Dengar anak nangis tiba-tiba nampak pula isteri aku pegang pis@u. Terkejut aku tindakan isteri

Benda ni aku pendam 7 tahun berkahwin. Aku bukan nak buka aib sesiapa disini. Tapi aku perlukan bantuan / cara nak bawa isteri aku jumpa pakar. Isteri aku ada masalah mental.. tapi bukan gila. Aku pun sebenarnya taktahu kondisi dia apa. Takpelah, aku cerita, mungkin ada yang tahu isteri aku ni sebenarnya ada sakit apa..

Pertama sekali, isteri aku ni datang dari keluarga bermasalah. Ibu dia ‘kupu-kupu’ malam. Ayah dia selalu pkul dia masa kecil. Kemudian kahwin dengan isteri baru pastu tinggal dia macam tu je. Jadi, dia terpaksa kerja start umur 13 sambil sekolah menengah secara haram.

Pada awalnya aku tak fikir banyak. Aku cuma ingat isteri aku ni suka melukis. Tu jela.. sampai lah lepas bersalin. Dia tak nak mak aku jaga dia masa pantang. Ibu dia memang dah lama tak contact. Nak upah orang jaga kat rumah, dia pulak taknak. Betul-betul berkeras nak pantang seorang diri.

Aku ni kerja pkul 7 pagi sampai 11 malam.. cari duit lebih demi anak isteri kan.. jadi memang takde kat rumah waktu tu. So isteri yang buat segala benda dari mandikan anak, sediakan makanan sendiri, buat kerja rumah dan lain-lain. (Masa ni dah suruh dia rehat, jahitan dia kat bawah tu banyak, tapi dia kata boleh buat). Aku pun anggap everything is fine.

Sampai lah one day aku cuti.. anak aku menangis tanpa henti. Biasalah baby memang kuat menangis.. tiba-tiba isteri aku ambil pisau. Terkejut beruk aku. Dia cuba nak bvnuh diri dia, aku pujuk slow-slow tak jalan. Aku terpaksa berkeras sikit demi nak dapat pisau tu..

Start kahwin sampai sekarang dia tak pernah tidur sebelum subuh… kalau dia terlelap sebelum subuh, dia akan mimpi ada ayah dia pkul dia.. hentak kepala dia.. dia meracau racau takut… pada awal nya aku buat tak endah. Tapi sekarang ni aku mula rasa yang dia ada satu trauma masa kecil yang dia tak pernah dapat nak buang.

Aku sendiri tak tahu nak tolong macam mana. Kalau aku bawa dia pergi hospital, aku risau doktor panggil aku ni yang glla.. oh ya, disebabkan dia tak boleh tidur malam.. kalau besoknya ada urusan yang kena pergi pagi, dia paksa diri dia untuk pergi jugak.

Dan bila dia tak cukup tidur, perangai dia dari sopan santun, baik hati, lemah lembut, bertukar 360 darjah macam orang tak siuman.. pisau tu dia toreh-toreh kat tangan.. menangis.. sambil ulang yang takda siapa sayangkan dia.. takda siapa nakkan dia.. dia rasa sorang-sorang… padahal setiap kali tu takde angin bergoncang pun.. takde bergduh ke apa pun..

Lukisan-lukisan dia dalam masa 7 tahun ni dah boleh penuh satu bilik.. aku biarkan je asalkan dia bahagia. Tiap kali trauma tu datang, aku akan jaga isteri macam anak kecil. Yang perlu dibelai, perlu didodoikan, perlu dipeluk, ucap perkataan sayang banyak kali tanpa henti.. sampai dia tertidur.. waktu dia normal, semuanya okay.. rumah kemas dengan bersih.. makanan sentiasa ada.. solat cukup.. mengaji.. ajar anak-anak pelajaran..

Tapi, walaupun aku dah dapat cara untuk handle, jauh disudut hati aku. Aku tertanya tanya, betul kah cara aku ni? Ada ke yang aku silap? Aku ingin jugak isteri aku dapat tidur normal macam biasa.. aku sebenarnya taktahu kondisi apa yang ada kat isteri aku.. nak kata depressed pun ada, nak kata tra uma pun ada, nak kata insomnia pun macam ada.. nak kata split personality pun ada..

Aku taktahu nak refer pada siapa.. nanti orang kata aku pulak yang glla.. lagipun aku tak pernah bercerita pasal ni kat sesiapa pun walaupun mak ayah aku sendiri. Lagipun bila dengan diorang, isteri aku ni normal.. hmm..