Aku baru je kahwin. Tgh dlm blik shok2 dgn suami, tiba2 MIL main terjah masuk je bilik kami.

Nama saya Cik Puan Bunga (CPB), baru 2 bulan melayari alam rumah tangga. Saya memilih dia (suami) sebab dia memenuhi ciri lelaki idaman yang saya nak.

Dia sangat baik, dan tahap sabar dia saya kalah, terlalu bersabar orangnya. Bulan pertama perkahwinan, saya menangis, jiwa saya terganggu sebab saya tak pernah laluinya. Menangis disebabkan oleh seorang mertua.

Ok saya ringkaskan kat sini MIL (mother in-law) single dah 29 tahun, suaminya men1nggal dunia. MIL mempunyai 7 orang anak. Keenam anaknya yang lain semua dah berkeluarga dan tinggal jauh di merata negeri. Saya berkahwin dengan si bongsu.

Tunggal bertemu bongsu (saya anak tunggal). Jadinya anaknya si bongsu tu yang tinggal bersama MIL aku. Apa yang saya nak ceritakan ni, bukan saya nak buka aib ke apa, saya cuma perlukan kata-kata semangat dan doa dari kalian agar saya kuat, dan lebih bersabar serta ikhlas terhadap apa yang saya lakukan.

Saya nak emosi saya dalam keadaan yang stabil, saya akan menempuhi final year dalam pengajian aku. MIL saya ni ada masalah kesihatan darah tinggi dan kencing manis.

Selain itu, saya syak dia ada masalah depression macam tu lah, atau bahasa yang mudah faham dia ada penyakit meroyan yang lepas bersalin tu. Benda lama tak dirawat, melarat sehingga sekarang usianya cecah 72 tahun.

Ada masanya dia akan bercakap sorang-sorang, cakap benda merapu, ada anginnya kadang kita buat apa semua tak kena. Kita dah cakap benda tu banyak kali, dia akan bertanya lagi.

Jadi perlu berulang-ulang kalinya. Perkara ni, anak bongsunya (suami aku) pernah ceritakan sebelum berkahwin. Dia mengharapkan saya boleh terima maknya. Saya jawab In Shaa Allah.

Saya tinggal di rumah MIL. Berulang alik balik rumah mak abah saya sendiri. Adakalanya, saya dan suami berada dalam bilik, kami tutup pintu. Dia datang buka pintu, dia nak memastikan anaknya ada, kejap-kejap dia akan datang tanya anaknya.

Saya sabar je melayan. Saya sedih kadang tiada privasi antara kami. Walau pintu sudah berkunci, MIL boleh menolaknya. Kadang macam dia tak boleh terima kenyataan yang anak bongsunya tu dah berkahwin, dia cemburu dengn saya pun ada.

Boleh dikatakan tugas saya sebagai seorang isteri dia take over, semua dia nak buat, bagi makan dan minum dan segalanyalah. Kadang saya rasa hilang function saya sebagai seorang isteri. Sedih saya pendam.

Saya dah lah seorang student, sibul dengan kelas online dan sengainya. Saya terpaksa berkorban masa tidur aku, saya akan pastikan MIL dah tidur malam, saya akan siapkan proses segala bahan untuk memasak lauk dari malam. Kalau tidak semua dia nak buat, kalau bangun pagi tu, akau kena bangun awal lagi dari MIL bangun. 4:30 pagi macam tu.

Saya bangun prepare masak semua tu breakfast dan lunch. Tu belum saya tengah kelas online lagi, dia kalut nak masak, nak lunch pukul 3:40 petang macam tu, pukul 8 pagi dah nak mula masak, saya menangis saya dengan kelas lagi. Dah terang tak pahamnya lagi.

Sebab apa saya kalut nak masak jugak, pernah sekali kakak (anak MIL) dia call ke maknya, dan saya dengar kakak tanya dekat mak, CPB dok buat apa tu?, mak boleh jawab ada dok dalam bilik tidur, bangun, mandi, makan. Berjurai laju air mata aku, sedangkan saya berhempas pulas di dapur.

Tu pun saya lari kejap masak kejap jenguk dalam bilik sebab ada laptop yang tengah on (kelas melalui google meet). MIL saya ni bukan kategori nyanyok, Kadang nampak macam saja nak buat begitu pun ada, ntahlah sukar nak explain.

Dia tahu je hari, kira duit, ingat je nama semua orang. Tapi dia suka cakap benda yang lepas-lepas seperti cerita 5 tahun lepas gitulah. Lagi saya tiada masa berdua dengan suami aku, walau ke tempat dekat sekalipun dia nak ikut.

Saya dan suami nk balik rumah mak abah saya sendiri pun dia nak ikut bermalam. Saya tiap-tiap minggu balik. Ni 2 bulan berturut dah dia ikut kami balik ke rumah mak abah saya tak pernah tak ikut lagi.

Dia boleh ugut suami aku, gini ayatnya “tinggallah mak sorang-sorang, biar mak mati sini”.. Saya terkelu tak boleh nak cakap apa dah. Saya teringin sangat nak keluar lepak berdua dengan suami aku.

Tapi saya tau, saya tak kan dapat macam tu. Kami belum pergi honeymoon, saya tak fikit lagi bab tu, sama ada MIL saya nak ikut ke tak yang tu, tapi sure saya rasa MIL saya akan ikut. Jadinya aki malas lagi nak fikirkan yang tu. Tu belum masuk lagi, bab basuh kain.

Saya ni mudah kecil hati juga, saya tak boleh dengar MIL saya merungut dekat suami aku, sabun habis, beras habis, dan pelbagai lagi, sebab saya terasa, saya ni orang baru masuk rumah mereka, macam saya yang perabis semuanya.

Saya yang dengar ni, saya cakap tak apa mak, CPB akan bawa bekal sendiri semua tu dari rumah. Kain baju diampaian belum kering lagi, dah dikutipnya cakap dah kering. Saya terpaksa pergi sedia semula. Sedangkan dirumah mak abah saya sendiri, habis apa-apa, mak saya berbisik ja, tak cakap keluar.

Tak nak kot ada tetamu atau sesiapa pun yang berada dalam rumah saya ketika itu terasa hati. Bab memasak pula, depan-depan saya komplen yang kakak A kakak B buat elok ja jadi sedap, kena saya buat tak jadi lah. Nasi mentah pun salahkan aku, sedangkan rice cooker tu yang ada problem tak dapat nak berfungsi dengan baik, kadang masak ok, kadang tak ok.

Saya bersabar semuanya. Saya ditemani dengan air mata. Saya masuk dapur, dia masuk dapur. Saya masuk bilik, dia masuk bilik. Saya tak buat apa, MIL pun takkan buat apa. Saya ni masalah bertambah, mak dan abah ak tak selesa pula besan mereka kerap ikut kami.

Ntahlah serba tak kena, dicampur dengan mak saya membebel ke saya itu ini tak selesa, orang tua lain tak asyik ikut, ni ikut..Saya menangis. Patut lah abang-abang suami aku, kakak-kakak ipar saya titip pesan pada aku, “adik banyak bersabar tau” sekarang baru saya faham.

Patutlah mereka jarang sekali balik rumah MIL, satunya mereka memang tak ngam dengan MIL. Maknanya disini, anak-anak MIL aku, dan menantu-menantunya sangat memahami dah sikap dan perangai MIL saya ni. Banyak lagi yang saya nak kongsikan, tapi tak apa lah biarlah yang pahit tu saya telannya.

Cukuplah sekadar base sahaja akau kongsikan. Kalau hingga ke dasar saya kongsikan mengucap panjang kalian semua. Hubungan saya dengan MIL berada pada tahap yang biasa, saya tak sampai lagi tahap saya boleh baring atas tiba, bergurau senda seperti mana yang saya buat dekat mak saya sendiri.

Semua tugas saya buat, saya jaga ja makan pakai minumnya, lipat kainnya. Semua saya buatkan. Tapi masih biasa lagi. Saya hampir nak ke stress, tapi saya amik jalan, saya mengadu pada suami akan semuanya.. dia sedih dengan aku.

Dia tak nak saya stress, dia berjanji dengan saya dia akan cuba cakap dengan maknya. Dia cakap, yang dia perasan saya kurang selera makan, nampak raut wajah saya sedih ja, tapi dia bagi ruang kat aku, dia tak bertanya selagi saya tak bersuara.

Ya, saya tau, saya perlu bersabar, tua kita nanti kita tak tau nasib kita macam mana. Yang pastinya semua akan merasai tua tu. Saya berdoa ja, moga saya dan seluruh ahli keluarga, menghadapi masa tua dengan baik, tak nyanyok, kuat kudrat. Saya juga berdoa moga mak dan abah saya sendiri redha dan ikhlas akan semua ni.

Mereka juga kena belajar untuk terima semua ni buat selama mana saya hidup. Saya dah berjanji dengan diri saya dan suami aku, untuk bagi saya rasa tenang, saya tak akan ambil hati dengan MIL.

Sebab saya sejenis apa yang terjadi, saya pendam dan simpan hari ke hari. Saya sakit macam tu. Saya perlu buang semua tu, saya perlu kuat dan punya hati yang kering. Ni semua untuk nak bagi saya tenang dan tak serabut.

Saya cuba untuk ikhlas dan berkorban semua ni. Ya, selagi hayat saya ada, saya akan laluinya begini selamanya. Ya selamanya! Bila saya dah berkahwin dengannya, saya juga perlu berkahwin sekali dengan keluarganya. Buruk baik saya kena terima.

Yaaa, saya boleh, saya mampu, saya sedang berusaha. Begitu juga dia, buruk baik keluarga aku, suami saya terimanya, dia selalu cakap ini dari sebelum berkahwin lagi. Doakan saya ikhlas dalam setiap perbuatan yang saya lakukan ni.

Saya sayang rumah tangga yang baru saya bina ni. Saya tiada masalah dengan suami aku. Saya sangat takut dengan kehadiran ‘orang ketiga’ atau sesiapa sahaja termasuk MIL aku. Menantu yang baik,