Kali ni Lia heret aku ke mahkamah untuk menuntut Fasakh dan juga hak penjagaan tapi dia silap- Kisah aku bahagian 2

Assalamualaikum.. Masih ingat pada aku Remi.. Ini sambungan kisah aku bagahgian 2, kepada siapa yang belum mengikuti kisah aku, dipersilakan baca di komen bawah untuk bahagian 1.. Aku amat memerlukan komen yang membina dari korang.. Tak lupa juga kepada admin KV yang menyiarkan kisah aku ni..

Throwback episod lepas…

Ibu: Kalau ko mahu keluar Lia, ko keluar, jangan bawa cucu aku sekali. Ko ibu yang tidak bertanggungjawab. Ko ibu yang tak guna!!

Lia hanya menangis time tu. Tak salah aku duit dia hanya Rm50. Aku dengan ego tak pernah halang dia nak keluar dari rumah family aku. Dalam fikiran aku confirm Lia akan pulang.

Lia pergi dengan tangisan dengan membawa sebuah beg berisi baju. Dia tinggalkan aku dan Danial. Aku pula keluar dari bilik sperti menyokong tindakan ibu aku. Nampk seperti Lia yang bersalah tinggalakan aku.

Menguatkan lg hati ibu yang tgh panas aku tergamak cakap..

Aku: Biarlah kt dia ibu, dia tak sanggup lagi bersama along, sebab along kan takde kerja.

Riak wajah ibu nampak sgt membenci Lia. Yes, aku berjaya meracuni fikiran ibu time tu. Ayah aku pula seperti memahami keadaan aku. YES!!

Cerita aku belum habis, sekarang masuk 3 tahun Lia meningggalkan aku tanpa dicerai oleh aku. Dia masih sah isteri aku! Ya Lia masih sah isteri aku. Dan masuk tahun ke 3 ni la klimaks segalanya kisah duka aku.

Tiba tiba pagi tu sampai 1 surat dari mahkamah. Lia tuntut fasak dari aku. Dalam masa 3 tahun ni la kalau korang nak tahu aku masih terumbang ambing dengan noda kegiatan hram aku.. Bilik aku da jadi macam tempat gian. Danial? Danial da 4 tahun.. Da besar anak aku..

Aku da kantoi dengan family aku. Tapi untuk tutup aib, ibu dan ayah tak kecoh kan hal ni. Mereka sorok dari pengetahuan polis dan sedara mara. Aku makin liar dengan dunia aku sendiri, aku makin bebas terlnjur dengan kegiatan ini tiap2 hari. Seluar aku yang dulu 34 sekarang da 27. Pinggang aku kecik, badan aku jd cengkung, pipi jadi kedalam, gigi pon rongak.

Sambung balik pada surat yang aku terima tu, yes aku akur perlu craikan Lia di mahkamah, bukan 3 bulan aku tak bagi nafkah zahir dan batin, tapi 3 tahun aku tak bagi. Aku cuba cari dia melalui nombor yang lama, tp dia da tukar nombor lain mungkin. Beribu kali aku cuba call, anta mesej tidak dijawab.

Kali ni aku bersedia ke mahkamah, aku nak tgk Lia cinta hati aku yang da lama aku tak jumpa. Tapi kali ni strategi aku lain. Danial? Memang mak aku yang jaga 24 jam. Mak dan adik aku yang jaga kelengkapan dia, segala apa yang danial mahu, adik bongsu aku turutkan, Danial dibesarkan dalam keadaan mewah da serba serbi dlam rumah ini.

Kadang2 dia akan tanya mak dia, biasa Danial tnya siapa mak dia.. Yela Lia tinggalkan dia sewaktu dia masih kecil lagi. Tapi, bila adik beradik da bencikan Lia, mcm2 alasan dyrng bagi kt Danial. Mak kau lari ikut jantan lain la, mak kau tak tahan hidup dengan ayah kau la.. Semua keburukan Lia supaya Danial benci pd mak kandung dia.

Aku hanya diam, hanya mengangguk apa yang family aku bagi tahu Danial. Yela, takkan aku menidakkan. Nanti mesti Danial ingat aku ni jhat kan. Tapi perkara sebenar hnya aku dan Lia sahaja yang tahu. Mereka just hukumi Lia secara luaran sahaja.

Jauh dilubuk hati, aku masih sayang dan cintakan Lia. Pagi tu tiba saat aku perlu menghadiri diri ke mahkmah. Aku ditemani keluarga dan juga Danial. Tak sabar aku nak tengok muka Lia sekian lama aku tak berjumpa dengan dia. Turun sja dari kereta time tu, hati aku tak tenteram, tercari2 mana Lia.

Dia berpakaian tudung dan baju hitam dari jauh, kelihatan tertunduk muka ke bawah. Aku cepat2 pegang bahu Danial sambil tersenyum. Lia macam nak lari dptkan kami berdua. Tiba2 mak aku menghalang..

Ibu: Ko jangan sentuh cucu aku! Ko ibu tak guna! Sekarang anak aku akan ceraikan ko! Ko pergi cr jantan lain..

Badan Lia kelihatan susut, tak seceria dulu, mungkin kemurungan, dari riak wajah aku nmpk kebhagian time dia melihat aku dan Danial. Ini strategi aku!!

Aku: Ibu, biarkan Lia nak pegang Danial, ini smua salah Remi juga kan.. ( Aku hanya melihat tepat ke arah mata Lia )

Lia pluk Danial sekuat kuatya dengan tangisan air mata kali ni. Dia hnya cakap ‘ Danial sayang ibu.. Danial sayang ibu.. Danial sayang ibu.. Aku hnya bertanya khabar dia.. dan aku ckap aku akan terus jaga Danial bukan Lia..

Lia menangis depan pintu mahkamah.. Time ni memang real nampak seperti Lia yang jhat dan aku orng baik!

Depan hakim, aku lafazkan Lia dengan talak 1.. Dan untuk penjagaan hak anak kami dinasihatkan supaya setel diluar mahkamah atas sebab yang tertentu.. Ibu senyum gembira lpas aku ceraikan Lia pagi tu.. Sah Lia sekarang bukan milik aku.. tapi.. aku boleh rujuk kembali jika kami berdua mahu..

Lia berjanji akan kerap melawat Danial jika ada masa terluang.. tapi perkara begini takkan berlaku, sebab ibu aku melarang sekerasnya Lia berjumpa anak dia. Ibu aku seperti seakan tidak dapat menerima Lia dalam keluarga kami. Lia akur, cuma aku time tu aku ckap aku masih sayang kan Lia even kami da becrai..

Lpas balik dari mahkamah, aku masih teringat wajah Lia, aku cuba nak lupakan dia dgan ambil weed lagi, tapi mmg sukar aku nak lupakan. Aku ambil dos yang tinggi hingga aku overdose, aku tidur 2 malam tak bangun2. Ibu kejut, aku tengking jangan kacau aku. Aku nak Lia juga .

Aku jadi sprti gla bayang dan gla talak dalam tempoh setahun, aku cr Lia di merata tempat hingga lah aku jumpa dia di Tg Malim. Fuh masih single, so aku punya chances agak tinggi untuk dpatkan hati Lia kembali. Kalau tnya pasal anak aku Danial? Memang mak aku yang jaga dia fully, aku mmg tak amek port pasal anak aku sgt. Kerja pon tak de.

Aku cari Lia ni pon pakai duit pinjam adik aku, aku nak tebus segala dosa aku dekat dia selama ni, aku nak rujuk dengan dia kembali, aku nak berubah. Yes, hatiku aku nak berubah jika Lia kembali pada aku. Dan ternyata usaha aku berjaya, Lia lembutkan hati dia untuk terima aku kembali.

Alhamdullilah.. next aku kena pujuk mak untuk terima Lia kembali. Dalam masa yang aku hanya akan berkhayal pada waktu malam ,memang susah untuk aku nak buang tabiat ni. Ia da sebati dngan drah daging aku. Badan aku akan sengal kalau tak ambil benda hram tu sehari.

Dalam masa yang samma Lia pandai, dia kena syarat dekat aku sebelum kami merujuk, dia nak aku buat ujian saringan. Kalau aku lpas ujian saringan bru la dia akan terima aku kembali. Kalau tidak, dia nak hantar aku ke pusat pemulihan selama setahun. Dan aku terima syarat dia.

Macam biasa lepas ujian saringan, aku fail, yes aku aku fail. Aku tahu benda hram tu mmg sebati dengan aku. Aku terima syarat Lia bahawa Lia akan hantar aku ke pusat pemulihan di Gombak selama setahun. Dan selama setahun tu la aku merana dalam untuk pmulihan. Badan aku mcm nak termuntah setiap kali gian tu sampai.

Dalam masa yang sama ibu aku lagi benci pd Lia. Ibu tak pernah bersyukur sebab Lia cuba pulihkan aku. Ibu anggap Lia begitu jhat sanggup bersekokol unutk hantar ke pusat pmilihan. Sebab apa? Bla aku masuk di pusat pemulhan, jiran tetangga, adik beradik ibu akan tnya dimana aku sekarang.. Air muka ibu jatuh..

Alhamdulliah, selepas setahun aku menerima rawatan, badan aku semakin pulih.. Fikiran aku da tak ingat pasal weed. Cuma aku terkilan sepanjang tempoh setahun, Lia tak pernah melawat aku pun, aku risau kalau Lia mingkiri janji dengan aku.

Hari aku dibebaskan Lia datang. Syukur dia datang juga. Dan aku akan merujuk degan dia kembali. Ini keputusan aku, ibu ayah dan family aku, dilarang sama sekali untuk menghalang keputusan aku.

Long short story, kami diijab kabulkan kali 2. Danial time muka agak excited sebab dpat bertemu dengan mak dia kembali. Ibu aku smpai sekarang masih tidak boleh menerima Lia sbgai menantu dia.

Dan untuk pengetahuan kornag juga, alhamdulliah syukur nikmat aku bebas dari segi perbuatan kegiatan hram aku. Dan syukur tak terhingga aku juga perolehi tawaran kerja baru dan gaji agak lunayan.

Sampai sekarang aku, Lia, dan Danial masih tinggal dirumah mak aku. Mungkin lepas raya nnt aku akan berpindah ke rumah lain supaya takde nak bermasam muka lagi dengan mak aku.

Moral cerita aku ni kalau boleh korang perhatikan lah geligat anak2 muda korang supaya tak terlibat dalam kegiatan hram ni, kalau da kena sekali, mmg susah nak berhenti. Kedua kalau korang ada orang disayangi, sayangi lah dia kerana Allah.. sebab time kami berkenalan di universiti itu lah niat aku.. even crai dan rujuk kembali, dia masih tetap aku punya hingga hari ni.

Last but not least, doakan aku sentiasa istiqamah apa yang aku lakukan ini. Jangan aku terpalit kembali bnda hram tu. Selamat hari rya dan terima kasih bnyak yang mengikuti kisah aku ni. Kalau sesiapa ingin share amat dipersilakan.. Asslamualaikum dan selamat hari raya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *