Isteri Mengadu Sakit Disangka Ingin Bermanja-manja Atau Bergurau. Rupanya Itu Hari-Hari Terakhir Isteri.

Pada awal Febuari 2018, salah seorang teman baik aku telah dijemput Ilahi kerana kannser raahim tahap empat. Alhamdulillah arrwah menderita tidak lama.

15 tahun aku bersama arrwah, lansung aku tidak pernah ambil tahu setiap kehendak arrwah isteri. Aku abaikan arrwah sehinggakan arrwah sakit pun aku tidak tahu,” katanya. Ada kekesalan di situ.

Namun aku masih tidak dapat mentafsir apa yang tersirat di sebalik keluhan si suami. Suami aku meletakkan handphone di meja mula berminat dengan cerita suami arrwah kawan aku ini.

Kejjamnya aku pada arrwah. “Saya fikir bila dia sudah jadi isteri saya,saya tidak perlu lagi untuk mengambil hati dia seperti masa bercinta dulu.

Namun aku lupa dia hanyalah pinjaman sementara bila-bila masa sahaja akan di ambil semula olehNya,” ujarnya panjang”.

“Benda yang lepas jangan di kenang, nanti kau sengsara dia dah pergi, redha kan. Kesian anak-anak kau,” suami aku bersuara.

“Pagi ni anak aku yang pertama meminta RM50 untuk membeli barang barang kajian sekolah. Wajib beli kerana jika tidak buat kajian tu, markah untuk peperiksaan mata pelajaran tu akan ditolak.

Selama ini aku bising-bising duit belanja rumah sering tidak cukup, aku kata arrwah ni boros belanja macam air dan tidak tahu berjimat. Baru aku tahu kemana arah duit itu di salurkan.

“Hari ini genap sebulan arrwah pergi dan aku kira-kira hampir RM500 ke RM700 belanja sekolah anak-anak dan makan sahaja. Bila tiap kali arrwah minta beli pakaian baru atau barang make up, aku melarangnya kerana aku rasa macam membazir.

“Semalam aku buka almari arrwah, hanya ada beberapa helai sahaja pakaian yang baru, itu pun seingat aku dibeli masa nak raya tahun lepas.

Lain-lain semua dah lusuh. Ada beberapa batang lipstic yang dah patah. Dahulu masa sebelum kawin aku pernah terlihat di dalam beg kecil arrwah ada pelbagai jenis lipstik, pelbagai jenis bedak muka dan macam-macam lagi makeup yang arrwah ada.

Tetapi bila dah jadi isteri saya, semuanya habis tidak berganti. 15 tahun bersama sepatutnya bukan makin berkurang namun makin bertambah.

Saya nak kotakan janji aku pada dia bahawa dia akan menjadi wanita paling bahagia bila menjadi isteri saya”.

“Saya tahu bukan harta dan kekayaan yang arrwah inginkan tetapi perhatian dan kasih sayang aku. Aku kesal kerana selama ini arrwah menjadi tempat aku melepaskan penat dan amarah aku.

Saya kesal kerana selama ini menjadi suami yang terlalu berkira dengan isteri sedangkan isteri adalah punca rezeki suami. Masa aku tahu arrwah sakit masa itu sudah terlambat.

Baru aku tahu susahnya bangun malam buatkan susu, mandi dan tidur kan anak, sediakan anak anak ke sekolah. Bila doktor mengesahkan isteri aku mengidap kannser raahim tahap 4, semuanya dah terlambat kerana ianya telah merebak sepenuhnya,” katanya.

Si suami berhenti seketika untuk menyapu air mata yang mula membasahi pipi. Secawan teh yang dihidangkan langsung tidak berusik.

Suami aku merenung tajam ke arah muka suami arrwah kawan aku. Mungkin menanti apa lagi cerita yang bakal akan keluar dari mulut suami kawan aku.

“Sewaktu dia sakit, aku cuba menjadi suami yang baik. Ajak dia pergi jalan-jalan. Tetapi dia menolak. Dia tidak mahu susahkan aku menolak kerusi roda.

Saya ajak dia makan makanan kegemaran dia. Dia makan namun tidak mampu untuk menelan dengan riangnya. Aku ajak bergurau bermesra seperti dulu-dulu dia lesu tak bermaya.

Runtun hati aku melihat wanita yang aku sayang, aku cintai menderita. “Tiap kali dia sakit, aku ajak pergi hospital dia menolak, dia kata dia dah tahu dia sakit apa, tak perlu buang masa dan duit lagi.

Saya ajak dia pergi berubat kampung jika tidak mahu ke hospital. Dia menolak kerana itu akan menangguh masa untuk dia meniinggal.

Allahu, rupanya arrwah terasa dengan kata-kata aku. Aku melutut depan dia, mohon maaf, mohon ampun dan dia kata dah lama memaafkan kesilapan aku namun itu tidak mampu membasuh dosa aku pada arrwah.

“Saya mula memeluk dia sewaktu tidur, aku tahu aku akan kehilangan dia dan waktu itu makin hampir. Sumpah demi Tuhan aku sayangkan arrwah cuma aku lupa dia hanya pinjaman lalu aku abaikan dia.

Saya tidak hargai kehadiran dia dalam hidup aku. “Sekarang satu-satunya wanita yang amat aku kasihi dah tiada.

Dia dah tinggalkam aku bersama jutaan kenangan dan kisah suka duka kami sepanjang percintaan di bangku sekolah hingga ke jinjang pelamin.” katanya.

Saya merenung muka suami kawan aku itu, terpancar kekesalan di situ.

Dia menceritakan pada aku bukanlah untuk membuka pekung di dada, tetapi dia ingin kongsi bersama kisah dia dan isteri ‘pinjaman’ sementaranya supaya menjadi satu tauladan kepada para suami di luar sana.

Sesungguhnya apa yang kita ada bukan milik kita. Semuanya hanya pinjaman. Hargailah