Baru ni peti ais abah rosak, minta la tong tong semua senyap. Terus suami tawarkan nk beli baru, dan2 semua suruh beli peti ais paling mahal

Baru ni ada terbaca mengenai saranan berkongsi (tong-tong) duit sesama adik-beradik sempena belanja raya. Ada yang menyokong tapi ada yang mengecam. Yang mengecam katanya buat apa nak berkira sesama adik-beradik. Ada betul dan ada tak betulnya.

Bagi pendapat sayalah. Buat yang pernah merasa, tentu faham perasaannya. Bukan berkira tapi jika setiap kali berkumpul ramai-ramai, tidak kira raya, kenduri, perjumpaan keluarga, bercuti, majlis hari jadi, anniversary atau hanya cuti hujung minggu, hanya satu keluarga sahaja yang mengeluarkan belanja, rasanya tidak kena. Tidak adil begitu. Boleh sakit hati.

Reason kami yang selalu kena keluarkan duit adalah kerana gaji kami kononnya paling tinggi antara semua. Tapi logikkah jika untuk semua acara, kami kena tanggung?

Mungkin betul gaji kami lebih tinggi antara mereka tapi kami juga ada komitmen lain. Bayar kereta, bayar rumah, insurans dan lain-lain.

Kami anak beranak pon berjimat. Jarang makan besar di luar. Selalu masak. Bila membeli barang dapur, cari kat tempat murah/reasonable. Tidak beli pakaian berjenama (sentiasa jimat sebab tahu duit nak pakai untuk benda yang lagi penting).

Anak-anak kami pon kami beli barang murah-murah, takde nak beli baju branded bagai. Sebab kami sedar kami perlu berjimat untuk masa depan.

Tapi sedih la bila kami berjimat anak beranak, tapi orang lain pula sibuk mengikis duit suami. Keluarga suami jenis yang suka belanja besar macam orang kaya tapi tak mampu. Maka selalulah mintak duit dari kami. Kadang-kadang katanya pinjam dulu, lepas tu buat-buat lupa.

Kadang-kadang direct je cakap mintak sponsor. Kami bukan la kedekut tapi kadang-kadang sakit hati juga. Duit hasil kerja keras kami digunakan sewenang-wenangnya oleh orang lain.

Kami pernah said no, tapi nanti adalah yang mencuka. Takpon perli-perli. Semua taknak faham bila kami memilih untuk berjimat. Bagi dorang, spend je semua duit yang ada (tak saving). Tapi masalahnya dorg spend semua, pastu takde duit nak makan, buat muka kesian mintak kat kami. Konon anak lapar, susu habis, pampers habis, seminggu laki bini tak makan etc. rimas!

Baru ni peti ais rumah mentua rosak. Dorang sibuk cakap sedih kesian itu ini dalam group tapi bila ajak tong-tong beli peti ais baru, masing-masing senyap.

Dah semua senyap, suami aku pula kesian kat mama abah dia, so offer belikan peti ais baru. Bawak la mereka ke kedai. Sibuk pula sorang kakak dia ni nak ikot. Dah ikot dia dan mama dia pilih peti ais yang dorang nak.

Kami dah bagitau bajet yang ada. Tapi dorang kata alang-alang nak beli, beli la yang paling berkenan, bukannya beli peti ais setiap tahun. Korang tahu dorang nak peti ais model mcm mana? Nak yang boleh buat ais terus tu.

Yang tekan-tekan kat pintu peti ais, keluar ais. Terkedu kami. Dah beli, sibuk menjaja cerita beli peti ais baru yang canggih kat sedara mara. Konon hebat.

Nak buat jamuan hari jadi anak dorang pon sama je halnya. Nak buat gah, siap nak sewa inflatable, upah orang buat face painting etc. part paling best, kakak dia letak dalam group family senaraikan kos satu-satu dan minta sponsor. Facepalm. Pastu semua reply laju-laju pilih sponsor paling murah.

And since dorang mesej tu time bekerja, aku dan suami lambat respon sebab fokus kerja. Yang tinggal mahal-mahal je. Tapi terpaksa bayar jugak. Dorang kata takpe, yang mahal-mahal suami aku n aku boleh payung sebab gaji kami tinggi. Berhuhu je la kami. Birthday anak kami pon kami buat kecil-kecilan sebagai kenangan je.

Ada banyak lagi nak ckp tapi aku rasa serabut, geram, kecik hati, sakit hati semua lah. Aku luahan ni dengan harapan dorang baca dan muhasabah diri. Yang tak berkenaan pula, reflek diri, jika ini perangai anda, berubahlah. Kasihanilah insan seperti kami.

Mungkin aku rasa macam ni sebab cara aku dibesarkan lain. Keluarga aku lain. Kami jenis berkongsi. Katakan kakak aku cakap nak buat makan-makan kat rumah mak dan ayah. Kakak aku cakap dalam group, nanti abang dan adik aku akan sahut dan menyatakan apa yang dorang akan bawa/sponsor. Tak perlu minta. Semua pandai bawa diri. Harmoni dan tenang je rasa. Kongsi-kongsi rezeki.

Tapi family suami lain. Asyik nak gah tapi nan hado. Yang sakitnya kami. Dorang anak branak datang bawak mulut dan perut je. Cukup time mintak duit, time birthday ajar anak mntak hadiah dari kami. Nak sambut birthday kat kampong, tunggu kami balik kampong baru nak smbut. Sebab bila kami balik, dorang akan request kek mahal dan hadiah.

Tak banyak duit takpe, kami boleh hulur-hulur ringankan beban dan berkongsi rezeki. Tapi janganlah terlalu dan sentiasa meminta. Duit korang yang kononnya sikit tu pula korang habiskan untuk benda-benda yang tak perlu (makan dekat café hipster, beli baju branded etc).

Tolonglah berubah. Salah satu sebab aku tak suka balik kampung pasal ni la. Selain korang rasa korang je betul, semua salah. Korang je pandai, korang je cantik, korang je kaya.

Aku rimas! Jomla muhasabah sesama. Please.

– Yang serabot (Bukan nama sebenar) via iium via edisimalaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *