Baru sewa rumah. Dapat pula housemate cantik tapi dia punya pengotor tak boleh bawa bincang siap ada kodom.

Bila sebut sahaja perempuan di kalangan golongan lelaki. Mesti lelaki hanya bayangkan perempuan ini adalah seindah indah cipatan tuhan. Lelaki hanya menilai perempuan itu seorang yang lembah lembut, cantik dan semestinya seorang yang pembersih.

Tetapi seorang wanita telah mendedahkan melalui perkongsiannya di socmed. Tak semestinya permepuan yang cantik iti adalah pembeesih.

Berikut adalah perkongsian wanita itu sebagai housemate kawannya. Jom baca

Nama saya Dila. Umur saya dalam likungan 25 tahun. Saya ada cuma ada sedikit kekecewaan bila wanita bujang sebaya saya luaran fuh tiptop tapi dalaman MashaAllah. Saya tahu korang setuju ke tak apa yang nak luahkan ni. Kejadian ini betul betul berlaku dalam hidup saya.

Bermula saya dapat kerja baru area Shah Alam, Selangor, baru baru ni saya telah menyewa dekat area Seksyen 6, Shah Alam. Dalam banyak banyak rumah sewa yang saya survey masa tu, ada satu rumah ni memang dah dekat betul dengan tempat kerja. Tapi satu je masalahnya, rumah kotor!

Korang boleh bayangkan rumah perempuan kalau kotor jadi macam mana? Da macam rumah mat rempit da. Tapi nak buat macam mana, rumah tu je paling dekat dengan tempat kerja saya. Jadi terpaksa la hadap masalah ni.

Mula mula saya masuk ruang tamu, berpasir weyh lantai dia. Awak bayangkan lah bila awak masuk rumah bukak kasut semua. Sekali berpijak je ke lantai dia punya pasir tu ya ampun. Macam awak berkaki ayam dekat luar rumah. Si penyewa ni tak sapu rumah ke? Ke awak tabur je pasir dalam rumah tu?

Bila saya masuk kat dapur nampak pinggan bertimbun dekat singki. Dari pemerhatian saya yang tak berapa tajam ni saya tengok pinggan ni kotor dia bukan baru baru. Nampak macam dah berhari bertimbun dekat situ. Dengan sampah bekas makanan yang berselerak lagi. Itu belum lagi tengok bahagian dapur masak lagi. Astaghfirullah al azim.

Saya tanya penyewa. “ Kak, dalam rumah ni ada berapa orang? Student ke semua ”

Dia jawap ada sikit je dan semua bekerja. Okey, so saya husnuzon la maybe dia busy nak gla sampai tak sempat bersihkan rumah. Saya tanya lagi “Diorang ade ke sekarang?”. Akak tuh jawap takde sebab masing masing balik kampung.

Sebabkan saya dah terdesak sangat cari rumah, so saya hadap la benda benda ni. Saya terima menyewa dengan satu fikiran yang super positif yang housemate saya ni sebenarnya kerja dia sibuk tahap menteri sampai tak sempat buat cleaning work rumah.

Guess what, fikiran saya jauh meleset da sampai nak melecet.

Sepanjang saya menyewa dekat rumah ni, memang tahap pengotor diorang ni tak boleh bawak bincang. Diorang ni saya puji bab memasak memang rajin. Rajin sangat dan sedap dia orang pandai masak, kalau buka warung kompom laku keras.

Sorang housemate saya ni balik kerja terus bersilat dekat dapur masak. Tapi sedih gla dengan perempuan macam ni. Rajin masak tapi pemalas bersihkan bekas masak. Habis kuali pinggan bersepah atas dapur even dia sorang je pandai pakai dapur tu, tapi tolonb la.

Dia punya tahap pemalas tu saya cakap, kalau korang kikis kotoran degil dekat dapur gas tu maybe kena pakai besi kot. Pencuci joy ‘hanya setitik boleh cuci beribu pinggan’ tu memang tak lut.

Saya paling tak tahan bab rendam periuk nasi. Boleh pulak dia tinggalkan periuk nasi dia tu berendam lama 2 5 hari sampai berkulat. Macam macam warna kulat saya tengok dalam periuk dia. Korang biasa tengok kulat kaler biru, hijau merah kalau periuk tak basuh?? Serius loya, tak faham saya.

Saya pernah tegur dia minta basuh la semua barang dia ni lepas guna. Dia boleh bagi alasan dia geli. Pinggan makan sendiri, pinggan periuk mangkuk masak sendiri pun geli basuh ke? Saya rasa nak carut tapi saya budak lagi. So saya simpan perangai ggster sekolah blcklist dalam KL saya. Kalau saya sembur diorang ni maybe saya kena halau kot.

Tapi tolong la perempuan. Bab meroyan merenyam nak kawin bukan main. Hari hari keluar dengan BF balik sampai tengah tengah malam. Status pun semua geli geli dengan BF. Budget ayu, perempuan melayu terakhir konon.

Tapi perangai tak nak ubah. Pengotor. Kalau bab make up dengan dresss up tu nombor satu bai! Walaupun badan gempal, tapi dia cantik weyh lepas make up. Tapi perangai dalam rumah astaghfirullah al azim. Pengotor!

Sorang lagi housemate saya ni memang educated. Kerja pun level intellectual. Masuk umur 3 series tapi belum kawin. Saya tak kesah la bab kawin ni lantak lah sebab apa dia tak kawin lagi. Saya Husnuzon je dia tak kawin sebab busy dengan kerja Intellectual.

Tapi lama lama duduk dengan dia ni, saya dapat ciium jugak dia pun teringin nak kawin cuma tak merenyam macam sorang lagi. Bukan tak de ornag minat dekat dia, ada dan dia hanya tunggu masa si lelaki datang merisik. But still, yang sorang ni pun boleh tahan pengotor.

Saya bukan jenis menyebuk sangat, tapi kadang kadang masa nak pergi bilik air ternampak benda tak menyenangkan. Pinau biji mata kalau tengok dalam bilik air dia.

Dia buka pintu bilik dia seluasnya dan awak boleh nampak lautan baju bersepah bersepai atas lantai dalam bakul atas katil. Saya tak tahu beza mana baju dah basuh mana belum.

Barang make up dan skincare pun bersepah atas katil macam baru kena rompak. Saya terus berfikir macam mana lah diorang boleh hidup dalam bilik macam ni? Kalau ular bersarang dalam bilik dia tak perasan agaknya. Sepah sangat.

Tapi sikit sikit cakap nak kawin. Nak cari jodoh. Nak kejar crush. Hadoi, tak paham saya perangai masing pengotor macam ni.

Pesanan lah untuk korang semua, especially perempuan. Awak sebelum sembang pasal nak kawin tolong lah betulkan diri dulu. Tolong belajar jadi pembersih.

Belajar untuk menjaga dan memelihara barang rumah dengan baik. Tak malu ke anak darra pengotor? Walaupun family tak tahu benda ni, tapi tolong laa. Kebersihan sendiri kot tak kan itu pun susah nak jaga. Bab melawa awak bukan main.

Nanti korang dah kawin semua urusan rumah awak kena jaga. Bermula dari basuh pinggan, basuh baju, kemas rumah, jaga anak, urus keperluan suami dan lain lain. Memang ni kerja orang gaji, tapi kalau laki awak suruh buat? Awak kena la buat sikit la kan dengan bantuan suami jugak.

Awak ingat kawin ni sedap ajaa? Kawin ni datang dengan bebanan tanggungjawab tau. Penyayang mana pun laki awak, mesti awak kena buat benda benda saya sebut ni nanti. At least.

Bab ilmu agama tu tolong jugak la timba banyak banyak. Ni anak darra simpan k0ndom? Saya malas nak fikir benda bukan bukan. Saya anggap je engkau salah beli gula gula skit tekak. Korang rasa jenis perempuan camne ada pulak simpan “gula gula skit teka”. Hadoii . But please lah. Baiki diri dulu sebelum nak kawin.

Maaf lah terlebih bebel. Jadikan lah luahan aku ini sebagai perkara positif dan ubah lah diri itu menjadi yang lebih baik.

Perkongsian luahan ini di socmed telah mendapat perhatian warganet dan ribuan perkongsian. Malah ada juga tinggalkan komen yang bermacam-macam. Antara komen komennya seperti ini.

Mira Bella
Bab kebersihan bukan setakat anak darra saja, mak darra, orang bujang, laki orang, kanak2, dewasa, bangsa cina india melayu kadazan jawa semua lah kena ambil tahu. Tanam sifat tanggungjawap tu dalam diri setiap individu sejak kecil.

Makio Rashid
Pengalaman saya hidup dengan budak budak pointer tinggi kat uni dulu. diorang mmg tak boleh kalau rumah kotor. diorang anti sangat. Cuba try la duduk dengan budak2 pandai mesti korang akan kata diorg cerewet

Maisarah Hishamuddin
Dari cerifa confessor, kita hadap bende sama. Lantai berminyak, dinding dapur penuh ngan percikan minyak. rumah tak pernah menyapu n mop. kekadang bila cuti seminggu, msk je rumah xsempat bukak tudung bagai trus amik penyapu n mop bagai. Sebab geli ya rabbi. Pinggan mangkuk rendam dalam sinki. Lepas masak xpernh kemas. Tp bila bab nak dating keluar, semerbak bau rumah minyak wangi.

Yusrina Yusuf
or u makan semua masakan housemates u. and she also expects u to wash all the dishes. entah2 dia pn tgh perati je bila confessor ni nak basuh. tau makan je kot. haha. saje je. sebab pernah gak dok menyewa dengan kawan2. mmg ada jenis housemate da la lgsg tak ke dapur. bila masak dia makan plg byk. tp tolong basuh lgsg tidak!

Nurul Afiqah
Selalu jugak jumpa orang jenis pengotor. Tapi bab makeup dia no 1. Takpe la sis, sabar jelah jumpa orang jenis macam ni.

IsmatulNisak Idrus
Ramai yang macam ni tapi susah kita nak ubah percayalah. Takyah pening2 dengan housemate tu. Mungkin awaklah penyelamat bagi rumah tu sebab tu awak ditakdirkan menyewa dekat situ. Go go ketua kebersihan!

Nur Sharifah
Siapa yang tak pernah jumpa makhluk mcm ni, anda sepatutnya bersyukur. Bukan senang nak cari rumah sewa yang semuanya pembersih. teringat dulu survey rumah sewa , penyewa just 3 orang tapi rumah tahap mcm x leh duduk. Dalam bilik bersepah , dapur smpai tgok pun geli. Usahkan nak msk.

Walaupun dekat dengan tmpt keje tapi saya fikir takpela. Rumahku syurgaku xde. Kita balik keje penat, tgok rumah mcm tongkang pecah lagi la harem jadah. Baik jauh sikit tapi bersih.

Lisda Baharudin
Mmg ada jenis manusia mcmni. Lama2 kalau asyik kita sorg je yang jaga, duk mop, duk sapu blh mendatangkan rasa panas hati jugak. Duk rmh bujang housemates silih berganti, mcm2 jenis jumpa. Syukur klau jumpa yang jenis pengemas. Or at least x pengotor lah.

Siti Nor
Ko jgn risau baju2 dalam bilik atas lantai, atas katil semua dh basuh. dia malas lepat baju la tu. basuh je rajin. sebab yu bertimbun

Qudwah Hasanah
Aku bab bilik sendiri selerak saya tak ambik port. yang penting ruang tamu, toilet and dapur clear. Sebab tmpt tu awak kongsi dengan orng.

Apa reaksi anda semua bila dah membaca luahan ini. Ambil lah sebagai pengajaran untuk diri kita sendiri. Terima kasih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *