Ank2 benci nk bela mak sendiri,mak pula ngesot je,time tu la pampers dia bcor,ms depa bising mak aku tak pandai jg nenek

Hai salam semua. My name is Nina. Feel freelah untuk baca kisah aku. Aku nak dengar pendapat korang. Okey lets start! Daripada aku kecik, family aku memang jenis stay dengan atuk nenek kat kampung. Mama ada beli rumah, tapi nenek suruh stay dengan dia.

Nak dijadikan cerita, sekitar 2013 tu macam ujian buat family aku. Nenek aku jatuh bilik air dan lutut dia retak or something like thatlah. So since that, dia dah tak boleh jalan. Jadi memang kami kene angkat dia bawak mandi semualah.

Actually dia boleh mengesot tapi kami angkat jela. Takkan nak biar orang tua mengesot kan? Masa tu aku n adik2 stay asrama. Dua minggu sekali baru balik. Bila siang mak ayah aku kerja, atuklah yang tolong tengokkan nenek. Tapi masatu pakcik makcik aku yang lain komplein cakap ayah dan mama tak jaga nenek betul-betul.

Nenek aku memang tak boleh jalan tapi dia bergerak dengan cara mengesot. Kadang-kadang bila siang dia bosan sebab asyik baring dalam rumah, dia mengesot pergi dapur sebab dia suka duduk dapur. Dapur sejuk kata dia. Dapur kampungkan ada beranda belakang.

Masa dia mengesot tu pempers dia bocor so air kencing kotor kene lantai. Masatulah pulak pakcik makcik aku nak balik kampung. Bila nampak gitu, depa bising kata famili aku tak pandai jaga nenek.

Ada sekali tu mak aku balik kerja shift malam. Biasa dari 8am dia sampai rumah, dia akan tidur sampai jam 12pm. Yela sebab shift malam berjaga. Masa tu gak ada pakcik makcik aku balik. Depa tak tau mak aku dalam bilik. Mak aku tersedar depa berbual-bual.

Tapi tak jadi keluar bilik sebab depa tengah kutuk mak aku. Cakap mama tak jaga nenek dan abaikan dia padahal my mama spend duit lebih banyak dari ayah aku untuk support perbelanjaan nenek. Siap buat OT lagi. Dia nangis sorang dalam bilik.

Masatu aku ingat lagi mama sampai depress sebab asik kena kutuk dengan ipar duai. Komplain sana sini cara kami jaga nenek. Ayah aku lak anak bongsu. Dia tak bekap mama, dia tak bekap adik beradik dia. Dia diam je. Yang aku tahu, mak aku mmg stress dan berat dia susut daripada 70kg lebih ke 50kg gitu sebab dia makan hati.

Aku ingat mak aku makan hati biasa-biasa je. Bila aku fikir balik sekarang, oh my mama depressed masa tu. Orang depress kan akan hilang selera. That time dia lagi sedih sebab aku stay hostel. Aku tak selalu ada kat rumah so dia banyak nangis dalam bilik.

Ok keadaan jadi makin sukar bila atok meningggal. Masa ni family aku buntu sebab siang takde sesiapa nak tengokkan nenek aku. So kami decide nak hantar nenek pergi rumah anak-anak yang lain. Tak sangka ipar duai yang dulu bising merengek cam gampang kutuk mak aku tak pandai jaga nenek tu taknak jaga mak depa sendiri.

Masing-masing bagi alasan itu ini nak ngelak jaga nenek. Oh ya. Ayah aku ade lagi 2 orang abang dan 3 orang kakak. Semua mengelak tak nak jaga. Tapi lepas ayah aku terangkan takde sapa nak jaga nenek lepas ni, Pak Long aku pun pasrah amik mak dia.

Pak Long aku ni orang Felda. Dia pernah cakap dia dapat sekitar 30k ke apa eh dulu. Ala kan ada zaman orang Felda dapat duit dari gomenkan. So dia renovate rumah dia jadi besar semualah. Tapi duit pampers nenek pun dia berkira dengan mak ayah aku.

