Sy ambil duit suami RM10 beli lauk, kak ipar pula suruh cerai sbb habiskan duit suami.

Aku isteri dan ibu kepada seorang anak.

Bulan puasa haritu aku dan suami diberikan rezeki yang lebih sikit dari sebelum ni (jual kuih raya). Bila kakak ipar, adik ipar dan biras2 perempuan aku dapat tau. Tiba2 tak bercakap dengan saya.

So, aku ignore lagi. Keesokan harinya, aku ada pergi ambil duit suami aku niaga RM10 sebab nak aku nak pergi beli lauk untuk berbuka masa tu kakak ipar tolong jaga kedai suami, aku bgitau kakak ipar yang aku ambil duit RM10, nanti bagitau H ya aku ambil duit dia.

Masa tu muka kakak ipar dah lain dah cara tengok saya. Then, malam tu kakak ipar aku ada whatsapp dalam group send gambar laki aku tengah buat kerja “kesian adik aku, kerja siang malam tapi duit habis ke anak dan bini”.

Lepastu biras2 aku yang lain pun masuk campur seolah2 tak puas hati dengan saya. Aku reply sebab nak pertahankan anak aku yang tak adak seutas emas pun ditubuh dia apa lagi aku “Dah memang tanggungjawab dia jaga anak bini pun” .

Sebab suami aku bagi duit kat aku sebulan tak sampai RM100 pun. Bila diminta selalu tak ada duit, nasib baik lah aku bekerja sambil buat kuih raya. Tapi bila family suami aku minta, suami aku bg je duit ke dieorang walaupun RM100.

Aku minta RM10 pun kena bergaduh dulu baru dapat. Baju anak aku beli dari anak aku lahir sampai harini umur 2 tahun. Suami beli tak sampai 10 pasang as a long anak aku membesar. Suami aku juga ada hutang saya. Then, seorang kakak ipar aku lagi pulak pm aku cakap “Minta lah cerai, sebab adik beradik aku semuanya susah mengaji tak pandai, kau belajar tinggi sampai ke Uni, jadi kau cari lelaki yang kaya yang kau rasa boleh goyang kaki tak perlu makan gaji lagi.

Kalau adik aku tak nak cerai kau, esok aku bagitau dia suruh cerai kau. Berdosa kau buka aib suami cerita dia takbeli baju anak kau”. Nak dijadikan cerita pula bulan Feb 2020, suami kantoi dengan aku main dengan janda, kakak ipar n adik ipar saja yang tau. Masa tu aku nak minta cerai dengan suami tp kakak ipar pesan “Ingat anak kalau nak cerai, kesian dia kecil lagi”.

So, aku reply “Sanggup eh kak sebab duit RM10 nak sruh adik kak cerai, kenapa hrtu dia main janda takbgi aku minta cerai sruh fikir anak. Sejahat2 aku buka aib aku cerita yang adik kak perangai macam tu dekat korang adk beradik je. Lgpun aku tak pernah bomokan laki aku mcm mana kak bomokan suami kak nk bg laki kak sayang kak”.

Tersentap aku min bila kakak ipar pm aku suruh aku minta suami ceraikan saya. Bulan puasa haritu jugak aku ada tolong adik ipar jual kuih raya dia dan aku pon sudah deal dengan harga dia sruh aku jual.

Bila hari nak bayar duit kt dia, dia cakap pula aku jual tak ikut harga dia bagi seolah nak cakap aku makan komisayaen diam2 sedangkan sekupang pun aku takambil sebab nak tolong dia ja. Dah tu berterima kasih apa pun tak.

Then, bila semua cari salah saya, aku habiskan duit suami lah, aku jual kuih tak ikut harga dia lah. Semuanya tak bercakap dengan aku sekarang ni. Aku pula dapat tau dieorang buat group whatsapp bru.

Dan mengumpat pasal aku and cakap dalam group depan biras2 yang dieorang takmengaku aku adik beradik dieorang lagi dah. Yang peliknya adakah dieorang dengki dengan sijil diploma yang aku ada sebab dieorang selalu sgt sebut² “mengaji diploma tapi bodo”.

Antara dieorang semua aku saja lah yang ada diploma pun tapi tak pernah riak pun sbb orang lain smpai Phd relax je. Aku diploma bodo2 je. Bila aku beli baju baru pun dieorang selalu ckp kat biras aku “tukar baju sedia2, baju anak cntik2 beli kat mana, jual kuih untung bnyk mana”. Sekarang aku dah tawar hati.

Raya puasa haritu pun aku tak balik rumah mertua sebab sakit hati dengan dieorang dan mertua aku pun tak dak call tanya sbb aku tau dieorang reka cerita mcm lain dkt mertua bg mertua benci dengan aku mungkin.

Aku kenal mertua aku bukan mcm tu perangai, dia akan call kalau aku tak p rumah dia dalam seminggu. Skrg aku dah tak contact dengan family suami kecuali biras2 yang tak bertalam dua muka. Nak minta pendapat korang apa perlu aku buat?

Sebab bulan depan kenduri adik ipar saya, perlu ke aku pergi sedangkan dieorang tak mengaku aku adik beradik dieorang lagi dah. Sebelum dieorang tau aku dapat tempahan kuih yang banyak, hubungan kami ok je.

Selepas dari tu, dieorang tak cakap dengan aku dan mula cari salah aku sikit2.