Peti ais abah rosak, minta tong tong semua senyap. Bila suami tawarkan nak beli baru, tiba2 semua suruh beli yang paling mahal

Baru ni ada terbaca mengenai saranan berkongsi (tong-tong) duit sesama adik-beradik sempena belanja raya. Ada yang menyokong tapi ada yang mengecam. Yang mengecam katanya buat apa nak berkira sesama adik-beradik. Ada betul dan ada tak betulnya.

Bagi pendapat sayalah. Buat yang pernah merasa, tentu faham perasaannya. Bukan berkira tapi jika setiap kali berkumpul ramai-ramai, tidak kira raya, kenduri, perjumpaan keluarga, bercuti, majlis hari jadi, anniversary atau hanya cuti hujung minggu, hanya satu keluarga sahaja yang mengeluarkan belanja, rasanya tidak kena. Tidak adil begitu. Boleh sakit hati.

Anak-anak kami pon kami beli barang murah-murah, takde nak beli baju branded bagai. Sebab kami sedar kami perlu berjimat untuk masa depan.

Tapi sedih la bila kami berjimat anak beranak, tapi orang lain pula sibuk mengikis duit suami. Keluarga suami jenis yang suka belanja besar macam orang kaya tapi tak mampu. Maka selalulah mintak duit dari kami. Kadang-kadang katanya pinjam dulu, lepas tu buat-buat lupa.

Baru ni peti ais rumah mentua rosak. Dorang sibuk cakap sedih kesian itu ini dalam group tapi bila ajak tong-tong beli peti ais baru, masing-masing senyap.

Dah semua senyap, suami aku pula kesian kat mama abah dia, so offer belikan peti ais baru. Bawak la mereka ke kedai. Sibuk pula sorang kakak dia ni nak ikot. Dah ikot dia dan mama dia pilih peti ais yang dorang nak.

And since dorang mesej tu time bekerja, aku dan suami lambat respon sebab fokus kerja. Yang tinggal mahal-mahal je. Tapi terpaksa bayar jugak. Dorang kata takpe, yang mahal-mahal suami aku n aku boleh payung sebab gaji kami tinggi. Berhuhu je la kami. Birthday anak kami pon kami buat kecil-kecilan sebagai kenangan je.

Ada banyak lagi nak ckp tapi aku rasa serabut, geram, kecik hati, sakit hati semua lah. Aku luahan ni dengan harapan dorang baca dan muhasabah diri. Yang tak berkenaan pula, reflek diri, jika ini perangai anda, berubahlah. Kasihanilah insan seperti kami.

Tak banyak duit takpe, kami boleh hulur-hulur ringankan beban dan berkongsi rezeki. Tapi janganlah terlalu dan sentiasa meminta. Duit korang yang kononnya sikit tu pula korang habiskan untuk benda-benda yang tak perlu (makan dekat café hipster, beli baju branded etc).

Tolonglah berubah. Salah satu sebab aku tak suka balik kampung pasal ni la. Selain korang rasa korang je betul, semua salah. Korang je pandai, korang je cantik, korang je kaya.

Aku rimas! Jomla muhasabah sesama. Please.