Nenek dapat zakat RM300 sebulan. Mak ayah aku bagi gak RM300 sebulan. Yang lain? Anak lain tak bagi pun! Total sebulan nenek aku ade RM600 tapi Pak Long aku bising dia tak cukup duit. Padahal setiap bulan kami melawat bawak pampers or beras ke apa kot! Bila lambat bagi sikit, dia call ayah aku cakap duit dah habis.

Gaya dia mintak duit macam nenek aku ni hidup macam raja. Weyh nasi pun tak sampai sesenduk dia makan sehari. Tapi RM600 tu macam tak cukup sangattttttt! Ye mesti korang fikir Pak Long aku guna duit tu ke bende lainkn? Tapi mama malas fikir. Mama bagi je.

Part paling sedih, aku perasan Pak Long aku ni mcm buat tak endah je kat mak dia. Dalam masa sama dia jaga gak mak mertua dia. So Pak Long aku jaga 2 orang tua sekarang. Yang sedihnya, ada sekali aku datang melawat nenek, nenek aku tengah mengesot pergi bilik air.

Masa aku jaga dia, aku akan angkat dia untuk mandikan. Sebab dia macam dah uzur kan. Even dia boleh ngesot, kau tak kesian ke dia kene gerak sendiri? Bila sampai rumah Pak Long aku, aku cepat2 letak beg and angkat dia. Pastu Pak Long aku cakap “Ala takyah angkatlah. Nenek boleh mandi sendiri”. Otak diaaa!!!

Bila makan, pinggan mangkuk nenek aku buruk gla weyh. Kalau kita dah buang agaknya pinggan buruk cemtu! Pastu pinggan mak mentua dia elok je lawa lagi. Kenapa nenek aku tak diberi pinggan yang elok juga?

Aku tak minta nenek aku diberi pinggan Vintage Siti Nurhaliza yang jual kat Go Shop tu! Bab lauk lak, ade sekali tu dia bagi nenek aku makan hati ayam goreng keras. Aku tolong hancurkan. Suap elok2.

Takpelah maybe masa tu bini dia masak tu je. Tapi yang aku bengang, mak mertua dia makan sup ayam weyhh!!!!! Sup ayam! Nenek aku? Hati ayam goreng yang keras dengan sup sayur yang rasa air paip. Sumpah aku rasa nenek aku macam dipulaukan je duduk situ.

Nenek aku duduk tilam bawah sebab kalau duduk katil dia susah nak gerak. Mak mertua dia duduk katil atas. Tilam baru tebal. Nenek aku? Tilam nipis yang tenggelam kat puggung tu. Nipis gla. Ya Allah!

Bini Pak Long aku pernah skit masuk hospital sebab penat sangat jaga orang tua. Aku rasa perangai Pak Long aku yang memang lelaki melayu tipikal (semua nak disiapkan) yang buat bini dia penat. Binilah masak, basuh baju, jaga mak 2 orang, lipat baju semua. Pak Long? Isap rok0k tengok astro dan memerintah bini dia. So aku kasihan gak ngn bini dia.

Sebagi cucu yang dibesarkan atas tapak tangan nenek aku, aku rasa bersalah sebab masa ni aku tak mampu nak jaga nenek aku. Sebab dlu aku study kat uni dan sekarang baru nak kerja pulak. Adik2 aku pun dah kerja. So kalau nak bawak balik rumah kampung semula pun takde sapa jaga.

Sebab tulah kami mengharapkan anak-anak lain tolong jaga sebab depa dah sah-sah ada masa. Ada yang suri rumah. Apa salahnya depa tolong. Tolong? itu kewajipan depa kot! Kalau boleh, aku nak jaga nenek aku tapi kekangan kerja mmg tak mengizinkan.

Okey mak ngah aku lak pernah jaga nenek aku setengah tahun. Mula-mula patutnya dia dah pencen tahun ni, tapi sanggup sambung kerja. Even dia tak mengaku, tapi aku tau dia mengelak nak jaga nenek.

