Husband Bulan2 Dapat 13 Ribu Siap Belikan Bapak BMW Tapi Anak Kat Rumah Bagi Makan Mee Segera Je.

Tak rugi menunaikan kemahuan isteri asalkan apa yang dipinta itu tidak keterlaluan. Balasannya, rezeki yang mencurah-curah buat suami dan keluarga.

Rezeki bukan dalam bentuk wang sahaja, malah dalam bentuk yang lain seperti kesihatan dan sebagainya.

Tapi lain pula dalam cerita ini. Ada seorang suami yang mempunyai gaji besar tapi amat kedekt pada anak dan isteri. Ikuti kisah ini

Dulu saya kerja awak suruh saya berhenti kononnya anak2 nanti kurang kasih sayang. Tapi awak cuma bagi saya duit belanja 1000 sebulan untuk 4 orang anak bersekolah. Sedangkan gaji awak 13 ribu sebulan.

Bila saya tanya mana pergi duit awak. Awak cakap saya tiada hak hendak tahu mana duit awak. Saya sabar sambil berendam airmata.

Bapa awak cakap saya tidak ada hak. Sebab bapa awak sudah sekolahkan awak dari kecil. Ok. Saya diam. Hari2 saya minta allah bagi saya rezeki untuk anak tanggung anak2.

Sebulan gaji awak bagi pada keluarga awak sampai 5 ribu sebab hendak tanggung adik2 awak yang masih bersekolah. Tapi anak2? Saya kena fikirkan dan tanggung sendri?

Dulu saya minta awak bayarkan bil telefon saya. Awak jawab apa?”jangan pakai telefon kalau tidak mampu”. Tup tup. Saya baca masej awak bayarkan bil bapa awak 200 sebulan. Astro pelbagai channel.

Sedangkan kami pakai enjoy sahaja, awak kata jimat. Awak keluar pergi meeting makan di hotel mahal2. Sedangkan saya dan anak2 makan maggi dan telur sahaja di rumah. Saya didik anak2 saya hidup sederhana.

Aku pulangkan awak pada keluarga awak. Awak kenyangkanlah gaji dan duit2 awak untuk keluarga awak. Saya mampu menyara anak2 saya seorang diri. Hati saya sudah lama menangis tapi saya tahan.

Untuk sesuap nasi anak2 saya dan persekolahan anak2 saya. Saya pergi kerja dengan road tax kereta sudah 7 bulan tidak renew. Saya redha dan tawakal. Bila saya tidak ada duit hendak isi minyak.

Aku bawa motor, selama 1 jam hendak ke tempat kerja. Tapi saya buat juga untuk dapatkan gaji sebesar itu. Kasihan pada awak.

Kau ingat itu. Sampai satu masa, saya tidak akan toleh kebelakang lagi. Awak selalu cakap, perempuan kalau ada duit ego dan sombong.

Kau tengok apa awak bagi pada anak bini awak. Kalau awak bagi baik, baik lah balasannya. Sampai satu masa saya tidak akan toleh ke belakang lagi. Awak ingat itu.

Kongsi lah kepada semua agar ia member pengajaran dan manfaat. Terima kasih kerana sudi membaca