Tengah tunggu bas terima wasap dari bonda cakap salam. Aku jadi pelik dan terus call tapi yang angkat nurse.

Kenali aku dengan nama adik. aku anak bongsu dari 4 beradik. abah aku penghidap braain tum0r stage 4. sekarang terlantar dari awal tahun 2016 sampai sekarang.

mak aku pula mempunyai penyaakit 5 serangkai buah kencing manis, jantung, darrah tinggi, paru2 berair dan buah pinggang.

Mak aku nie memang sangat2 supporting punya orang la.. sampai aku dengan kakak2 aku tak da rahsia langsung dengan dia.

kira dia tempat kami luah segala masalah bukan setakat kami ja abang aku yang laki tu pon sama. kira hal satu family dia yang uruskan. hebat mak aku ni.

bulan 5 2017 mak terpaksa menanggung saakit apabila buah pinggang rosak teruk. terpaksa menjalani diaalisis.

kakak2 aku pula akan bantu darj segi kewangan. bila mak jatuh saakit macam tu rasa terbeban sangat. iyalah mak yang uruskan segalanya waktu dia sihat.

hujung 2017 bulan 12 aku cuti dari sebelum krimas sampai laa happy new years. time tu aku uruskan segalanya tentang mak.

time tu pula kaki mak jadi makan air dekat tumit dy sebab selama nie dia dok mandi dia tak boleh nak lap kaki dia disebabkan bengkak dri perut hingga seluruh kaki.

aku la yg tolong dia cucikan kaki mandikan dia uruskan dia. satu ari tu aku teman mak buat diaalisis. selalu memang bila mak buat dialisis aku balik rumah.

mak yang suruh tapi hari tu mak tak bagi. dia cakap teman la mak. adik tu kekuatan mak. dengar ayat tu terus aku rasa sebak. aku teman mak sampai abis dia buat diaalisis.

apa dia nak aku beli. bila aku nak balik tempat belajar selalunya aku akan minta mak cium dahi aku. tapi aritu berbeza. mak tarik aku mak ciium dahi aku mak peluk aku. sebak wey time tu. rasa tak nak tinggal mak ja. mak cakap jaga diri.

aku cerita pasal kaki mak dengan kawan aku. aku cakap kaki mak tu isi dia putih. mana la aku tahu kaki putih tu nanah. bila kawan aku cakap nanah aku terus call mak.

cakap mak g hospital tunjuk doktor. mak cakap doktor kata okey. ari2 aku call akan tanya pasal mak. bergurau gan dia. ada niat nak balik sabtu ahad tapi kewangan aku xkukuh. kena save duit.

jadi lepas rindu dengan call ja la. bergurau gan dia balik cuti nanti kita ajak la kakak pergi peneng mak makan2 dekat sana. mak pon iyakan aja kata2 aku.

15/1/18 aku call mak. memang lepas magrib aku akan call mak. mak cerita yang di pergi klinik. klinik penawar tak salah aku nama dia. dia cita doktor tu cakap kaki mak xdah teruk.

aku terus buat keputusan nak berhenti belajar nak jaga mak. kira aku dah bagitau pensyarah aku. petang tu aku nak balik perlis.

nak dijadikan cita tiket bus abis awal. tak terfikir pula ets. tiket aku kol 6pm tu paling awal. aku siap2 minta kawan aku hantar dekat terminal.

waktu dekat terminal tengah tunggu bus tertiba masuk msj group dari bonda. dia cakap salam. aik pelik aku tertiba mak cakap salam. aku pon terus call.

rupanya nurse yang watsap. dia cakap mak tenat. allah rasa nak luruh jantung time tu. nurse minta aku call waris terdekat. aku call abang aku tak angkat.

last2 aku call jiran aku suruh bagitau abang aku. gelisah aku time tu rasa lambat sangat waktu berlalu. jam 5 abang aku call bagitahu mak dah tak ada.

past kawan aku sowang tu cakap la mak dia maningal. abang yang tolong aku siap offer aku balik sebab dia driver bus. tapi aku tunggu kakak aku.

kawan2 aku la teman aku tunggu kakak aku dari kl. kira aku tunggu diorang dekat tol ipoh selatan. dri kol 7 sampai kol 9 baru diorang sampai.

kira aku balik kampung dalam keadaan basah. waktu kami dekat kuala kangsar pakngah aku call dia cakap tak pa la hampa tak payah kalut2 bawa kereta lepas isyak dah nak simpan..

allah weyh time tu rasa luluh down gila.. tak boleh nak tatap mak buat kali terakhir. kol 10 semuanya selamat. kakak pon dah slow ja bawa tak laju2.

kol 1pg sampai perlis. abang aku minta maaf sebab tak boleh tunggu kami sebab nak cepat2kan urusan sian jenazah. keadaan kaki mak dah menanah.

maaf kalau bosan aku cuma ingin meluah rasa. hargailah ibu ayah kita selagi mereka masih ada.. salam sayang dari aku