Ade sekali dia bawak nenek balik rumah, dia kata “sejak jaga mak, acik tak sempat makan kat luar. Dulu selalu makan dekat luar”. Eh mti ke tak makan kat luar! Kadang-kadang nenek cakap dengan dia, dia buat bod0h je main telefon. Cakap pun kasar.

Pak Ude aku lak bagi alasan tak boleh jaga sebab dia kerja. Ya, Tapi bini dia suri rumah. Kerja jaga anak orang. Ala macam jaga anak cikgu ke. Balik sekolah cikgu amik kt rumah dia. Ha kat kampung kita panggil kerja ni sebagai “momong budak”.

Tapi masa ni depa setuju gak nak jaga nenek. Baru 3 bulan dah suruh amik sebab nenek mengamuk. Masani nenek macam dah nyanyuk sikit. Bila kita terbagi makanan panas, dia kata kita nak sihir dia. Then isteri Pak Ude aku tak tahan padahal baru sekali nenek aku buat perangai.

Masa kami jaga dulu lagi macam-macam kami kena. Sampai mama depress tapi kami sabar. Malam-malam call suruh kami ambil nenek malam tu jugak.

Mak cik aku yang bernama Makcik C ni paling hmphh entahlah. Masatu raya and kami kumpul rumah Pak Long. Pak Long aku saja cakap lepasni turn Makcik C jaga nenek. Sejam lepas tu dia balik weyh dengan lelaki dia. Tak salam or bagitau kami. Tau-tau ilang je.

Punyalah tak nak jaga mak dia. Ade sekali dia bagi alasan dia kerja noreh getah so takley jaga. Pastu cucu dia kantoikan “eh nenek kan dah tak kerja. Hari-hari nenek duduk rumah”. Masa tu dia gelak je hmpppp. Dia memang tak pernah jaga nenek.

Dulu masa balik kampung pun, pagi-pagi ketuk bilik aku suruh mandi and tukar lampin nenek. Aku sengaja tak layan sebab aku nak dia cebok bontot mak dia sendiri. Dahla jarang balik, pastu jaga mak kau kejap pun taknak.

Okey yang lagi sorang namanya Makcik B. Dia ni sakit knser ovari. Tapi dah ajal, suami dia yang sihat walafiat lak pergi dulu. Dia sedih gla sebab dia takde anak.

Hanya ada anak angkat 2 orang. Then dia pergi duduk dengan anak angkat dia. Kami ada offer dia balik kampung, boleh tolong jagakan nenek. Dia taknak. Aku taktau kenapa.

So sekarang depa nak hantar nenek aku balik kampung! Dengan mmg takkan ada orang jaga, depa berkeras juga! Aku sedih tgok nasib nenek aku yang officially melahirkan anak-anak derhaka. Aku ingat pakcik makcik aku pinjam duit nenek sebab nak buat majlis kahwin anak depa, nenek bagi!

Sampai sekarang sesen pun tak bayar. Sekarang bila dah terlantar, bayang pun takde. Itu mak kau la setan! Allahu sedihkan weyhhh! Aku kesian gla kat nenek aku. Macam bola sepak pulak. Bila perlu dikejar-kejar, bila dah dapat disepak jauh.

Masa sihat dia sayang gla kat anak-anak. Kalau balik mesti bagi cucu duit. Bagi keladilah, Bagi keledeklah. Sekarang nenek aku dah nak masuk 90 tahun. Dia dah makin lupa. Tapi dia ingat yang dia cuma ada sorang anak iaitu L (ayah aku).

Dia cuma ingat nama family aku. Dia asik cakap dia ada seorang anak je iaitu ayah aku. Aku rasa, memang sengaja Allah panjangkan umur dia sebagai ujian buat anak-anak dia. Tapi aku tak sangka sampai macam ni sekali depa mengelak daripada jaga mak.

Betul kata pepatah ni = Seorang mak boleh jaga 10 anak, tapi 10 anak belum tentu jaga seorang mak.

Semoga nenek terus kuat dan anak-anak dia sedar. Kalau tak, biarlah Allah yang jalankan tugas-Nya sendiri untuk menghukum orang yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *