Allahuakabar. Itulah suara Abah. Sejurus abah Mel mengangkat takbir, suasana rumah menjadi lain dan Suram

Bapak borek anak rintik kan? Dahulukan yang tua. Hormat menghormati inshaallah diberkati.

Haaa boleh agakla kan berapa sewa rumah pada tahun tersebut. Dihitung sesama 6 orang kawan dalam satu rumah, sambil mengambil upah bekerja di bendang lepas pulang sekolah cukuplah untuk anak-anak remaja tersebut menghuni di rumah itu. Orang dulu-dulu kan banyak berdikari.

Lepas dah selesai urusan dengan tuan rumah. Dah bayar duit muka, maka abah Mel, Mat, Tobek, Paktam, Capang, Mail masuk rumah secara rasmi.

Rumah tak perlu bersihkan dah. Memang sebelum disewakan, tuan rumah dah kemas. Tapi takdak la perabot. Tidur atas lantai pon jadi. Bujang kan. Lelaki pulak tu. Tak ambil endah sangat.

Lewat petang juga masa tu. Sesama diorang pon bergilir-gilir membersihkan diri memandangkan bilik air cuma satu. Sambil menunggu giliran, ada yang meninjau pemandangan luar rumah, ada yang bermalas-malasan di atas tikar mengkuang, dan Mail, keluar pergi halaman rumah sebelum masuk semula dengan seikat pisang ditangannya.

“Weyh, jom makan. Ada pokok pisang tuan rumah. Aku rasa boleh ja makan. Dah kita semua sewa kat sini kan”. Ajak Mail.

Paktam gegas menutup tingkap belakang. Matanya melirik ke arah satu rumah usang di tengah hutan yang pada kiranya tidak lagi berpenghuni.

Tobek dan Mat dah bangun untuk turut berjemaah solat maghrib. Capang masih duduk di penjuru rumah sambil menghisap rokok. Mail hanya bermalas-malasan melayan diri.

“Oi Mail, aku nak mayang sat. Hang tolong tengok nah nasi tu. Hangit satgi apa pon tak dapat”.

Abah Mel berpesan kepada Mail sebelum bergerak ke dalam bilik untuk menunaikan solat maghrib.

“ALLAH…. HU AKBAR”. Sejurus abah Mel mengangkat takbir, suasana rumah menjadi lain. Suram. Tingkap rumah ada 5.

“Ekkkkkkkk….”. Tingkap tutup semula. Tapi kali ni Mail diam. Sebab angin m**i. Angin mana pula yang tolak tingkap halus je tertutup semula. Sedang di dalam bilik, jemaah masih meneruskan solat. Mail diam kaku.

“Woi, hang kena sampuk ka Mail?”. Capang menyapa dari belakang. Terperanjat Mail yang sedari tadi jantung berlari laju.

“Celaka hang Capang! Kot ye pon bagi la salam. Ni teruih sergah aku. Maunye m**i awal aku macam ni. Dak.. Tingkap ni bukak tutup sendiri la tadi Capang oi”.

“Hahahaa ada-ada saja la hang ni Mail aih. Baik hang pi mandi lekaih. Satgi abeh waktu maghrib”.

“Ekkkkk…….” .

Mail menguis lengan Capang. “Hang dengaq dak tu…?” Bisiknya. Capang menuju ke halaman rumah.

‘Ingat Allah.. Allah.. ‘. Hatinya berbisik. Dah kalau kawan yang lain rilek solat.. takkan dia nak lari lintang pukang sorang-sorang?

Tak “gentleman” lah. Tak mahu nya di ejek penakut. Kusyuk memang terbang dari awal angkat takbir dah..

Bang!!!! Pintu rumah yang tadinya dikunci terhempas dan terbuka dua. Abah Mel dan yang lain dah habis solat terus meluru ke arah Mail dan Capang yang hanya duduk mendiam diri. Mata kedua-duanya terbeliak melihat pintu tersebut.

“Tadi hang kunci kan Capang…” lesu nada Mail bertanya. Buntu.

“Dia tak main bukak tutup pelan-pelan dah Zam… dia main hempas-hempas sampai nak ranap rumah kita ni”. Tobek memperli tindakan tetamu tak diundang itu.

