Dulu tidur pun celah ketiak ayah. Sampai sesuatu terjadi pada aku buatkan aku benci ayah.

Aku anak bongsu Ayah. Aku sangat rapat dengan Ayah, banyak ikut Ayah. Golek tidur celah ketiak Ayah. Baring atas riba waktu Ayah duduk dengar Abang Kakak mengaji. Ikut ayah berpanas di kebun. Ayah suruh masuk, taknak, nak teman Ayah. Kat depan rumah ada pokok mangga rendah yang aku cop sebagai ‘rumah’.

Bila ayah berkebun di laman, aku akan panjat melepak kat ‘rumah’ aku sampai Ibu panggil masuk. Dalam kereta, seat aku ialah di belakang Ayah. Bila Ayah mengantuk aku tukang picit bahu Ayah. Malam2, tidur je di mana2 aku suka. Nanti Ayah angkat masuk bilik. Jadi puteri kesayangan Ayah, masa kecil aku rasa sungguh manis dan mesra.

Aku tension, mengamuk. Diorang benci aku mengamuk. Aku tak berniat nak mengamuk, aku cuma tiru reaksi Ayah bila dia upset. Salah ke? Habis tu aku nak buat macam mana, itu je cara luah perasaan yang aku tahu.

Aku makin distant dengan orang lain. Budak baya aku pun dilarang berkawan dengan aku supaya tak terikut jadi nakal. Kakak aku pun rebel buat masalah dia sendiri.

Ayah tak peduli dengan apa yang kami hadapi. Setiap minggu bila datang jenguk di asrama, masing-masing senyap saja dalam kereta. Apa khabar? Sihat. Mengaji macam mana? Ok. Kalau cakap tak OK, tak best pun apa gunanya. Kami takkan ke mana-mana. Tiada komunikasi.

Eh, duduk dalam bilik pun Ayah dengki. Bagi Ayah, bilik adalah tempat tidur. Siapa duduk dalam bilik maknanya dia tidur. Takde istilah sangka baik dalam diri Ayah. Sekejap lagi Ayah panggil keluar, suruh berkebun. Suruh itu, suruh ini. Aku turut juga dengan benci dan takut. Bukan lagi sayang dan rela.

Jiwa aku makin sakit dibelit peraturan yang kadangkala tak masuk akal. Sebenarnya, hidup penuh peraturan ni tak teruk pun. It’s totally OK. Dengan syarat pelaksanaannya betul. Tapi cara Ayah aku apply segala peraturan ni dengan keganasan. Ugvtan. Amvk. Contohnya bila kami sekeluarga pergi masjid, nampak sweet kan?

Tiada siapa tahu Ayah selalu keluar lambat. Bila dah azan dalam kereta dia mula mengamuk bawak laju2 nak langgar orang, langgar segala bonggol sampai kami semua terhantuk bumbung kereta, maki hamun traffic light. Mengutuk jiran yang masih siram pokok di laman tak pergi masjid.

Abang aku pernah kena tendang masuk longkang sampai luka dahi dia berbekas sampai besar. Kakak kena humban ke table top sampai hidung dia patah. Tapi ibu terlalu takut nak bawa ke klinik. Sapu minyak je biar hidung Kakak baik sendiri. Aku pulak gigit tangan Ayah sebab gayat kena timang. Ayah campak aku ke lantai. Semua kisah ni berlaku waktu umur kami 2-3 tahun macam tu.

Bila nak mengukuhkan ego dia, Ayah terlalu senang menghalau dari rumah. Pernah malam raya, Ayah mengamuk halau aku dan Kakak pergi rumah Nenek. Puncanya, kami tak pergi solat di surau.

Sedara-mara tengah ramai berkumpul, kami menangis2 pergi rumah Nenek dengan muka tebal. Pada kali yang lain, Ayah halau Ibu. Lepas tu bila Ibu ambil barang nak keluar dari rumah, Ayah tanya nak pergi mana? Dia kata dia acah je. Acah kepala bapak. Ayah menghambur kata memang tak fikir hati perasaan orang.

Ayah ingat hafiz-hafizah boleh lahir dengan amuk dan maki. Dengan qudwah yang buruk di rumah. Harap sekolah je ajar kami jadi baik tapi Ayah boleh buat sesuka hati. TIDAK! Tanpa pergaulan yang baik, contoh yang baik, kami tak mampu pun jadi baik. Kami jauh hati dan tak rasa nak doakan Ayah.

Aku makin kecewa dan benci dengan perangai Ayah. Ilmu agama dalam diri buat aku makin dilema, dibayangi perintah-perintah mentaati Ibu Bapa. Taat tu maksudnya Ayah boleh buat sesuka hati macam layan binatang ke? Tuhan, kenapa Kau cuma suruh anak taat pada parents, tapi tak suruh parents layan anak baik-baik?

Sambung belajar ke tanah Arab, baran aku menjadi-jadi. Aku pulak yang control my housemates, sibuk tegur diorang tengok movie. Bila dorg tak bangun Subuh aku mengamuk. Dorang buat pape tak bagitau aku, mengamuk. Hempas pintu. Hempas barang.

Rupanya Ayah tak puas lagi kontrol aku. Ayah nak tentukan pulak aku kerja apa. Mesti jadi pegawai kerajaan berpangkat. Dah siap kabel2 nak dihubungi.

Ayah tak sedar anak dia yang broken-hearted, sekolah pondok ni langsung tak ada skill nak jadi pegawai. Aku lack segala skill. Nak tulis resume pun tak pandai. Apatah lagi nak market diri dalam interview.

Hanya sijil aku yang boleh dibanggakan, tapi aku malu dan tak sanggup ditolak2 begitu main kabel orang dalam. Nampak sangat takde kebolehan sampai nak kena guna kabel.

Stress dengan sikap dan mulut Ayah, aku bawa diri jauh ke selatan. Masa tu aku dah tak mengamuk, tapi hati aku rasa nak membunuh. Kalau tak keluar dari rumah, mungkin aku akan tiikam Ayah atau tiikam diri sendiri. Akhirnya Abang dapat tahu. Abang suruh aku balik KL tinggal dengan dia.

Kenapa aku resign lepas mengamuk? Sebab aku malu dan kecewa dengan diri aku ni yang tak normal macam orang lain. Lama aku berusaha ubah sikap pun mesti ada satu masa terlepas amuk yang menakutkan orang sekeliling. Dan dengan silap yang satu itu la orang define diri aku. Sadly.

Susah nak jumpa kawan yang lurus mata hati, yang menilai aku dengan hati, dan melihat ke dalam hati aku. Susah. I always be the one. Sebab aku tak takut sesiapa dan kawan dengan semua. Tapi nak dapat orang layan aku macam tu? Em…

Aku fikir, mungkin keadaan akan berubah kalau aku gandakan ketaatan pada orang tua. Aku cari kerja yang dekat dengan rumah. Jadi ustazah macam Ayah nak. Everytime Ayah Ibu nak pergi appoinment bagitahu, aku boleh ambik cuti bergaji ke potong gaji ke untuk bawak diorang. Aku tukar kereta yang lebih selesa.

Akhir sekali Ayah padankan aku dengan sorang lagi pensyarah, umur jauh tua dari aku, even lebih tua dari Abang. Bila dengar ura-ura tu aku terus bagitahu, aku taknak.

Ayah jalankan juga belakang aku. Dah beriya2 dengan orang tu, Ayah pujuk aku terima, ajak aku ‘berubat’ sebab dia rasa aku kena guna-guna sebab asyik tolak calon dia.

Itulah kalinya, sejak sekian lama aku meletup kat orang, malam tu aku meletup kat Ayah sendiri. Aku cakap reason aku tolak sebab semuanya ikut kehendak Ayah, langsung tak consider kehendak dan pandangan aku padahal aku yang akan hidup dengan orang tu.

Ayah tak boleh terima, Ayah kutuk aku pulak nak jatuhkan moral aku. Kutuk aku baran, suka baling barang. Aku tepis balik cakap itu perangai siapa yang aku ikut…

Selama ni aku rasa bersalah tak balik rumah. Bengang2, muka masam, hempas pintu pun balik juga. Mana taknya, bila aku takde sibuk pula Ayah tanya2, reka macam2 alasan suruh aku balik. Bila aku balik, ada je yang tak kena. Aku rasa hubungan yang toksik begitu takde makna. Setiap kali nampak perangai Ayah, aku jadi nak mengamuk. Jauhkan diri macam ni lebih baik. Fikiran aku pun lebih jernih.

Satu maghrib aku balik rumah, nampak jiran aku terbongkok2 depan pagar dia. Bila aku sapa datang dekat, nampaklah pagar dia rosak macam dirempuh. Aku rasa tak sedap hati, aku tanya siapa buat?

Dia kata Ayah aku langgar masa nak pergi surau tadi. Hm… mangamuk la tu. Apa lagi. Kesian jiran aku dengan dia sekali kena. Malam tu aku mesej Ibu tanya apa yang berlaku. Kata Ibu, masa nak keluar dari rumah tu Ibu aku tersadung dan terjatuh. Benda tu buat Ayah marah dan marahnya melarut2 sampai masuk kereta dan……. BANG! Reverse langgar pagar jiran.

Ayah aku dah 80 lebih. Amuknya tak surut dengan usia. Seumur hidup aku hadap sikap macam ni, dari orang yang paling rapat, kau rasa macam mana aku tak terkesan?

Dulu aku terpaksa buka album, tengok gambar family, nak kutip balik sisa sayang pada Ayah. Sebagai anak, tentulah aku nak sayang orang tua macam keluarga lain. Tapi, menyayangi orang tua aku terlalu sakit. Untuk menyayangi mereka aku terpaksa buang diri sendiri. Rasa benci tapi itu orang yang paling aku sayang, patut aku sayang. Why do you make it so hard to love you, dad…

Hati kecil aku harap Ibu berpisah dari Ayah. Supaya aku boleh layan Ibu sebaiknya tanpa Ayah. Tapi benda tu takkan berlaku.

Aku Hani. Ini kisah aku dengan Bapak. Entah la perangai Bapak ni gaslighting ke apa. Dalam pada tak suka, aku yang paling kuat mewarisi perangai dia. Bergelut pegang monster aku jangan keluar. Orang kata aku play victim, terima kasihlah. Aku maafkan kau.

Sebab aku tahu bila kita tengah bahagia memang tak boleh faham derita orang lain. Cuma nasihat aku kalau takde benda baik nak cakap lebih baik diamlah… jangan tambah luka orang lain. Ok.

Aku seru, kita semua belajar parenting dan jadi parents yang baik… Ubah diri jadi individu yang baik, yang layak dicontohi oleh generasi baru. Anak-anak kita. Anak-anak bukan hanya mewarisi harta dan rupa, tetapi juga sikap dan jiwa kita. Bila anak buat perangai, jangan kesal. Lihat diri kita dulu apa yang tak kena. Mesti ada. Atau mungkin kita yang ego taknak buka mata.