awal lagi. Tapi mak sembunyikan dari pengetahuan kami semua.

Allahuakbar ! Kenapa mak? . Tak semena saya menangis semahunya dihadapan doktor, di sebelah katil mak. Kuatnya mak. Kenapa mak sembunyikan seorang diri. Adik kan ada. Mak dah janji takde rahsia antara kita. Hari ke 2 mak di waad, mak cakap “anyah datang (arwh kakak). Anyah ajak mak pergi ”

Seminggu mak di waad, kesihatan mak beransur sihat sedikit dan dibenarkan balik. Tapi masih dalam pemantauan doktor. Tempoh hayat yang diberi pada mulanya 3 bulan kemudian berkurang kepada sebulan. Full dagnosis, advanced breast cncer with metstasis to brin, lung, liver and bone. Knser dah merebak hampir ke seluruh tubuh badan mak. Doktor pakar semua dah start geleng kepala. Tiada apa yang boleh dibuat lagi kecuali penjagaan bagi mak selesa.

2 hari sebelum discharge, mak mencabut tiubnya sendiri. Sungguh, masa tu saya terlelap sebentar. Mak tarik tiub sambil tersenyum. Haha. Manis sangat muka mak. Sedar-sedar dah keluar habis. Hari yang sepatutnya balik, mak tarik keluar sendiri jrum ditangannya. Lagi sekali, tetap tersenyum siap ketawa kecil kerana nak balik. Dalam hati ini cuma mampu berdoa agar Allah bagi peluang untuk sambut puasa dan raya dengan mak.

Sebaik sampai dirumah, mak baru ingat nama saya. Ya Allah ! Berharga sungguh. Ingatan mak bertambah baik. Mak rajin bersembang. Dari pagi sampai malam ada je benda yang disembang. Seronok kami dengar suara mak. Hampir 5 bulan mak tak bercakap sangat, bila mak bersembang berseri rasa rumah. Still, time ni saya tidur dengan mak.

Mak tidur bawah, saya tidur bawah. Mak tidur atas katil bujang, saya tidur atas kerusi malas. Rezeki mak murah, ramai sahabat handai mak datang ziarah, tak putus² kawan² mak. Paling takut sekali waktu malam, sanggup tak tidur takut mak jadi sawan. Tapi, mak kuat. Tak pernah jadi sawan lagi macam doktor jangkakan.

First day puasa, seri puasa dah hilang. Takde dah mak gerak bangun sahur, rasa masakan mak. Semua kena buat sendiri. Tapi, setianya mak tiap kali kami sahur mak tetap bangun teman kami walaupun mak tak puasa. Ya, tahun ni mak tak puasa penuh. Dulu badan mak berisi, sederhana.

Bukan kategori gemuk. Tapi bila start skit ni, badan mak kurus sekurusnya. Tinggal tulang. Mak tak boleh skip makan dan minum walaupun mak tak boleh makan makanan pepejal. Mak cuma boleh makan bubur dan makanan yang lembut. Takut mak tersedak, kalau mak tersedak sangat bahya untuk paru² dia.

Start bulan puasa ni, mak ngidam kuih yang lembut dan bulat, kuih dulu-dulu tapi mak tak ingat nama kuih tersebut. Hampir 3 minggu kami try and error semua jenis kuih di bazar ramadhan. Semua salah, rupa-rupanya mak teringin kuih tepung bungkus. Hehe. Jauh beza la mak. Berselera betul mak makan. Habis 4 ketul mak makan.

Macam-macam mak mintak, mak nak tukar langsir baru warna kuning, kami belikan dan saya yang jahit sendiri, mak nak cat rumah warna kuning, abang catkan. Apa aja mak mintak kami cuba tunaikan. Last kami bawak mak pergi beli baju raya mak dengan abah. Kami belikan mak blouse, kasut raya, handbag, kerongsang segala yang mak nak. Muka mak ceria sangat tika itu.

