Aku Kerja Keras Sebab Nak Nikah Tak Lama Je Lagi. Tiba-tiba Tunang Mintak Putus.

Kisah ini boleh jadikan pedoman ataupun pengajaran kepada semua agar tidak lebih-lebihkan kepada sesuatu yang belum tentu menjadi hak milik kita.

Ikuti Kisah Di bawah

Aku terkejut….!!!

“Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau.” “Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni.”

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri.

Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi… “Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain.

Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku… Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga.

Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen.

Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat.

Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku.

Kemudian, kitorang bertunang. Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja.

Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu.

Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu.

Aku gak yang disalahkan.”.. Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata, “Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi.

Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe.

Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita…Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke.

Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula.

Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya.

Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan… Sekian

Jika anda semua rasakan cerita ini amat beri pengajaran kepada anda semua. Boleh lah share kepada semua agar semia yang membaca boleh jadikan iktibar untuk hari-hari akan datang.