Kami berkumpul waktu raya. Mlm tu jam 3 pagi dengar bunyi suara pelik atas katil bilik sebelah. Bila aku jenguk aku terus kejut mak.

Nama aku Az cerita ni berlaku pada Syawal kedua 2tahun lepas. Masa hari raya kedua kami sekeluarga rancang nak pergi bercuti ke Negeri Sembilan.

Jadi, malam tu semua prepare barang-barang nak pergi dan orang yang paling tak sabar mestilah nenek aku. Sebab dia akan dapat jumpa cicit-cicit dia kat sana.

Malam tu, semua tidur awal sebab taknak terlepas kereta api keesoknya.
Disebabkan pagi raya tu semua sibuk melayan tetamu sampai semua pakat tidur awal, tinggallah aku dengan arwah nenek aku.

Sampai je dalam bilik bukak lagu sambil layan mesej-mesej skandal tiba-tiba aku dengar suara nenek aku dok panggil-panggil nama aku.

Aku baru je baring, memang malaslah nak bangun dengan ruang tamu dah macam medan perang yang penuh dengan periuk apinya.

Tapi bila aku menyahut dia panggil, dia senyap pulak. Mainan perasaan aku jer kut. Malas nak melayan, aku pakai earphone, lepas tu terus tidur.

Dalam pukul tiga pagi, aku dengar macam suara orang semput plus tersedak kuat bunyinya. Sampaikan aku yang pakai earphone volume 15 pun boleh dengar.

Aku cabut earphone, aku amati bunyi tu. Sah bunyi tu datang dari ruang tamu tempat arwah tidur. Berlari-lari aku ke sana dengan gelap dan kepala sedara mara yang bersepah dekat situ.

You all tahu apa yang ustaz tu cakap? Arwah nenek aku ada membela. Saka nenek tua rambut putih bertongkat muka hancur ustaz tu cakap. Arwah sakit sebab saka tu lah.

Dia mengamuk tak dapat makan lalu dia tindih arwah sebab tak bagi makan. Dia nak b***h arwah malam tu tapi sebabkan aku tersedar pada malam tu, dia lepaskan dulu arwah.

Dia target aku pulak sebab kacau plan dia nak b***h arwah, perasaan cuak aku tak dapat digambarkan.

Malam tu aku mimpi seseorang datang suruh cari buluh apa entah warna kuning. Dia suruh aku letak dekat bawah bantal arwah.

Ustaz tu kata lagi, dulu nenek aku memang pernah nak buang. Masa lahirkan mak aku, kalau tak silap.

Nenek aku buat perjanjian dengan benda tu, jangan muncul lagi sampai keturunan ketiga. Sebabnya dia berjanji macam tu ialah; dia ingatkan nak gugurkan mak aku dalam kandungannya.

Tapi hidayah Allah tu besar. Mak aku selamat dilahirkan. Tapi saka tu muncul balik. Dia cari anak nombor tiga, iaitu adik aku. Sampailah sekarang ni, nak buang boleh, tapi saka tu pasti datang balik.

Nak tak nak, malam tu juga kumpul adik-beradik mak aku dekat rumah ustaz, nak buang benda ni

Janji tetap janji. Saka tu akan datang balik tapi dalam jangka masa tiga dekad lagi. Nenek aku pergi masa malam tu juga. Sedih tak payah cakap.

Alhamdulillah, semuanya dah selesai. Tapi dalam iktiar lagi cara nak buang saka tu sampai sekarang.

*Maaf kalau ada kesalahan tatabahasa sikit, sebab aku ni masih bersekolah menengah lagi. Lagi satu, perkataan ‘aku’ tu hanya untuk sedapkan cerita. Maaf kalau terlalu kasar.

Al-Fatihah Nenek.