Sehinggalah 31.5 baru ni, kami bawa mak ke waad peliatif buat kali kedua, doktor nampak perubahan positive dekat mak. Jadi doktor sarankan nak kurangkan d0s ubt dari 2 biji ke 1 biji. Ubt tersebut akan ada bad side effects kalau makan berterusan. Jadi keesokan harinya, saya bagi mak makan ubt tersebut 1 biji, mak still okay lagi namun semuanya berubah bila masuk hari kedua, mak dah kurang bercakap.

Mak banyak tidur. Bila tanya, kenapa mak taknak sembang dah? Tak larat ke? Mak angguk. Tapi bila diajak pergi hspital mak taknak, tunggu kejap lagi katanya. Bila tengok lain sangat perubahan mak, selera makan semua takde, minum susu pun kurang. Kami terus bawak mak ke kecmasan. Dan mak ditahan buat kali kedua.

Hiba sangat hati ni, masa pergi hspital mak boleh sembang, boleh ingat kami, boleh senyum gelak. Bila masuk je kecmasan mak jadi macam dulu. She’s l0st. Kami semua mak ingat-ingat lupa.

Kena cakap banyak kali baru mak ingat. Kesian mak, waad kecmasan sejuk. Tapi mak tak boleh nak kata apa dah. Mak tak nak makan. Bukak mulut pun taknak. X-tray dilakukan dibahagian dada mak, keputusannya paru² mak dah penuh sel drah putih dan air.

Mak kembali dimasukkan ke waad 2b, tempat yang sama. Doktor pun dah cam mak. Kali ni doktor hanya mampu bagi gelengan kepala. Saya tau maksudnya. Tak kuatnyaa rasa pedih ni. Mak dimasukkan tiub buat kali keduanya sebab mak refuse makan melalui mulut.

Ditutup serapat rapatnya mulut kecil itu. Kali ini, di sebelah kiri pula. Cumanya, kalau mak cabut lagi sekali doktor takkan masukkan balik tiub. Tangan mak diikat lagi, langkah berjaga takut mak cabutkan lagi.

Kemudian, mak direfer ke waad pliatif. Waad yang tiada harapan. Yang diberikan penjagaan rapi. Baru je langkah kaki ini melangkah masuk, tak sampai 20 minit kami di waad tersebut, peskit depan katil mak baru menghembuskan nafasnya buat kali yang terakhir. Perempuan cina tua.

Baru saja masuk tak sampai setengah jam. Ajalnya sudah dijemput Ihali terlebih dahulu. Suasana pilu menyelubungi seluruh waad. Speechless, Ya Allah izinkan kami sambut puasa dan raya bersama mak tahun ini. Jangan Kau ambil nyawanya lagi Ya Allah. Berulang kali berdoa sepanjang berada di waad.

Alhamdulillah, seminggu sebelum raya mak dibenarkan pulang. Kepulangannya kali ini tidak seceria yang dulu. Malah, mak dah tak boleh bercakap dan bergerak. Mak hanya mampu terbaring di atas katil. Senyuman diwajahnya kian hilang. Pergerakannya terbatas. Cukup masa, saya akan alihkan badan mak ke kiri, ke kanan.

Risau berlaku luka dibadannya. Hari raya tiba, bergemar takbir raya di serata tempat. Tubuh nan terbaring itu disarungkan pakaian sedondon berona biru. Warna kegemaran mak. Walaupun mak tak mampu bergerak dan bercakap, kami mengambil gambar sebanyaknya. Pelbagai gaya. Bermaafan berpelukan dengan harapan mak kembali pulih. Langsir warna kuning yang mak pilih dipasangkan.

5 syawal, seawal pagi saya dan kakak melakukan rutin biasa memandikan mak. Kami lap tubuhnya, mulutnya, kukunya siap dipotong, rambutnya disikat rapi. Entah mengapa, hari tersebut saya beria benar mandikan, bersihkan mak. Selepas siap dipakaikan baju, nafas mak berombak.

