6 petang, tgh lepak2 dgn family dekat luar rumah, tetiba dgr bunyi macam mengilai tp pendek je bunyi. Semua tertanya-tanya

Berdasarkan pengalaman sendiri, tentang saka nenek aku. Aku gelarkan diri aku Uchiha jelah ye.

Kejadian ni masa aku Form 5, time tu nenek aku datang duduk dengan family aku, kalau tak sebelum ni dia stay sorang je dekat rumah lama dia tu.

Dia tinggal dengan kitorang sebab dia takut nak stay sorang2, dia kata ada benda ganggu malam2.

Okay, rumah aku yang sekarang ni dekat2 je dengan rumah tok belah mak aku. Yang datang tinggal dengan aku tu nenek belah abah aku okay, jangan confuse pulak.

*nenek=belah ABAH yg ada SAKA tu, *tok=belah MAK aku, alim sikit tok aku ni. (dua2 perempuan).

Mak aku kata dari muda2 lagi memang dah tak solat. Hmm. Okay, masa mak aku nak kejutkan tok aku tu, rupa2nya tok aku dah bangun, tapi dia tak boleh nak bergerak sebab lidah dia macam kena tarik kebawah oleh something.

Then lepas mak aku baca2 ayat Qursi apa semua, baru lah tok aku boleh bergerak. Tapi effect dia sampai 2 hari lebih tok aku tak boleh bercakap! Jangan main2.

Haa, tapi time tu kitorang tak tahu lagi sebab apa, kitorang pun tak fikir apa2 sebab tanah tu memang keras pun.

And satu demi satu kejadian pelik berlaku lepas tu, aku ringkaskan jelah eh, contohnya elektrik tiba2 m**i, lepas tu hidup balik, kadang2 tu sampai 3x sehari.

Time siang2 dia tak nak m**i, time malam2 je. Hmm, bijak. Then, bila masuk bilik air just saja2 untuk basuh kaki ke apa, pintu akan tertutup sendiri.

Time tu Allah je tahu macam mana perasaan kitorang semua, masing2 terkumat kamit baca ayat2 suci yang terlintas dlm otak, then tak lama lepas tu hilang.

Selain drpd tu, masa pukul 6 lebih petang, time tu family aku tengah lepak2 dekat luar rumah, and tetiba terdengar bunyi something, macam mengilai tapi dalam irama yg pendek2.

And guess what? Thats langsuir! Macam mana kitorang tahu? Sebab mak aku dah pernah dengar bunyi tu. Time tu aku dengan adik2 aku bangang, sebab kitorang pergi sahut balik bunyi tu, terus mak aku suruh masuk rumah

then lepas mak aku bagitahu tu sumpah rasa seram sejuk bai. Sebab bunyi dia nyaring macam burung, sebab tu kitorang pergi sahut2 bunyi tu balik.

Yang paling tak tahan, masa tengah makan dekat dapur, dengar macam ada something pijak2 bumbung, kuat, dari arah ruang tamu sampai lah ke dapur, elok2 dekat dapur terus stop bunyi tu,

tok aku jadi tak sedap hati, dia rasa macam ada something yang perhatikan dia, then tok aku pun bagitahu la mak aku, why not panggil ustaz datang tengok2 kan.

Then mak aku pun setuju, lps dah bincang dengan abah aku apa semua, ustaz yang abah aku cari tu pun datang, haa, masa first2 dia datang tu, dia pergi lah check nenek aku, tp nenek aku cam rileks je,

so kitorang pun ingat tak ada apa2 la, lepas tu ustaz tu pun sembang2 dengan nenek aku, and kadang2 tu dia banyak berdiam je, kitorang nak menyampuk pun tak berani, lama jugak weh,

huhu, lepas tu ustaz tu datang dekat kitorang and dia bagitahu sebenarnya nenek aku tu betul2 dah parah, sebab apa? Sebab dekat nenek aku ada 9 ekor yang tengah menumpang badan dia!

9 ekor weh! Bukannya sekor dua. Ustaz tu bagitahu, salah sekor tu saka keturunan, lepas tu yang lagi 8 ekor tu hantu raya yang tuan dia dah meninggal, lepas tu langsuir and apa lagi entah aku tak ingat.

Over je lebih drama tu semua, sedangkan realiti nya tak pun. Ustaz tu start dengan doa, dia suruh satu family aku duduk dekat situ and ikut dia berdoa sekali, serious panjang gila weh.

Tapi dalam bahasa melayu lah, yang paling aku ingat masa berdoa tu “lindungi kluarga dan keturunan kami drpd bnd2 syirik, jauhkn saka ap smua tu dri kturunan aku, lps tu yg lain2 tu sumpah aku tak igt.

Then ustaz tu teruskan doa dlm bahasa Arab tp time tu ustaz tu kata tak yah ikut dah. So kitrg perhati kan jelah.

Lepas habis berdoa dia ikat kain hitam dekat celah2 jari kaki nenek aku secara bersilang, lepas tu dia tarik pelan2 kain tu sambil baca ayat2 suci al Quran, nenek aku tak meronta teruk2 macam dalam filem, tapi nenek aku punya pandangan mata dia tak yah cakap lah, macam nak terkam ustaz tu.

And nenek aku just macam pusing2kn kepala dia ke kiri ke kanan, lepas tu macam mendengus sikit.

Rupa2nya selama ni arwah nenek aku memang dah tak ada, tapi disebabkan 8 ekor iblis yang menumpang badan dia tu, so nampak macam hidup lagi. No wonder lah arwah dulu mengesot je.

Kepada sesiapa yang rasa ragu2 dengan cerita aku ni, aku doakan salah sorang ahli keluarga atau saudara terdekat kau kena macam ni, time tu baru korang tahu langit tinggi rendah.

Tak perlu tunggu sesuatu untuk jadi depan mata baru nak percaya, sebab syaitan dan iblis memang wujud, dan kaum2 ‘diorang’ akan terus menghancurkan cucu2 Nabi Adam sampai lah terjadinya hari Kiamat nanti.