Mak baru bersalain pakcik pula bg tahu yg abah kena tangkap basah.

Aku harap sangat luahan ini dapat banyak komen yang positif. Aku nak tau jugak insights dan pandangan dari comment readers. Aku perlukan pendapat dari pelbagai pelusuk seantero supaya senang aku nak backup mak aku. Kenapa mak? Ok jap lagi cerita kan dekat bawah ni..

Ceritanya begini, mak aku adalah ibu tunggal. Mak aku baru bercerai 2 tahun yang lepas tapi dah 10 tahun ayah aku dah macam tak wujud pun dalam hidup kami.

Pakcik aku cerita. Pakcik aku abang kepada mak memang tak pernah sorok kebencian dia dekat ayah sebab buat adik kesayangan dia macam patung cendana. Dia yang selalu jadi spy mak. Dia lah akan inform ape kt mak aktiviti luar ayah.

Kemuncak dia lepas Akmal lahir. Pernah ditangkap khalwat. Dan on off ada affair dengan orang yang berbeza-beza. Masa aku lepas SPM, mak buat keputusan untuk mula bekerja semula dan Alhamdulillah dia dapat kerja. Masa aku 19 tahun ayah berkahwin lagi satu.

Untuk pengetahuan korang rumah yang kami tinggal adalah rumah yang mak dan ayah beli sama-sama masa awal berkahwin. Bila aku dah habis degree mak duduk berbincang dengan aku yang dia dah nekad nak bercerai sebab ayah tak adil.

Aku tak boleh terima pada mulanya. Tapi aku masih ingat lagi masa kecil dulu bila lewat malam aku selalu bertanya pada mak.

Aku : Mak ayah mana?

Mak : Ayah kerja

Sedangkan ayah tengah sedap diluar sana dengan perempuan mana. Aku ingat lagi masa mak terkontang kanting buat bisnes jual kek cheese leleh sebab kami adik beradik sedih tengok ayah dengan family baru dia bercuti di Bandung.

Proses penceraian mak ambil masa kerana ayah tak nak lepaskan dia. 4 tahun. Dari aku 23 tahun sampailah aku 27 tahun dan dah setahun aku berkahwin barulah mak officially bercerai.

Itu pun bukan ayah yang lafaz. Atas perintah mahkamah. Alasan tak ceraikan mak sebab mak dengan dia sejak dia susah sampai senang. Dah tu yang ayah sksa mak kenapa? Ada yang kata ayah disihirlah apa lah. I don’t think so.

Fast forward 2 years, mak dah move on. Mak dan siblings pun dah pindah keluar sebab ayah nak jual rumah kami tinggal dari kecil tu. Ayah nak guna duit untuk modal business isteri dia. Kalaulah aku belum beli rumah joined loan dengan suami aku, pastinya aku akan beli rumah tu dengan ayah.

Mak aku tak gedik tapi bila aku fikir balik arghhhh serabut.. Aku btol2 blur biar betul mak aku ni.. Mungkin petang ni mak nak bawa aku jumpa uncle Man tu.

Ok mak bawa aku jumpa uncle man petang tu, orang nya kurus dan tinggi, boleh tahan handsome juga even dimamah usia. Aku rase uncle man ni time dia muda2 dulu mesti handsome orang nya. hihi

Long short story, Uncle Man ni sebenarnya kawan lama mak aku yang dia orang kenal sejak dia sekolah dulu. Satu kampung. Mak sambung belajar di ITM dan bawa haluan masing-masing. Tapi hati budi keluarga semua memang kenal sangat sebab sekampung.

Uncle man suka hidup sederhana tapi cukup. Yang penting dia dah ada rumah sendiri dan kereta sendiri yang sudah habis bayar. Uncle man ni orangnya beterus terang. Aku bangga uncle man time dia cerita kereta dia da habis bayar. Kereta proton preve lagi tu. Untunglah mak aku…..hihi

Aku banyak tahu pasal uncle man ni sebab aku soal siasat uncle Man macam mana mak soal siasat suami aku masa nak nikah dulu. Kerja apa? Asal mana? Tinggal mana? Sattus? Over tak aku. Orangnya peramah. Sebaya mak.

Aku cakap pada mak untuk beri aku masa untuk fikir. Aku balik dan bincang dengan suami aku.

Aku: Mak nak kahwin la awak. Macam mana eh?

Suami: Kalau bukan suami orang biarlah

Aku: Tapi…Apa orang kata..Mak dah 55 tahun kot, tak malu ke, kang vral pula nanti

Suami: Bukan nya mak kena tangkap khalwat ke apa. Mak kahwin. Dia nak bersanding pun biarla..

Aku: Entahla B… Saya pon blur2.. Tapi tgk perwatakan uncle man tu baik orangnya

Suami: Ayah awak tu dah bahagia. Dah move on. Dah seronok dengan isteri baru. 10 tahun dah pun. Biarla mak bahagia.. Kita kasi chance la kt mak sama..

Aku: Mak nak malu apa! Halal. Yang kau berkepit dengan boyfriend kau tu yang patutnya malu. Nak rujuk bukan atas kau ye. Atas mak. 8 tahun mak bertahan. Aku rasa cukup la peluang mak bagi kat ayah.

Dan mak kahwin dengan siapa pun, kita semua tetap berbin dan binti kan babah. Macam mana pun babah tu tetap drah daging kita.

Akmal diam masa tu sebab dia masih terkejut.Sekarang ni perempuan dua orang tu on strike. Tengah mogok tak nak cakap dengan mak. Aku kesian dengan mak. Ini mungkin peluang mak untuk temui bahagia dia.

Dan melihatkan Ili dan Ana, tak mustahil mak akan lupakan hasrat dia untuk berkahwin. Supaya hubungan anak dia tak keruh. Dan ayah pulak tak membantu. Jadi lelaki gla talak. Dan cakap dengan Ili nak rujuk semula.

Aku rasa kami sebagai anak tak ada hak nak halang mak kahwin. Tak ada hak sama sekali. Aku nak tengok hari2 tua mak penuh perasaan gembira. Lupakan apa yang ayah pernah buat dekat mak dulu.

Aku ambil masa lebih 2 3 minggu juga untuk pujuk si Ili dan Ana tu supaya setuju dengan keputusan mak. Mulanya mereka macam mengeras untuk bersetuju sebab mak da tua. Uncle man pon da tua. Ya itulah punca utama mereka tak bersetuju.

Tapi alhamdullilah, akhirnya mereka bersetuju juga dengan muka yang agak ketat. Mak berhak untuk bahagia di usia zaman fasa mereka tua. Uncle man pon da berjanji dengan mak nak bawa mak dan keluarga kami pergi menunaikan umrah guna duit pencen dia. hehe..

Syukur alhamdullilah.. sekurangnya ada juga planning uncle man ni untuk bawa kami beribadat. Tak macam ayah asyik berkepit dengan family satu lagi tu. Kami di abaikan. Geram sangat.

mak dan uncle man telah diijab kabulkan pada 23.6.2019. Dengan hantaran 10k. Banyak juga duit uncle man ni, hihi. Senyum lebar la uncle man dapat mak aku ni. Aku doakan yang terbaik untuk mak dan harap mak kekal bahagia hingga akhir hayat mak.