Malam tu semua berkumpul di tengah ruang tamu. Hampir sejam mereka hanya mendiamkan diri. Pendinding diri di pasang rapi. Mail kelihatan pucat sangat.

Tak dinafikan, Mail lemah semangat orangnya.
Abah Mel dan kawan-kawan duduk rapat dengan dia. Risau dia rebah.

“Pang!!!””. Tingkap dapur menghempas lagi. Bayangkan dalam keadaan malam yang sunyi, angin yang m**i, tiba-tiba pintu dan tingkap seolah-olah melambai dalam ribut kencang. Cuak tak cuak? Keenam-enam kepala pon berpaling ke arah tingkap tersebut.

Gelap malam di dalam hutan tebal, mana mungkin boleh terlihat lagi rumah kosong itu kan? Tapi tidak pada malam ini. Seolah-olah cahaya menerangi rumah tersebut.

Tau dak, dalam keadaan hati masing-masing gundah gulana, ‘benda’ tu nak tunjuk apa lagi yang ‘dia’ boleh buat.

Abah Mel membaca 7 bismillah, al fatihah, selawat syifaa, ayat kursi lalu ditiup ke ubun-ubun Mail. Muntah Mail pada ketika itu. Lendir-lendir kuning pisang tadi habis semua diluahnya!

“Hurm.. kita dah buat dia marah ni. Lain kali aku harap hampa ambil sebagai pengajaran. Jangan sesekali dok suka hati riak kat tempat orang.. suka hati ambil yang bukan hak kita”.

Abah Mel merendahkan suara. Tulus menasihati sahabatnya. Semua mengangguk perlahan. Masing-masing tak tertahan lagi.
Menitis air mata Mail. Terasa lemah tiada kudrat lagi.

“Zam, aku rasa elok kita keluar lah dari rumah ni. Kesian tengok kawan kita”. Muka gelisah Paktam bersuara. Bukannya apa, dia kenal abah Mel dah lama. Jadi Paktam, Mat dan Tobek sudah bersedia dengan keadaan yang sebegini.

Tapi kesianlah dengan dua kawan mereka tu. Tiba-tiba kena yang mengganas terus, memang terkejut lah.

“Teruskan berjalan.. hiraukan yang lain, hati ingat Allah. Mat mengingatkan mereka.

Sesekali derapan itu terdengar mengejar dan berhenti di hadapan mereka. Abah Mel nampak. Nampak segala jenis jelmaan “dia” dari mula gangguan.

Tapi diabaikan agar rakan yang lain tidak panik. Boleh dikatakan sepanjang perjalanan tu, anjing menyalak seperti serigala.

“Auuuuuuuuuu…” panjang salakan seperti menyeru sesuatu. Allah saja yang tahu debaran. Tak kira lah kau lelaki atau perempuan. Sekali kalau di ganggu, yang tidak kuat pasti gugur.

Alhamdulillah, tinggal seratus meter untuk sampai di rumah kakak abah Mel. Semua berasa lega dan bergegas. Tidak abah Mel. Dia menyuruh mereka sahaja yang pergi dahulu.

Setelah berbual panjang dengan tuan rumah, barulah mereka tahu pokok pisang yang Mail petik buahnya itu berpenghuni. ‘Dia’ marah sebab Mail tiada adab telah mengganggu ‘rumahnya’.

Tuan rumah memohon maaf kerana tidak memberitahu rahsia tersebut. Mail juga memohon maaf di atas ketelanjuran sikapnya tempoh hari. Alhamdulillah.

Moga-moga menjadi pelajaran kepada kita. pergi mana pon, pesan pada diri.. jumpa barang lama, cengkerang, botol di laut, atau seperti pokok tidak bertuan tadi, jaga adab.

Nak buang air ke.. sopan-sopan sikit. Sebab kita tak nampak alam lagi satu yang juga berpenghuni di muka bumi ni.

Dah kalau awak kencing atas anak jin, maunye dia tak marah ?Jangan ambil sembarangan. Takut-takut barang yang diambil tu bertuan atau ‘ ‘diletakkan tuan’ padanya. Nanti mudarat pada diri sendiri.

Wallahualam. Terima kasih.