Gaji aku lagi tinggi dan aku mula jatuh hati dgn Syakir. Sebab perangai suami yang buat aku jadi macam ini.

Sesungguhnya aku adalah hamba paling hina di dunia Mu. Sesungguhnya aku telah jauh menyimpang.

Mereka kata jangan pernah putus asa dengan Rahmat Allah, tapi malangnya aku adalah golongan yang telah lama meninggalkan sejadah.. Telah lama hitam hatinya.. Telah lama berputus asa dengan segala-galanya..

Dah lama aku simpan kisah kotor aku. Sebab aku tak tahu pada siapa patut aku mengadu. Pada Allah? Allah dengar ke..

Aku nak cerita tapi aku takut ada dari kalangan pembaca yang tahu siapa aku.. Tapi aku dah tak tertanggung rasa ni sorang diri..

Luaran aku sama sahaja macam perempuan lain. Aku ada kerja, ada rumah, ada kereta, dan aku ada suami dan anak. I was raised in a small family of three, where I am the only child to my parents.

Aku baru sahaja berusia 15 tahun waktu itu. Aku kecewa. Sekali lagi aku rasa Tuhan itu tak adil. Kenapa ambil ibu terlalu awal. Aku mula menjadi bertambah diam.

Sehinggalah beberapa bulan selepas itu, ayah berjumpa jodoh yang lain. Lagi sekali aku terusik. Kenapa cepat ayah dapat pengganti? Ayah dah lupa pada ibu ke? Dan aku menjadi semakin pendiam dan bercakap bila perlu sahaja.

Aku teruskan hidup sama macam yang lain-lain. Cumanya aku simpan segala apa yang aku rasa dalam hati.

Rasa yang terkumpul ni mula membuatkan aku rasa seperti nak rebel, nak memberontak. Tapi aku pilih untuk diam.

Selepas tamat SPM, aku dapat tawaran untuk meneruskan pengajian di sebuah IPT. Buat pertama kalinya aku tidak duduk sebumbung bersama keluarga aku. Dan di sinilah aku mula mengenali perkara-perkara yang tak sepatutnya aku lakukan.

Duduk di rumah sewa. Bawa kawan sekerja (Khalid) datang rumah, dan faham-faham sendiri.. Khalid yang pada ketika itu sudah bertunang dan akan berkahwin.

Tapi kami lakukan atas dasar suka sama suka. Dan perbuatan itu berterusan. Kami kawan, tapi lebih dari sekadar kawan. Di pejabat berlagak macam biasa tapi bila di luar waktu pejabat, ada masa kami bersama.

Khalid kemudiannya melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya. I attended his wedding, but I felt bad toward his wife.

Tapi aku diam. Perkara itu tetap menjadi rahsia antara aku dan Khalid. Aku ingat, lepas Khalid dah kahwin, kami tak akan bersama lagi. Tapi aku salah. Aku dan Khalid masih berhubung dan masih bersama. Aku perempuan jijik.

Tak berapa lama lepas itu, aku mula berkenalan dengan Syakir. Kami berkawan, dan decided untuk declare. Syakir lelaki yang biasa-biasa.

Sehinggalah tiba proses pernikahan. Aku ada masalah dalam mencari wali. Long story short, aku dapat berjumpa dengan mak dan ayah kandung aku.

Apa yang aku boleh cerita di sini, itu lah pertama kali aku berjumpa dengan mereka. Dan mereka tidak duduk sebumbung. Aku buat permohonan untuk dapatkan wali hakim.

Dan kami bertiga telah dipanggil untuk dibicarakan di depan hakim mahkamah syariah di dalam satu kamar yang asing. Mula-mula Hakim panggil ayah kandung aku dan aku untuk duduk di hadapannya.

Ayah disuruh untuk angkat sumpah bersama Al-Quran agar memberikan keterangan yang benar-benar sahih. Hakim tanya banyak soalan, tapi satu sahaja sudah cukup untuk membuat aku terluka, untuk sekelian kalinya.

Lelaki yang aku fikir ayah kandung aku mengatakan yang aku ni bukan anak dia. Terima kasih atas statement itu.

Boleh pula sorang mengaku anak, tapi sorang lagi tak mengaku anak. Lagi sekali aku persoalkan, adilkah Tuhan pada aku?

Dipendekkan cerita, Syakir dan keluarga bakal mertua terima aku seadanya. Dan kami meneruskan upacara pernikahan.

Kisah yang terjadi di kamar mahkamah, aku ceritakan pada Khalid. Aku dan Khalid memang rapat, dan lebih dari sekadar rapat..

Sehinggalah majlis berlangsung, Khalid bersama isteri dan seorang anaknya hadir ke majlis aku.

Kami berpandangan. Aku anggap, pernikahan aku ini menjadi penamat buat hubungan terlarang aku dan Khalid.

Setahun bersama Syakir yang kini adalah suami. Aku mula perasan perangai sebenar dia. Nak ajak solat tapi sampai bersuruh. Tak suruh tak buat.

Duit nafkah? Barangan rumah? Boleh dikira berapa kali sahaja Syakir bagi pada aku. Mungkin sebab aku bekerja gaji lebih tinggi dari dia, dan aku boleh support hidup aku dan anak aku.

Aku mula jauh hati dengan Syakir. Aku jadi malas nak mengajak melakukan solat jemaah. Dia pun tak ada nak ajak aku. Kadang-kadang aku selalu menangis sendiri bila baca coretan Ustaz Ebit Liew.

Cemburu sangat-sangat pada isterinya. Macam terhiris hati aku bila membaca tulisan lembut Ustaz. Aku tak merasa pun apa yang isteri Ustaz tu rasa.

Makin lama, hati aku makin kosong. Hidup sekadar bangun pagi, hantar anak ke rumah penjaga, pergi kerja, pulun dengan kerja dan balik ambil anak, masak makan malam itupun kalau rajin, kemudian tidur. Rutin yang sama.

Khalid pula sekarang dah bertukar kerja di Selatan. Dan kami sudah lama tidak berhubung. Hinggalah satu hari aku ada mesyuarat di kawasan Khalid bekerja. Dan..

bermulalah satu lagi dosa yang telah lama aku tinggalkan.. Kali ini aku betul betul rasa aku ini lebih hina sehina-hina manusia… Aku gagal lagi dan lagi….

Tuhan. Tolong aku. Aku tak tahu apa yang akan jadi pada aku untuk masa akan datang. Hati aku hitam. Jiwa aku kosong. Aku tak jumpa mana kiblat.

Aku tak jumpa mana sejadah. Jauh sangat Kau palingkan aku dari Rahmat Kau. Sempat ke aku bertaubat? Aku susah nak istiqomah. Aku isteri yang menempah neraka… Aku ibu yang tak guna…

Adakah masih ada peluang untuk aku mati dalam rahmat Mu.