Sedang aku tenangkan Kemal, tiba2 bunyi tapak kasut dtg dr belakang aku. “Tap. tap. tap.” Aku ingat kawan aku rupanya ada sesuatu yg lain

Kami adalah sekawan yang suka akan permainan menembak(kalau diberi peluang untuk cuba senapang sebenar, takkan kami lepaskan peluang keemasan ini. Haha).

Pendek cerita kitaorang ni suka main senapang getah. Kami akan bermain senapang getah ni dimana mana saja tempat yang kami mahu.

Aku tinggal di sekitar kawasan Flat JKR, Jalan Laksamana(tempat ni di Perak. Daerah mana tu aku rahsiakanlah) di belakang Flat ni ada lagi satu Flat yang sama tapi telah usang atau angker sebab sudah terlalu lama tiada penghuni.

Jarak antara dua Flat ini dalam 70meter, dan diantara panjang 70m tu, ada satu gelanggang sepak takraw (gelanggang ni kekadang je ada orang guna, tak macam dulu masa Flat tu ramai penghuni).

“Hak alaa lek aa. Karut je semua tu. Jangan percaya sgt ape yang orang cite.” Man menjawab dan cuba untuk meyakinkan kami semua.

Lalu kami pun bersetuju untuk menjadikan Flat itu sbg medan peperangan pada petang tu. Kami gerak ke Flat tu jam 5 petang.

Tibanya kami di bawah Flat itu. Terus saja kami masuk kedalam tanpa rasa ragu walaupun berdiri bulu roma masa tu.

“Blok ni ada 4 tingkat. Kita berpecah ikut team.”-Waled

“Ok! Geng A gerak tingkat 2 dan Geng B tingkat 4.”-Sapik

“Kami B dah sedia!” jeritKu untuk memberitahu Team A di tingkat bawah. “Kami A pun dah sedia!” sahut Man dibawah. Peperangan pun bermula.

Kami turun ke tingkat 3 secara berkumpulan. Tembak menembak pun bermula. Permainan berjalan dengan lancar selama 15 minit macam tu.

Bunyi tangisan telah menghentikan peperang yang kian rancak. Bunyi tangisan teresak esak datang dari tingkat bawah sekali.

Kami terpaksa menghentikan permainan kerana tangisan itu jelas kedengaran ke semua tingkat. Kami berkumpul di tingkat 3. Tangisan itu berlarutan selama 25minit macamtu.

“wey apa nak buat ni?”-Jali

“kita turun je nak?”soal Eky dengan muka yang cuak

“kalau kita turun mau terserempak dgn benda tu” Mon mencelah perbualan tersebut

Tiba tiba angin seperti ditepi pantai datang dari belakang kami, melalui setiap celah tubuh dan meremang bulu roma. Badan kami berpeluh. Tangisan tersebut tiba tiba berhenti.

“kita stop kt sini dulu la.” arah Rashid. Kami bersetuju saja. Entah kenapa otak kami tidak terpikir langsung untuk keluar terus dari Flat puaka ni dan pulang ke rumah. Mungkin ‘kawan’ sedang mengawal fikiran kami masa tu.

Kami seperti tidak bermaya, badan aku rasa letih seperti baru buat kerja yang sangat berat tanpa berehat. Kaki rasa lenguh. Sedang kami berehat, tiba tiba Dan(Danial namanya) bersuara “mana Kemal?!”

Oh sudahhh. Satu hal la Kemal ni kemana pulak hilangnya. 15 dari kami berdiri dan mencari Kemal. 4 lagu hanya menunggu di tingkat 2 menemani Kimie.

Aku termasuk didalam 15 orang yang mencari Kemal. Kami berpecah, lima orang cari kat tingkat empat(aku bersama empat orang kawanku) .

“Naz.. Naz kau ke tu?” jawab Kemal. Dalam hati aku dah lega sebab itu Kemal. Kemal terus bangun dan pelukku sambik menangis. “dia tangkap aku, dia tangkap aku” teriak Kemal.

Aku mula rasa seram sejuk. Aku dudukan dia dan tenangkannya sambilku berkata “kau ok sekarang. Jangan takut aku ada”.(gaya macam hero pulak padahal takut jugak. Hahahaha)

Sedang aku tenangkan Kemal, tiba tiba bunyi tapak kasut datang dari belakangku. Tap..tap..tap(lebih kurang macam ni la bunyinya) datang dari arah tangga..”hihihi” bunyi ‘orang’ itu gelak, aku menyangka itu ialah ‘kawan’.

Rupanya yang muncul ialah ‘Kimie’. Jap, aku macam blur sebab Kimie bukan ke bawah dan dalam keadaan tak sedar?.

Dia berjalan ke arah ku dan terus menampar manja ke pipi ku seolah olah menampar pipi bayi. Aku hairan dan bulu roma ku meremang naik, jantung berdegup kencang (macam crush bagitau dia suka kat kita. Hahaha).

‘Benda’ yang kejar kami tadi berada dibelakang kami walaupun dia berjalan saja. Aku terus berlari ke bawah sambil membaca surah apa yang aku ingat.

Aku suruh si Kemal baca sekali, Alhamdulillah akhirnya kami terserempak jugak dengan dorang semua. Aku turunkan si Kemal yg sedang lemah sambil dorang semua tolong dudukkan dia.(Walau kecik tapi berat jgk dia ni).

“Wey korang g mana tadi? Puas satu Flat kami cari tak jumpa. Nak tinggalkan korang tak sampai hati. Jangan la main main!!”Marah Sapik.

Belum sempat aku nak bersuara, Kemal yang tak bermaya menjawab dengan nada yang perlahan ” ‘kawan’ kacau kami. Dia kejar kami tadi”.

Kami pun duduk untuk merehatkan diri sebentar, tiba tiba terdengar suara yang datang dari arah belakang kami. Kelihatan Akim yang sedang meronta ronta seperti terkena renjatan elektrik.

Takut dah semestinya. Mereka memandang aku dengan mata yang berwarna putih. Mata hitam dorang takdaaaa. Nak pengsan aku masa tu. Allahu

“Ya Allah bantu aku Ya Allah” bisik hati kecilku. Hati gelisah dan badanku automatik sejuk. Tiba tiba Kimie memelukku sambil berbisik “jangan risau, aku tau nak buat apa”

Dia berdiri dan letakkan kedua tapak tangannya ke telinga lalu melaungkan azan. AllahuAkbar!! AllahuAkbar!!. Mereka semua yang terpaku tadinya kini sedar dan terbaring dilantai.

Sesudahnya azan, Kimie bercakap “Maafkan kami krn mengganggu tempatmu, dan janganlah kau lupa bumi ini ciptaan Allah dan bukan ciptaanmu.”.

Sejurus dari itu kedengaran suara tangisan yang sama seperti tadi. Kimie memanggil semua orang daripada terbaring, mereka seperti bingung apa yang terjadi dan Kimie membawa kami keluar dari Flat itu.

Dia berkata dia ternampak seorang wanita bersama anak perempuannya yang masih kecil dalam lingkungan 5 tahun telah diseksa oleh seorang nenek dan lelaki tua.

Mereka menggantung wanita itu disyiling secara kaki diatas dan kepala di bawah. Mereka menggunakan benda tajam dan api untuk menyiksa.

Sampai disitu saja yang dia nampak keranga ‘mereka mereka’ itu hilang secara tiba tiba. Rakan ku yang lain turut berkata itu yang mereka nampak.

Alhamdulillah ‘kawan’ tak kacau kami sampai dirumah. Flat itu sehingga kini masih ada lagi dan terbiar begitu saja tapi semakin usang, Flat yang depan pun sama.

Kami kini tidak lagi ‘berperang’ kerana masing masing sudah berpisah(sebak didada krn rakan rakan ku ‘hilang’ tanpa khabar berita). Sekia.