Along tegas orgnya semua takut. Inilah reaksi along lepas kahwin bila kena marah dgn isteri depan org ramai.

Nama saya Zu, anak ketiga dari empat adik beradik.

Saya seorang sahaja anak perempuan dalam keluarga jadi kebanyakan kerja rumah, saya yang buat memandangkan mak ibu tunggal.

Ayah meningggal sebab saakit jantung waktu saya umur 9 tahun, sekarang saya sedang sambung belajar di sebuah pusat pengajian awam.

Tapi, bukan itu yang saya nak kongsikan di sini. saya nak kongsi pasal kakak ipar saya. Kalau dia baca ni, semoga hati akak lembut dan boleh terima.

Zu tak tahu nak cakap macam mana so Zu guna medium yang ada untuk kebaikan kita bersama (Kakak ipar saya pembaca tegar IIUM confession. Dia selalu share post)

Kalau sebelum ni, sayalah satu satunya perempuan dalam keluarga kecil selain mak. Sebelum ni pun kalau abang abang balik, saya lah buat air, sayalah buatkan kek, even maggi kari dua minit tu pun nak saya buat.

Yang paling bestnya, along saya yang dah kawin tu pun kalau nak kopi ke apa, still request kat saya, ya walaupun isteri dia sedang duduk bersenang.

Saya cuma anggap dia nak bermanja dengan saya. Lagipun dia abang saya jadi saya tak kisah langsung tapi bila penat tu, memang saya berasap jugak la. Harus tarik muka.

Lepas beberapa bulan kahwin, kakak ipar saya ni mula tunjuk perangai yang tak berapa enak didengar, tak berapa elok dilihat. Sejak tu, dia dah pandai marah marah along saya depan khalayak.

Ya, even depan mak, saya dan adik beradik lain, even depan jiran jiran. Untuk pengetahuan semua, along saya merupakan seorang yang tersangatlah tegas.

Mak saya ni pulak, seorang yang agak sensitif lagi lagi lepas ayah meningggal. Bila menantu dia marah anak dia depan depan dia, dia hanya mampu terdiam dan menahan sedih.

Mak makan hati. Adik beradik lain mungkin tak tahu tapi saya ni, satu satunya kawan yang dia ada, yang dia boleh luahkan semuanya pada saya. Dia curahkan air mata dia dalam pelukan saya. Adik beradik lain tak pernah tahu.

Mak selalu menangis pada saya, sedih dengan nasib along. Mak selalu berkira-kira sendiri; berapa lama lagi along akan bertahan.

Bertahan dari mahligai yang sepatutnya menjanjikan kebahagiaan tetapi sebaliknya yang along dapat. Bila dah lama kahwin, mereka masih lagi macam tu.

Mak pernah pergi rumah along atas permintaan along sendiri. Katanya, dia rindu sangat pada mak. Maklumlah, kami di selatan Malaysia, dia pula di Kangar. Mak hanya menurut. Dia ambil mak, bawak ke Perlis.

Tak tahulah kalau tak kena di tekak dia. Setiap kali lapar, along layan dia, belikan nasi bungkus. Malam makan luar even balik rumah mak. Mak tak pernah cakap dia terasa tapi jauh di sudut hati dia, saya cukup faham.

Bila abang dalam perjalanan balik, mak akan suruh saya keluar awal awal untuk bungkuskan makanan untuk mereka. Tak tahu kenapa, tapi hati perempuan saya sangat terguris.

Along yang dulunya telur dadar sekalipun, sayalah yang masakkan, air, saya yang bancuhkan. Tapi sekarang, lebih senang untuk makan di luar. Apalah ertinya pulang ke rumah kalau makannya di luar?

Untuk akak, Zu minta maaf. Zu harap lepas ni akak bantu la juga Zu di dapur. Tolong potong potong sayur pun jadilah. Janganlah asyik mengadap henfon ya.

Zu pun tahu penat. Kalau Zu balik rumah, bukannya Zu balik tangan kosong. Assignment tak pernah menjauh dari seorang yang bernama pelajar, wahai akak.

Kerana, menghormati suami itu suatu kewajipan. Jadi, siapalah akak untuk menafikan kewajipan tersebut? Walhal Asiah yang bersuamikan Firauan pun hormatnya pada suami tidak terkata.

Zu harap akak fikir sematang-matangya.

Wassalam..