Seakan kahak tak melepasi dadanya. Wajahnya kekal tenang. Ya Allah. Kaki mak dah mula sejuk. Menjerit panggil abah, dipanggil seluruh kawan² rapat mak, jiran tetangga. Ambulans ditelefon.

Saya disisinya saat akhir hidupnya. Mengajar mak mengucap suatu yang perit saat kita tahu ajalnya bakal menjemput beliau. Akhirnya, mak menghembuskan nafasnya yang terakhir selepas diajar mengucap oleh seoarang imam. Perginya sungguh tenang. Bagai sedang tidur. Bersyukurnya kami dapat memandikan dan mengafankan tubuhnya buat kali yang terakhir. Tenanglah mak. Hilang dah segala keskitan mak selama ni. Mak kuat sangat ! Adik tak mampu.

Malam sebelum mak pergi, mak genggam erat tangan ini hingga ke pagi. Tak ku sangka, itulah genggaman terakhir kita berdua. Mak ditalkinkan oleh abangnya sendiri. Suasana pilu tika nama mak meniti dibibir Pak long. Satu-satunya adik perempuan kesayangan dia sudah pergi menghadap Ilahi. Tinggallah paklong dan paksu kini. Makkk, adik rindu mak. Rutin harian adik dah berubah sejak mak tak ada.

Adik dah takde teman, kawan yang selalu bergurau, memasak, bermanja. Sampai sekarang, adik tak delete lagi loceng time mak makan ubaat, tampalan durogesic dan macam² lagi. Kekok rasanya tidur tanpa mak disisi. Ya Allah. Kau tempatkan ibuku disyurga Mu. Dia ibuku yang terbaik pernah aku ada. Mohon semua sedekahkan al-fatihah buat mak saya.

Sekarang abah tiap minggu tak pernah miss melawat kuubur mak. Rindu teman hidupnya yang sudah pergi. Doakan kesihatan abah bertambah baik. Sejak mak pergi, abah dah kurang selera makan. Teman berbualnya pergi dahulu sebelumnya. Doakan kesihatan saya juga ! Baru-baru ni results upu keluar, dan saya gagal mendapat tempat di universiti. Rayuan sedang dibuat. In Shaa Allah 27/8 ni keluar keputusan. Allah tahu savings saya untuk belajar dah habis digunakan untuk syurga saya.

Allah sangat baik. Moga² ada hikmah disebaliknya. In Shaa Allah, doakan saya dapat sambung belajar, dapat pekerjaan, jaga abah sebaiknya. Saya hilang kawan sejak jaga mak, hubungan makin renggang. Sekarang mereka masing² sudah berada di final year, sudah ada pekerjaan tetap malah makin berjaya dalam hidup. Dan saya masih bergelar penganggur terhormat.

Dulu, semasa saya kecik mak jaga aruwah opah hingga akhir nyawanya. Masih terbayang lagi saat aruwah opah meningggal walaupun masa tu saya masih kecil. Sekarang giliran saya balas apa yang mak pernah buat dulu. Bezanya, mak dah punya keluarga dan ada anak dan saya masih bujang. Mak, nanti kalau umur adik panjang, dah ada anak, adik cerita semua pasal mak dekat mereka.

Biar mereka tahu, opah mereka sangat kuat dan hebat . Adik sayang mak dunia akhirat. Mak kuat, adik tau mak ada alasan sendiri. Takpe mak, kami semua tak mrah mak. Kami sayang mak. Alhamdulillah, Allah izinkan, Allah perdengarkan doa adik selama ni.

Berehatlah mak. Damai lah dikau disana. Mak tetap ada dengan adik hingga hujung nyawa ini.Maaf andai cerita sedikit berterabur. Buat yang masih mempunyai ibu bapa, sayangilah mereka, jagalah mereka sebaiknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *