“Geram Bila Isteri Bagi Sedekah Kat Pakcik Tu Sampai RM50”. Bila Aku Buka Mulut Isteri Pula Menjawab.

Umat Islam digalakkan bersedekah kerana ianya adalah salah satu cara ‘membersihkan’ harta kita dari hak orang lain. Sedekah dibuat untuk mendekatkan diri kepada Allah sesuai dengan apa yang dianjurkan dalam Islam.

Tidak semestinya dalam bentuk wang Ringgit, memberi kesenangan kepada orang lain juga satu bentuk sedekah. Ajaibnya amalan ini, ianya mengundang lebih banyak rezeki melimpah-ruah.

Kisah ini berlegar-legar di alam maya satu ketika dahulu. Yang mana seorang lelaki telah meluahkan apa yang tersimpan dalam hatinya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan manfaat kepada semua yang membaca.

Dibawah ini adalah luahannya. Baca tau. pendek je cerita ini. Sudah baca, boleh like komen dan share kepada semua agar dapat memberi manfaat atau pengajaran kepada semua yang membaca.

Inilah Luahanya

Salam, saya nak cerita tentang isteri saya. Isteri saya ini, orangnya biasa-biasa sahaja. Biasa yang bermaksud, biasalah. Haha.

“Menipu atau tidak, itu urusan pakcik itu dengan Allah. Saya cuma mahu membantu sahaja. Kalau betul dia susah, ada anak dan isteri yang kelaparan di rumah, macam mana?” soalnya kembali.

“Tapi kenapa sampai RM50?” saya masih tak puas hati dengan jawapan pertamanya.

“Abang, saya pernah terbaca kalau kita nak menderma, latih diri ini beri duit yang paling besar dalam purse,” jawabnya.

Budak-budak selalulah nak pinjam duit. Kadang-kadang ketuk pintu rumah sebab nak pinjam duit, dia pun bagi saja. Saya macam biasalah, bising.

“Kalau budak tak pulangkan macam mana?”

“Biarlah, kita tolong anak orang, nanti minta-minta anak kita pun orang tolong,” jawabnya.

Yang saya sedar tentang isteri saya ini, rezeki dia sangat murah. Gaji dia tak adalah besar mana tetapi sentiasa cukup.

Cukup nak bagi pada mak, ayah, adik-adik dan atok. Duit belanja rumah pun dia selalu tolong bayar walaupun saya kata tak payah.

Pernah sekali itu kami belanja agak banyak pada bulan itu. Tup tup dia dapat bonus banyak. Alhamdulillah. Tetapi duit itu pun dia belanja untuk orang. Diri sendiri pun tak pernah. Urusan dia juga Allah permudahkan.

Dia pun sedar tentang perkara ini. Kadang-kadnag dia menangis, dia kata Allah sayangkan dia tetapi kenapa dia selalu dustakan nikmat yang Allah beri.

Kesimpulannya:

Jangan berkira dalam bersedekah, inshaAllah rezeki anda akan murah. Jangan pernah menghakimi orang, mungkin di mata manusia dia tidak alim tetapi ada amal baik dia yang kita tidak tahu.

Sayangi isteri anda, insan yang sentiasa ada sewaktu anda terjatuh tergolek, terkangkang. Hargai pengorbanan mereka.

Kalau rasa isteri anda tak cukup bagus, tengoklah cermin dulu. Kalau rasa diri itu memang sudah bagus, ubahlah isteri menjadi seperti diri anda.

Kongsi lah kepada semua agar ia member pengajaran dan manfaat. Terima kasih kerana sudi membaca

Itu saja. Sekian – Amin