Gelak besar kami zmn mkn maggi dlm baldi tiba2 sorng tu bersin meleleh hingus masuk dlm baldi,semua pakat cabut lari

Assalamualaikum dan hai semua. Aku perempuan biasa yang mempunyai kawan dari zaman kecil hingga lah ke zaman universit. Perkenalkan diri aku Aishah. Umur aku tahun 2019 ni genap 27 tahun. Apa yang aku nak coretkan pada hari ini semua pernah lalui zaman ini.

Aku harap sgt kawan2 aku dapat baca kisah ni. Kisah kami, kisah buat kawan2 aku yang sayang.Semalam cukup 15 majlis perkahwinan kawan-kawan yang aku hadiri sejak tamat belajar ni. Aku cuma nak luah apa yang aku rasa.

Aku mula rasa sunyi. Seriously sunyi. Sunyi bukan sebab sorang-sorang dah tamatkan zaman bujang tapi sebab aku mula rasa diorang makin jauh.

Kawan sekolah kahwin, aku pergi, kawan zaman universiti aku kahwin, aku pergi. Utara selatan, timur barat semua aku redah. Macam gigih gla kan aku pergi.

Sanggup naik bas lompat. Sanggup pergi jauh-jauh kawasan pedalaman semata-mata nak tengok kawan aku nikah. Walaupun bila dah kerja masing-masing busy.

Dah takda masa nak lepak. Main balas Wasap pun weekend baru meriah. kalau weekday memang sendu tak terkata.. haha.. Masa yang menjarakkan tak jadi penghalang untuk aku hadir majlis kahwin diorang.

Entahlah, waktu tu aku cuma fikir inilah saat terakhir aku akan jumpa kawan aku, gla-gla dengan title bujang. Nanti dia dah kahwin, semua tu dah takda. Sebab tu aku pejam mata duit keluar banyak. Aku pejam mata bila kepenatan.

Pernah aku sampai termenung sorang diri dekat stesen bas sebab nak balik tapi tiket dah habis. Hahaha.. Kelakar kalau ingat balik. Pergi dah selamat, tapi aku lupa cari tiket balik.. Hehe. Punyalah kelam kabut.

Aku cuma nak tengok kawan aku bahagia bila majlis dia ramai kawan-kawan datang. Lagi-lagi kawan rapat. Aku tau ramai ‘spesis’ macam ni, zaman nak habis belajar nangis-nangis waktu nak berpisah. Siap janji kahwin nanti jemput.

Nak datang rai sama-sama. Tapi hakikatnya bila sampai masa, ramai diam seribu. Semua dah busy. Takda maknanya nak ambik cuti sebab kawan yang dah makin jauh. Sebab aku taknak jadi ‘spesis’ macam ni, aku usaha jugak untuk pergi.

Lepas 15 perkahwinan aku pergi, aku makin sunyi. Yang dulu jadi geng pergi majlis kahwin, terus jadi diam bila dia pun dah selamat kahwin. Serius aku rasa sunyi.

Waktu dia kahwin, dalam group meriah bincang macam mana nak pergi. Nak pergi awal, spend masa sama-sama before dia selamat jadi milik orang lain. Tapi lepastu, dia pun sama hilang dari radar dalam group tu. Aku syak satu hari nanti aku tanya soalan dalam group aku sendiri yang kena jawab. #foreveralone

Part paling best bila mana, masing nak beli baju sama warna dengan pengantin. Gigih mencari 2 bulan sebelum majlis. Bila sampai tarikh yang dijanjikan nak pergi bersama, mcam2 alasan yang keluar. Ada yang nak pergi dengan BF, ada yang nak pergi tunang. Janji hanya tinggal janji. Ada yang datang tak smpai 10 minit da nak balik. Tak sempat nak borak2.

Aku tak salahkan diorang pun. Maybe itulah maksud orang kata perempuan bila dah kahwin dunia dia hanya suami dan anak-anak. Aku pujuk hati nak faham walaupun aku rindu nak baca komen diorang walaupun dengan sepatah perkataan dekat group.

Ke memang orang dah kahwin, suami tak benarkan balas Wasap group kawan-kawan? At least respon lah kalau ada jemputan kahwin. Boleh datang ke, tak boleh ke. Suami tak bagi ke, morning sickness ke, kucing nak beranak ke apa. Haa, terus aku emo bila teringat bab ni.. Hahaha.

Aku teringat zaman dok asrama, makan maggi sama2. Masak dalam baldi, duduk dalam bulatan, passing2 maggi jemaah. 1 baldi tu ada dalam 10 bungkus maggi yang dimasak sekali. Bila sorang bersin siap keluar hingus, semua pakat lari sebab hingus masuk dalam maggi kami. Haha.. Part ni kalau kawan aku baca, mesti tahu siapa dia. hehe

Aku tak tau lah aku sorang ke rasa atau ramai rasa macam ni. Makin sunyi bila sorang-sorang kahwin dan hilangkan diri dari radar.

Aku faham jodoh korang semua da sampai. Aku tak salahkan kawan2 aku yang sorang2 pergi meningggalkan aku. Cuma kenangan saja yang dapat aku abadikan bersama. Aku harap2 kawan2 lain pon masih ingat zaman duka senang kita time bujang dulu2. Best sgt.

Perempuan ni sensitif. Macam mana dulu-dulu kau nak kawan-kawan datang meriahkan majlis kau, begitu jugak dengan kawan-kawan bila time diorang tiba.

Walaupun kau terpaksa bawak suami dan anak-anak datang, percayalah hati kawan kau dah sangat bahagia bila kau dapat raikan mereka walaupun kau tak dapat bermalam, chit chat sama-sama, paksa bride to be stay up semata-mata nak bergosip last before ubah title.. hehe.

Dia dah cukup bahagia bila tengok kau sanggup dukung anak datang nak raikan dia walaupun sekejap. Seriously, aku tengok kawan aku bahagia sangat bila kawan kami sanggup datang jauh-jauh sambil dukung anak semalam. Walaupun dia takda waktu gosip time kami malam sebelum akad nikah.. hahaha

Pada lelaki bergelar suami, benarkanlah isteri spend masa last dengan kawan-kawan dia before kawan dia kahwin. Selagi mana isteri pandai jaga batas-batas dan jaga maruah korang sebagai suami, izinkanlah.

Dulu kalian kahwin ada kawan-kawan sanggup datang jauh meriahkan majlis korang, gembirakan hati isteri korang. Its time untuk bagi kawan isteri rasa perkara yang sama. Please.. Aku yakin isteri korang pun rindu nak spend time dengan kawan-kawan dia macam waktu bujang dulu.

Yang hadir majlis kahwin, jangan harap kawan yang kahwin layan kau sepanjang masa. Dia busy layan tetamu. At the end kau kena pandai-pandai bawak diri. Sebab tu better pergi awal. Bermalam kat sana, baru boleh jadi gila-gila sama-sama.

Yang kahwin, tolong hargai kawan kau yang datang dekat ke jauh ke sebab bukan semua orang sanggup susah payah datang majlis kahwin korang.

Dan 8 bulan lagi aku akan kahwin. Dan kawan-kawan aku tak perlu risau. In shaa Allah, aku takkan berkecik hati jika kalian tak dapat datang. Aku memahami kesusahan naik turun bas, badan penat, duit keluar banyak dan macam-macam lagi sebab aku pernah laluinya.

Aku faham tak semua orang sanggup buat macam aku buat. Even aku ada kawan, kalau tau susah nak pergi terus tiba-tiba dia ada kerja. Kalau cakap carpool ramai-ramai. Cepat je beratur jadi orang pertama.. haha.

Apa-apa pun aku tetap bahagia hadir majlis korang walaupun sekarang aku rasa makin sunyi.

Semoga kalian semua bahagia hingga ke syurga dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. In shaa Allah, aku yakin Allah akan hantar orang lain untuk meriahkan majlis aku nanti.