Tengok2 ayah mertua perli2 aku dengan maksud yg aku mintk duit laki aku nak beli iphone, mcm menantu diperlekehkn pula.

Hai semua, aku Lyza (bukan nama sebenar), 27 tahun dis year, dah kahwin masuk tahun ke-4, anak sorang dah nak masuk dua, surirumah sepenuh masa yang byk buat kerja part-time. Haa panjang details aku. Korang baca sampai habis supaya boleh share ramai atikel ni suppya bermanfaat pada orang lain juga

Okay lets start with my luahan. Nak cerita tentang bagaimana aku yang tidak kerja menyimpan wang dan membeli iphone 7 sendiri cash dan mempunyai simpanan sendiri RM35k. Yasss tiga puluh lima ribu ringgit.

Aku bukan nak highlight aku pakai iphone lah, banyak duit lah ape lah derrr. Aku nak luahkan perasaan kat sini yang aku tak pernah minta duit suami untuk beli ape2 atau memenuhi kehendak/keperluan diri.

Satu hari handphone aku belum ‘padam’ lagi tapi dah agak nazak; keyboard dh tak sensitif, kejap2 dia maati sendiri, orang call dah tak dengar. Handphone tu pulak mmg adalah sentimental value di mana hadiah hantaran salah satu dulang waktu nikah dulu. Cehhh sweet giler laki aku, haha.

Tapi aku mmg sayang handphone tu sebab dia waterproof, kamera cantik, ringan bla bla bla. Suspek utama yang buat rosak tu confirm la anak aku dia duk hisap handphone aku. Huwaa. Sampai satu masa, handphone tu pun padam.

Nasib baik ada satu extra tablet yang mmg anak aku pakai untuk tengok cerita kartun dia bila waktu ‘darurat’. Waktu tu memang cuak sebab aku banyak buat kerja part time yang banyak guna handphone.

Mula la kisah nya aku risik2 ape handphone ape nak beli. Aku mmg ada niat nak pakai iphone tapi aku kata aku nak yang waterproof version baru aku akan beli. What a coincidence, iphone 7 pun keluar. Aku pun lekas2 pre-order, tak lama tu lepas la ngidam aku. Hewhew.

Happy jadi sedih, terkilan bagai bila ayah mertua aku perli aku dengan maksud dia aku minta duit laki aku untuk beli iphone tu. Cerita itu bukan takat di situ ya, tapi berlanjutan dicanang beliau sehingga kini.

Aku menantu yang diperlekeh beliau sebab jd surirumah sedangkan aku ada Masters. Padahal beliau tidak tahu bahawa aku adalah penjana pendapatan yang agak tinggi dalam diam. Begitulah.

Since then, alah aku telan jela. Jangan jadi makcik pakcik bawang sangat okayyy. Haha. Malas cerita panjang tentang hal sedih tu. Aku nak cerita serba sikit apa aku buat sampai aku boleh beli iphone sendiri cash, ada simpanan yang banyak untuk future, etc.

Aku boleh dikatakan pelajar bijak juga lah sebab aku ditaja (penerima biasiswa penuh) dari sekolah menengah aku belajar sampai grad Masters. Ada saja yayasan yang taja pembelajaran aku. This is true story. Aku grad with zero education debts, alhamdulillah.

Dek kerana usaha gigih aku pulun belajar dulu, aku tak perlu nak susahkan mama papa aku untuk bagi duit pd aku (even sometimes mereka tetap menghulur dan aku tetap menerima haha).

Kawan kawan, duit tajaan yang aku dapat aku tak guna sepenuhnya. Aku simpan gais. Aku tak boros gais. Aku ngaku aku mmg high-branded person by which sekali aku belanja mmg mashaAllah bil boleh juling mata. Contoh kasut Hush puppies harga 2-3 ratus sepasang tapi aku akan pakai sampai kasut tu lunyai.

Kemudian baru lah aku akan beli baru. Di situ dah jimat. Pakai berbulan2 kasut yang selesa cantik manis sampai la dia rosak. Macam tu jugak baju, handbag dan sebagainya.

Duit mama papa hulur biasanya aku buat belanja makan. Camtu lah student life. So contoh, satu sem kalau biasisiwa aku per sem dapat approximate 4k, 1-1.5k aku dah tolak tepi masuk tabung haji.

Yasss tabung haji. Duit tu akan membiak gais. Jangan la gatal2 nak keluarkan. Mmg dari dulu lagi mama ajar aku dah masuk duit dalam tabung haji, lesapkan dari fikiran, biar dia diam2 dalam tu. Time masters tiap2 bulan dpt elaun, alhamdulillah aku manage to save half from them.

Selain itu, aku ada save sikit dalam satu akaun Bank Islam duit emergency, in case jadi pape contoh kereta rosak ke atap rumah rosak bocor ke ape2 lah. Dah, korang calculate lah sendiri bape banyak aku buat saving sepanjang belajar.

Done with belajar. Aku pun kahwin. Hantaran aku waktu tu suami aku letak 10k. Tu duit aku suami aku kata. Lepas tu aku tolak tepi terus 3.5k masuk tabung haji jd saving. Lebih2 tu aku buat belanja kahwin la. Topup2kan dengan mama papa mengikut keperluan majlis.

Ouh ya aku kahwin simple je. Mini pelamin, baju sepersalinan je, bukak khemah 2 untuk tetamu, satu khemah pengantin, ajak keluarga jiran tetangga dan kawan2 rapat. Alhamdulillah kahwin jugak, anak dah nak masuk 2. Kuikui.

Jangan membazir gais bab2 majlis perkahwinan ni. Tapi kalau ada duit lebih, takpe asalkan kita bahagia di hari bahagia kita. No offense.

Dah kahwin, tak kerja pulak tu, tapi masih tak berenti menabung. Mana dapat duit pulak tak keje. Gais, rezeki tak salah alamat, aku berusaha. Walau tak banyak kita dapat, sikit2 lama2 akan jadi bukit gunung ganang. Aku kerja gais guna laptop aku, guna handphone aku.

Aku buat kerja freelance mengikut bidang dan kepakaran aku. Aku buat translations, aku buat academic paper writing. Jd cikgu tuisyen keliling taman ajak budak2 dtg rumah meh kita tuisyen. Yer, kita dah susah lelah belajar dulu, gunakanlah ilmu yang kita ada untuk orang lain.

Selain tu, aku buat dropship kecil2an. Macam2 aku jual. Aku buat satu instagram yang mmg aku upload semua benda yang aku jual. Untung mmg sikit tapi kalau simpan pergh wa cakap sama lu mmg lumayan. Buat lah, mula kan sekarang. Aku join semua dropship yang zero modal haha. Sebab certain bisnes nowadays ada kenakan fee untuk sign up as a dropshiper.

Berbalik pd cerita handphone mana aku cekau duit sampai 3k beli iphone cash tu. Yer aku mula menabung sejak mula2 kahwin dulu. Sikit2, lama2 (makan masa 3 tahun lebih jgk pakai handphone lama tu), duit mmg dah cukup untuk beli phone baru.

Siap ada lebih, aku reserve untuk nak bersalin nanti. Macam tu jugak nak beranak ni nanti. Aku mmg akan hire midwife. Atleast 2 minggu. Anak sulung aku hire midwife for 2 weeks, harga riban gais. Tapi aku menabung dari mula2 kahwin jugak. Aku taknak susahkan mama atau mertua aku nak menjaga aku pulak.

Alhamdulillah 2 weeks passed smoothly, aku pun cepat recovered, myb sebab aku bersalin normal n baby takde kuning. Ya Allah sangat lah aku bersyukur. For second baby ni aku dah reserve duit untuk 2 weeks midwife, ada rezeki maybe nak lanjutkan seminggu, ehem nak jugak manjakan diri dah beranak nanti.

Berkaitan nafkah sebagai isteri, yep tiap2 bulan suami aku akan bagi. Kadang banyak kadang sikit tapi aku mmg takkan tanya. Entah la, bagi aku isu duit ni mcm hal yang sangat sensitif. Suami aku selalu beli kan keperluan aku. Bab nafkah ni insyaAllah memang dia sangat bagus.

Cuma aku lah, yang mmg segan silu nak meminta. Mmg camtu dari kecik. Selagi aku boleh usaha, aku usahakan sendiri, baru puas hati. Hehe.

Itula serba sedikit. Aku memang tak suka susahkan orang. Kalau aku takde duit by the time aku nak ape2 usually mmg aku akan diam je. Aku mmg takkan minta pd suami sepertimana aku mmg takkan minta pd mama dan papa sejak dari kecik. Duit savings aku mmg aku takkan benarkan ia berada di bawah nilai 30k.

Untuk anak aku, every month aku simpankan dia atleast rm30 dalam tabung haji dia. Begitulah juga nanti untuk anak kedua. Mak pak kita please lah jgn sesekali lupa.

Kalau income aku bulan tu tak banyak, aku tetap akan hulur atleast RM50 kat mama papa. Ada lebih, aku kasi lebih. Nampak sikit tapi never underestimate ‘berkat’ yang ada pada value kau hulur tu.

Aku mintak maaf kalau luahan aku ni ada mengguris hati dan perasaan sesiapa. Yang aku nak highlight; please lah berusaha keras lebih2 lagi dengan ekonomi negara sebegini, money is not everything but please plan your financial wisely, mak ayah jangan sesekali lupa, berdoa lah sebanyak mungkin supaya dimurahkan rezeki.

Last but not least, never skip solat Dhuha, tahajud 2 rakaat malam2 and surah Waqiah. 3 amalan ni mmg boleh melapangkan apa yang sempit. Sekian dari aku. Doakan aku beranak kali ni mudah jugak okay! via dunia kini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *