Dia suruh resign lepas Ayu bersalin jadi suri rumah je. Ibu pula tak terima.

kisah isteri yang bekerja dan suami pula menjadi suri rumah adalah lumrah dan tidak lagi menjadi sesuatu yang mengaibkan bagi lelaki, malah ia telah diterima oleh masyarakat dengan lapang dada.

Inilah kisah yang ingin dikongsi oleh Azman (bukan nama sebenar) dengan pembaca minggu ini. Satu kisah menarik yang berlainan daripada sebelum ini, kisah suami yang berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga sehingga menjadi kemar ahan keluarganya.

Sebelum bernikah dengan Ayu, saya bekerja di sebuah syarikat penerbitan selama 10 tahun dengan gaji yang tidak seberapa dan cukup-cukup makan.

“Apabila Ayu mengandungkan anak sulung kami, dia meminta saya berhenti kerja dan menjaga rumah tangga kami. Dia memberi saya gaji lebih daripada apa yang saya peroleh di tempat kerja saya.

Saya yakin dengan ganjaran yang dia janji akan berikan kepada saya sudah cukup untuk saya berbelanja. Saya juga yakin yang kami akan bahagia dengan cara kami.Perancangan kami berjalan lancar.

“ISTERI MASIH HORMAT SAYA SEBAGAI SUAMI”…Ayu tidak pernah membebankan saya dengan kerja rumah.

Jika dia tidak bekerja dan tidak ada urusan di luar, pasti dia akan membantu saya di dapur, melakukan apa yang patut sambil melayan anak-anak kami.

Dia seorang isteri yang sangat memahami walaupun di pejabat, dia ada ramai kakitangan.Di rumah, dia tetap menghormaati saya sebagai suami.

Ibu bapa dan keluarga saya sangat ma rah apabila mendapat tahu saya berhenti kerja dan menjadi suri rumah tangga.Malah ibu saya kecewa dengan tindakan saya walaupun saya tidak pernah lupa mengirim wang kepadanya setiap bulan seperti mana sebelum ini.

Wang yang saya hantar itu adalah duit gaji yang saya terima daripada Ayu setiap bulan.Kata ibu, saya tidak ada maruah kerana membiarkan isteri mengatur hidup saya.

Malah ibu tidak pernah datang ke rumah saya sejak saya berhenti kerja. Dia tidak sanggup melihat saya membuat semua kerja rumah. Membasuh berak kencing anak-anak kami ketika mereka masih kecil, memasak dan melipat kain.

Biarpun saya telah jelaskan dengan baik kepada ibu, tetapi saya gagal menyakinkan ibu tentang niat baik saya.Akhirnya ibu merajuk dan tidak lagi mahu berkunjung ke rumah saya dan saya tidak lagi dapat bermanja dengan ibu.

Ayu juga sama seperti saya. Dia tidak kecil hati dengan apa yang berlaku dan menyifatkan ini sebagai ujian Allah untuk kami.

Pernah juga dia mencadangkan saya berniaga tetapi saya menolak kerana saya tahu saya tidak dapat melakukannya sebab tidak ada pengalaman bisnes.Saya selesa dengan apa yang saya buat sekarang.

Saya gembira kerana selain buat kerja rumah, saya ada tugas lain yang boleh menambah rezeki kami sekeluarga. Saya juga berharap satu hari nanti, keluarga saya akan membuka mata dengan kehidupan saya ini.

Walaupun sedih kerana keluarga tidak dapat menerima cara hidup saya yang luar biasa ini, saya yakin satu hari nanti, mereka akan menerima saya, Ayu dan anak-anak kami.

Saya akan tunggu saat itu tiba.Biarlah buat sementara ini, saya ikut keadaan. Lambat laun masanya akan tiba. Saya yakin dengan perancangan Allah. Saya harap saya boleh terus bersabar dengan apa yang berlaku.

Di sebalik jiwa saya yang kacau ini, saya tidak pernah putus asa untuk memujuk ibu. Saya berdoa agar sekeras mana pun hati seorang ibu, satu hari dia akan lembut juga.

Biarlah apa orang nak kata tentang rumah tangga saya, saya reda dengan segalanya. Saya bahagia dengan cara saya. Saya tahu pada masa ini, ramai suami yang tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga aak-anak dan mengurus rumah tangga.

Ada yang dapat, ada yang tidak.Ada juga ketikanya Allah uji dengan ujian untuk melihat kesabaran kita seperti mana yang saya lalui.Saya harap saya akan mendapat kebahagiaan itu dalam masa terdekat.

Saya juga kagum dengan keikhlasan Ayu sebagai isteri, tidak lupa janji kepada suaminya dan sentiasa berada di sisi suami untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Inilah sikap yang harus ada pada pasangan suami isteri yang inginkan bahagia hingga ke jannah.

Menutup kata, pesanan saya, kesulitan tidak selamanya akan menyusahkan tetapi akan berubah menjadi senang dan menggembirakan apabila tiba masanya dengan izin Allah jua.

Semoga pembaca yang baca cerita ini boleh ambil manfaat dan pengajaran dalam cerita ini. Terima kasih kerana sudi baca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *