Inilah Ciri-Ciri Mak Mertua. Kalau Ada Yang Dapat Macam Ini Redho Je Lah.

Ada yang dapat mak mertua macam malaikat. Apapun kita kena tengok kesemua jenis mak mertua bukan berniat nak takutkan orang baru nak kahwin tapi ini lah realiti kehidupan perkahwinan yang ramai tidak sedari.

1. Mak Mertua Jaahat lagi Zallim–Bila cerita pasal mak mertua ni kebanyakan orang kita rasa ngeeri dan trauma. Mana taknya, mana mak mertua yang suka main ‘hantar-hantar’ kat menantu ni dah kira syirik dah ni.

Bukan sembarangan dia guna siap ambik dari bomoh siam lagi. Sebab tu kalau anda rasa panas je dengan suami, selalu bertengkar sampai nak bercerai, cek balik kot-kot anda dibuat orang. Mana kes yang lagi teruk, isteri keguguran, sakit berpanjangan dan muntah darrah!

3. Mak Mertua Cerewet Dan Banyak Songeh–Anda ingat mak mertua spesis ‘Ibu Mertuaku’ dalam cerita P. Ramlee tak wujud? Ha fikir balik! Bila anda dapat tahu bakal mak mertua pentingkan kerjaya tinggi sedangkan anda hanyalah kerani biasa-biasa cukup bulan dapat gaji awal bulan dah habis bayar keperluan lain, Ianya akan beri masalah besar pada anda nanti.

Tambah-tambah lagi bila dia tanya “Siapa dia Kassim Selamat? Lawyer? Majistret?” Time ni anda dah tahu kesudahan hidup anda.

4. Mak Mertua Pilih Kasih & Berat Sebelah—Memang kerap sangat kita dengar mak mertua pilih kasih ni tambah-tambah lagi bila kita ni bukan menantu kesayangan. Bila balik kampung je, mak mertua masakkan sedap-sedap, bagi perhatian lebih kat menantu lain.

Yang sedihnya anak kita pun turut jadi manggsa berat sebelah mertua ni. Bila sembang dia akan banding-bandingkan menantu lain dari segi kerja, gaji, pangkat, anak pandai ke tak. Tapi yang paling mengarut sekali bila cantik atau hensem pun boleh jadi isu anak beranak. Memang tak boleh buat apa!

6. Mak Mertua Baik + Best + Penyayang–Kalau anda dapat mertua yang baik sesungguhnya ia merupakan nikmat teragung yang didambakan bagi setiap menantu. “It’s like you are the choosen one”

Mak mertua sporting selalu cerita pengalaman dia, nasihat yang baik, boleh kongsi masalah semua. Bertuah badan! Sentiasa positif, happy go lucky dan selalu support menantu dalam apa jua keadaan. Tapi nak dapat macam ni, macam tunggu bulan jatuh ke riba lah jawabnya.

8. Mak Mertua Jenis Berkira—Mak mertua selalu canang kat anak menantu lain yang dia dapat duit sikit dari anda. Tak cukup dengan itu dia tuduh anda kedekut dan tak bertanggungjawab.

Sememangnya sudah menjadi tanggungjawab seorang anak untuk menghulurkan duit bagi meringankan bebannya tapi ada juga mak mertua yang tak faham dan terlampau mengungkit dengan pemberian anak. Lagi teruk dituduhnya menantu yang menghasut anaknya supaya tak bagi duit.

10. Mak Mertua Cemburu Dengan Menantu–Ada mak mertua yang tak boleh tengok hidup menantunya senang. Ada je tak kena. Cemburu bila anaknya bagi nafkah kat isteri. Cemburu bila tengok anak bermesra dengan isteri. Kadang-kadang tak masuk akal cemburunya. Bila tengok menantu pakai baju lawa je dia pun nak.

Bila tengok ada kasut baru je dia pun nak beli. Siap 2, 3 pasang lagi. Kalau dia beli corak bunga besar, dia pun nak ikut. Kalau tak dapat siap perli-perli lagi. Memang ada ye mertua macam ni. Letih-letih.

11. Mak Mertua Ego—Teringat pulak dengan kisah kawan aku dengan mak mertua dia. Mak mertua dia business woman yang berjaya. So dia rasa dia berkuasa dengan anak menantu dia sebab dia berjaya dalam kehidupan kononnya.

Haritu dia sampai lewat kat kedai mak mertua dia sebab ada urusan penting, mak mertua dia da macam kena histeria sebab marah sangat. Orang lain duk tengok je. Dia selalu tengok mak mertua dia ni maki dan mencarut pekerja-pekerja dia depan orang lain. Tak habis dengan tu dia menghina kedudukan orang lebih rendah dari dia. Tu mak mertua ke hantu tu?

Kesimpulan—Sekiranya anda mendapat mertua baik tu boleh la sujud syukur setiap hari. Tapi kan, kenapa selalunya mak mertua dengan menantu perempuan yang berperang? Kenapa tak dengan menantu laki? Ke sebab lelaki lebih cool. Aku tengok mat saleh kat luar negara tu rasanya takde huru-hara macam kita.

Atau sebab budaya?

Kat Malaysia memang turun temurun mentaliti anak perempuan kena pandai buat itu ini. Kalau suami kahwin lain isteri akan dipersalahkan sebab tak pandai jaga. Tapi jarang sangat orang tuding jari kat lelaki kalau lelaki tu buat salah. Bagi aku lelaki dia ada kuasa. Sebab itu mertua tak berani atau ambil port sangat dengan hal diaorang. Perempuan lebih lemah dan ada sifat kebergantungan, itu yang menjadikan mertua boleh pijak kita

Jika anda rasa bahan bacaan ini bermanfaat boleh share kepada semua.