decide nak blk awal, tiba tiba aku terperasan, kenapa ayah macam tak bergerak.

alhamdullilah aku juga sudah berkahwin dengan pilihan aku sendiri. Apa yang aku nak ceritakan ni mungkin luahan hati aku kepada ayah yang aku sayangi. Sebelum terlupa, aku adalah anak bongsu dari 3 orang adik beradik, aku juga punyai abang dan kakak. Jarak antara kami selang 2 tahun.

Zaman belajar dulu, abang dan kakak tinggal di asrama. Manakala aku pula sekolah harian. So, masa aku bnyk terluang dengan mak dan ayah aku. Banyak masa aku dihabiskan dengan ayah… dengan mak.. Aku pula jenis yang jarang keluar lepak dengan kawan2. So, aku jatuh dalam kategori anak manja mak dan ayah la.. almaklum la anak bongsu pula.. Aku sebenarnya baru kehilangan orang yang aku sayang. Ayah aku. Lebih kurang 5 bulan yang lalu.

Skit, rindu, yang tak akan dapat diubati sampai bila bila. Aku sebenarnya anak yang agak manja dengan arwh ayah. Tapi aku indenial. Sampailah tiba waktu aku bernikah, baru aku tahu beratnya hati dan sedihnya raut wajah ayah melepaskan tanggungjawabnya keatas aku ke bahu suamiku. Dan waktu tu, aku sedih hingga terpadam sebelah mekap mata aku sebab gigih sangat lap air mata. Time nak bergmabar selpas akad nikah pun jenuh mak andam touch up mekap aku.

Ayah menangis tapi dia berpaling ke belakang. Aku cuma nampak matanya bergenang dan titik air pada baju melayunya yang aku yakin air matanya yang baru dia sapu. Kelopak mata ayah seakan merah. Berat melepaskan aku. Ayah… Adik rindu. Ayah pergi tanpa adik sedia.. Adik rindu sangat2… Mak sekarang tinggal sorang2..

Arwh ayah meningal mengejut. Walaupun aku dah bernikah, takdir Allah, aku masih tinggal dengan ibu bapaku selepas rancangan asal untuk berpindah tinggal bersama suamiku tertangguh. Suamiku perlu outstation ke luar negara dan hanya pulang ke Malaysia sekali atau dua kali sebulan.

Masa tu, aku jalankan tanggungjawabku pada ibu bapaku seperti biasa. Pada saru hari, Ayah ajak mak dan aku keluar bermusafir. Makan angin katanya.

Ayah merancang untuk keluar makan angin selama 4 hari ke Pantai Barat. Ayah dah lama teruja nak makan angin dengan ibu. Atas kebenaran suami, aku ikut sekali.

Pada hari tersebut, aku memandu macam biasa. Tapi, Setibanya di tempat penginapan, ayah mula diserang demam. Ayah tidur seharian. Makan tak lalu. Ayah macam hilang upaya. Mak dan aku sepakat bawa ayah ke klinik, tapi ayah menolak. Ayah memang tak ada sebarang sejarah penyakit. Alhamdulillah. Ayah cuma cakap ayah nak rehat dan nak tidur.

Risau dengan keadaan ayah, Aku kemudian tinggalkan mak dan ayah, beli ubaat di farmasi berdekatan. aku siapkan makanan dan suapkan ubaat, ayah tidur semula.

Muka ayah nampak sgt da tak de seri, muka ayah pucat da time tu, hidung ayah tak nampak seri lagi.. Sebelum ni pon ayah pernah demam, tapi masih nampak gagah melawan skit.. Tapi kali ni tidak, nampak muka ayah lain dari sblm ni..

Sampailah waktu tengah malam sikit, mak macam pillow talk dengan ayah. Aku dengar sebab katil aku sebelah je ngan mak dan ayah. Mak mintak maaf dari hujung rambut smpai hujung kaki. Mak minta ayah halalkan semua makan pakai yang ayah bagi selama ni

Ayah cuma berkata iya. Tiba² aku dengar ayah nyanyi lagi Alleycats tu, ” Andainya aku pergi dulu sebelum mu, usahlah kau bersedih hati”.

Mak cakap, jangan cakap macam tu. Mak suruh ayah tidur dan rehat. Aku terlelap dalam tangisan yang aku sembunyikan sambil memeluk bantal

Esoknya, aku bincang dengan mak. Kami setuju untuk pulang awal dan batalkan percutian lepas tengok demam ayah makin kuat.

Aku bersiap awal. Minta sediakan sarapan kebilik dan terus kemas beg pakaian. Usai semua urusan checkout, Kami mula bertolak pulang. Dalam hati aku tekad akan ke hospital dahulu. Aku buckle up mak dan ayah di seat belakang, dan mula memandu. Aku cuma berdoa semoga selamat sampai ke hospital.

Hati aku dah mula diruntun sedih dan pilu. Hati aku sangat berdebar debar. Aku tak kisah kalau ayah skit, tapi aku sedih tengok ayah. Aku tengok dari cermin pandang belakang, ayah tidur dan mak pun sama tidur sambil tepuk² dada ayah. Macam dodoikan. Ayah tidur dengan nyaman.

Aku memandu sambil menangis. Aku sendiri tak tahu kenapa air mata ni tak nak berhenti. Aku tak nak mak atau ayah nampak aku menangis. Setiap kali gugur air mata, aku terus lap sebab takut mak sedar

Aku tahu mak sedih dan aku taknak mak nampak aku menangis. Aku tak nak mak nampak aku lemah. Sebab aku tahu mak fragile. Jika aku tak kuat, mak apatah lagi.

Sambil memandu sambil aku pandang belakang. Tiba² Aku terperasan, kenapa ayah macam tak bergerak. Ayah macam tak bernafas. Mak masih tidur sambil menggengam tangan ayah.

Aku berhenti tepi jalan. Dalam debaran yang amat sangat aku pusing belakang, aku renung betul². Betul. Mak bernafas dan ayah seolah diam tanpa sebarang gerak. Kebetulan masa tu ada stesen petrol berhampiran. Aku masuk dan parking.

Aku bukak pintu dan terus ke tempat duduk belakang. menggigil aku memegang dan mencari nadi tangan ayah. Allahurabbi. Tiada. Aku panggil mak.

Mak, ayah dah tak ada..

aku ulang dan menangis² tak percaya. Allahu. Ayah.. ayah..

Mak kaget pandang aku. Aku dah lembik tak mampu berdiri.

Datang orang awam ke kereta kami tanya apa yang berlaku. Mula ramai mengerumuni. Ada yang mula menelefon ambulans dan polis. Aku dan mak cuma mampu duduk ditenangkan orang awam.

Akhirnya myat arwh ayah dibawa ke oleh polis ke hospital untuk bedah siasat. Alhamdulillah maayat aruwah ayah selamat dikebumikan pada keesokan harinya.

Allah. Masih baru dan masih segar semua itu. Ayah pergi tanpa kami sedia.

Ayah…

Walaupun tak selalu adik ucap adik sayang ayah, tapi adik memang sayang.. Dan adik rindu ayah, sangat.. Hari2 adik akan ingat akan ayah, kenangan bersama ayah, adik akan kirimkan doa sepanjang hidup adik dekat ayah dan mak.. Adik rindu ayah..

Al Fatihah Ayah.. semoga ayah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang² beriman.

Sesungguhnya mti itu pasti. Walaupun ayah pergi tanpa adik sedia, tapi adik redha. InshaaAllah sampai masa kita jumpa di syurga yang kekal abadi..