Yang peliknya ayah sikit pon tak marah,

Ulang alik US-Malaysia. Lepastu baru aku decide stay kat Malaysia permanently. Aku dibesarkan tanpa didikan agama. Ibu ayah aku bagi aku pilihan, aku bebas untuk memilih. Dan aku pilih untuk jadi free thinker sepanjang 24 tahun. IC je Islam. Tapi apa itu Islam, aku pun tak tahu.

Kawan-kawan aku masa membesar tak ada melayu pure. Mostly chinese, chindian, mat salleh, melayu mix. Sebagai seorang yang dulunya free thinker, aku selalu persoalkan tentang kewujudan tuhan. Aku cuba cari jawapan, tapi aku tak dapat. Aku cuba faham kristian, buddha, taoism, dan lain-lain. Tapi tak cukup meyakinkan aku. Jadi aku anggap jela tuhan tu tak wujud.

Hidup aku di US memang materialistik. Aku lebih pentingkan kebendaan. Keluar masuk kelab da jadi rumah ke 2 aku. Bila aku tension je, itu lah tempat aku melepaskan segalanya. Kadang2 aku minum smpai muntah teruk. Muntah pening aku da biasa. Well sebab ayah dan ibu aku macam tu. So mereka faham.

Yang paling bestnya, bila ayah aku nasihat supaya minum slow2, jangan sekali gus. Nanti badan tak boleh kawal penerimaan alkhol. Lama kelamaan hidup aku jadi terumbang ambing, tiada hala tuju.

Masa aku kecil, aku dah terbiasa dengan surrounding dimana ibu ayah aku minum depan aku. Selalu dengar mereka gaduh. Kadang ibu bawa lelaki lain dalam bilik. Kadang ayah bawa perempuan lain dalam bilik.

Bila turn ayah bawa masuk perempuan, ibu hanya tersenyum. Siap bagi layanan terbaik lagi dekat perempuan tu, tiada hasad dengki ke nak cemburu ke. Tak de semua itu. Sama juga dengan ibu bila turn bawa lelaki. Ayah hanya tersenyum, tak de nya nak gduh2. So aku da biasa dengan kehidupan sosial macam tu

Pada mulanya, which is, i thought it was normal at first. Lifestyle kami satu family memang ikut mat salleh. Aku dah buat semuanya kecuali buat jhat dari segi kemanusiaan etc , bnuh orang, mermpak, membuli, dan sebagainya. Masa tu aku tak tahu, aku anggap aku dikira baik. Aku taktahu bersentuhan lelaki perempuan pun dikira dosa.

Masa aku umur 24, aku ikut ibu balik Malaysia nak visit kuubur atuk dan nenek. Nak kemas-kemas rumah peninggalan mereka. Aku terjumpa Al-Quran atas almari. Dah berhabuk. Masa tu aku tergaru kepala.. apa benda yang ditulis ni?

Sepatah pun aku tak faham. Ibu aku tak pernah ajar aku bahasa arab. So beberapa hari lepas tu aku ada join satu apps untuk belajar bahasa arab. Dekat apps tu just apply bahasa apa kita nak tahu, then orang yang mother tongue dia bahasa tu, dia akan ajarkan kita.

Ibu aku hanya jeling saja bila aku pegang al quran cuma dia pernah pesan ” jangan main dengan al quran “. Aku jadi semakin pelik dan rasa ingin nak tahu semakin menebal. Kenapa ibu cakap macam tu. Salah ke aku nak mengenal al-quran.

Dipendekkan cerita, aku kenal dengan Hanis (bukan nama sebenar) kat apps tu. Kami lepak mamak (aku tak pernah lepak mamak sebelum tu). Best juga tau lepak mamak. Sejak tu aku jadi hantu roti canai telur. Berbalik kepada cerita, dia yang bawa aku belajar Al-Quran setiap minggu.

Setiap petang dalam pkul 7 petang dia akan jemput aku pergi ke surau untuk mendengar kuliah. Dari saat itu lah aku banyak mempersoalkan gaya hidup aku pada ustaz ataupun ustazah ketika beri ceramah. Haha.. Paling kelakarnya kalau aku miss kuliah, ustaz ataupun ustazah akan tnya aku dimana, kenapa tak datang.

Aku belajar dalam bahasa melayu. Awal-awal tu aku lantang suarakan pendapat aku, sebab aku free thinker. Lama-lama aku fahamkan maksudnya, aku menangis. Dalam dada ni, aku bagai skit tanpa ubaat. Aku terus menangis dan menangis. Mulai saat tu. Aku mula yakin sikit demi sedikit.

Perkataan pertama yang aku belajar adalah istighfar. Ustazah suruh aku banyakkan istighfar ketika aku kesepian. Kalau teringat kan dosa silam, aku akan lebih banyak kn istighfar.

Aku da mula menghafal surah al-fatihah. First time aku baca, hati aku menjadi setenang tenangnya. Aku fahami maksud surah tu. Alhamdullilah berkat usaha aku yang dibantu Hanis, aku berjaya menghafal 2 3 surah lazim. Bila saat aku baca je, hati aku menangis, aku mengangis sepuas puas nya.

Hati aku mula yakin ini kebenaran dan jalan aku cari selama ni. Aku mula yakin kewujudan tuhan, Allah s.w.t. Selama dari kecil hingga lah dewasa ini kali pertama hati aku berasa setenang tenang nya. Syukur ke hadrat Mu ya Allah kerana memberi peluang kurniakan taufik dan hidayah ini

Lepas 2 tahun, aku masuk Islam. Kali ini bukan sekadar IC. Tapi real. Aku tukar nama Alana kepada nama baru. Ibu ayah aku halau aku lepas aku beritahu mereka. Ibu aku siap tarik tudung pertama yang aku pakai.

Tapi aku keluar tanpa melawan sikit pun. Sebab aku tahu, kalau aku melawan, mereka akan maki Tuhan aku. Waktu tu Hanis bawa aku duduk sekali dengan dia.

Pekerjaan aku, Hanis yang tolong cari. Setiap kali aku menolak pertolongan dia, dia selalu pesan kat aku, “We both sisters in Islam. We help each other”.

Dia lah yang membantu aku hafal bacaan solat, belikan aku hijab bawal.. aku suka bawal. Tak lebar sangat dan tak labuh pinggang pun, cukup syarat je. Dia jugaklah yang tegur bila tudung aku terselak atas dada. Aku tahu wajib tutup semua kecuali muka dan tapak tangan. Tapi aku selalu malas nak pakai stokin… Tak kotor ke stokin? Well….

Sekarang, aku dah berbaik dengan ibu ayah aku. Tapi aku masih belum berani untuk menegur. Hanya mampu berkias kias.

“Dad, I read newspaper yesterday. more than 80,000 people diieed.”

“Whats up?”

“because of excessive alchol.. or something related to alcohol.”

“………..”

Yeah. Mereka masih sombong. Tapi aku tak pernah give up. By the way, even ayah aku from US, he is not rich. Biasa-biasa saja, buka kedai di sana.

Ikutkan, ibu aku lagi berharta dari ayah. Ibu aku ada rumah sendiri, ayah aku just ada rumah peninggalan nana (nenek). So please jangan anggap aku ini spoiled / rich daddy’s girl ya.. baju pun beli kat garage sales.

Setiap kali aku memohon doa, aku memohon agar ibu dan ayah aku juga diberikan petunjuk kepada kami sekeluarga. Sekarang aku masih tinggal dengan Hanis dan sampai sekarang aku still mengikuti kelas agama.