Aku tengok bibirnya biru terketar-ketar macam tahan sejuk. Aku pula terdengar dia seolah olah berbisik tp tak berapa jelas.

Benda ni dah lama jadi tapi aku masih terbayang-bayang so aku fikir kalau aku share dekat sini ni mungkin jiwa aku boleh tenang sikit.

Sebelum tu aku bagitau dulu aku ni jenis orang yang macamana sebab siapa diri aku adalah kaitan dengan peristiwa2 misteri yang menyelubungi hidup aku.

Nama aku Zizie. Aku ni jenis yang ada f****h dengan benda benda misteri, tak kira la misteri alam ghaib atau alam nyata, minat tengok movie2 hantu, movie yang ada unsur2 cannibalism, psycho yang dera2 dan b***h orang.

Tapi jangan khuatir, aku masih normal walaupun aku tengok benda2 macam tu. Itu cuma hobiku menonton movie di masa lapang sebab bagi aku movie bergenre biasa ni tak cukup mainstream.

Aku pulak memang cadang nak balik kampung tapi aku jenis yang balik lewat sehari dua dari member2 lain, lagipun member2 aku tak ada yang senegeri dengan aku.

Dah menjadi kebiasaan aku akan duduk sorang2 sebab sebelum balik aku akan kemas rumah dulu, buang sampah, basuh pinggan mangkuk, basuh baju semua.

Aku bukan rajin sangat tapi kalau nak harapkan budak2 rumah lagilah masuk angin keluar asap.

So, aktiviti aku malam tu adalah kemas ruang tamu ala kadar lepas tu aku lepak depan laptop sambil minum nescafe. Aku ingat lagi masa tu aku on movie “Cabin in the woods”.

Tengah syok layan, ada orang tekan bell. Aku tak pikir pelik pun masa ni sebab dah selalu orang2 surau akan pergi rumah ke rumah untuk ajak jemaah sekali.

Aku jadi terpikir sape yang tekan bell pastu selitkan kain tu bawah pintu. Tapi dalam kepala aku time ni aku pikir member2 aku je ni yang tak balik kampung saje nak main-mainkan aku. So aku ignore and masuk tidur.

Esoknya aku keluar beli nasi lemak depan lorong menghala ke apartment aku. Mak cik jual nasi lemak tu memang kenal aku, aku ni kira dah jadi pelanggan tetap dia la.

Masa aku hulur duit nak bayar dia kata “Tak apa Zie. Dah ada orang bayarkan nasi kamu ni” sambil tersenyum-senyum. Aku hairan la sape la baik hati sangat ni.

Aku agak aku ada crush daripada cara mak cik tu bagitau dengan senyuman penuh makna. Masa nak naik lif ke rumah aku, aku perasan ada sorang girl ni rambut panjang pakai hoodie hitam. Dia senyum kat aku sebab aku tolong hold kan pintu lif untuk dia.

Unit aku tingkat 20, aku tanya la dia tingkat berapa alang alang nak tekan yang aku sekali. Dia jawab sepatah je “Empat”. Masa ni serious aku tak terlintas apa2 lagi.

Bila aku buka, guess what? That girl yang berhoodie hitam tengah berdiri di luar grill dengan muka yang tertunduk kebawah. Rambut panjangnya menitis-nitis air seperti baru terkena hujan.

Di sebalik rambut panjangnya aku lihat bibirnya biru pucat terketar-ketar seperti menahan sejuk. Aku terdengar dia seperti sedang berbisik tapi aku tak pasti apa yang dikatakan.

Kalau tipikal cerita2 hantu dalam novel mesti dorang akan tanya “Adik ok ke?” tapi tidak aku. Aku terus hempas pintu. Aku jerit kuat2 dibelakang pintu sambil menapak kebelakang.

“Kau nak apa hah? Aku tau kau bukan manusia!!!” Lepas aku cakap je macamtu, suara berbisik yang aku dengar tadi semakin kuat. Seakan bergema satu ruang tamu.

Suara bisikan itu aku dengar seperti mantera. Aku tak dapat dengar dengan jelas tapi bunyi tu macam Bahasa jawa. Ianya makin kuat.

One more thing, rumah aku selalu basah lantai. Ada sekali, aku masuk dapur terus tergelincir. Habis aku sumpah seranah housemates aku sebab pandai tumpahkan air tapi tak reti nak lap.

Pastu tau dorang cakap apa? “Mana ada air?” Memang lantai tak basah langsung masa aku bangun tuh gais! Siot je aku rasa. Lepas tu, aku selalu dengar suara orang berbisik. Dekat rumah la banyak kali dengar.

Tapi ada satu pagi tu aku turun jogging kawasan apartment. Sambil2 jog tu pasang la lagu dekat telinga ambik mood pagi2. Tetiba lagu yang tengah play tu berubah ke next lagu.

Aku tak habis dengar lagi, ehhh dah next pulak. Aku dah rasa semacam dah time ni sebab aku tak tekan pun walkman aku. Aku decide nak off je tak nak dengar lagu dah.

Masa aku nak off tu lah bisikan tu muncul dari earphone aku. Aku rentap terus earphone dari telinga sebab terkejut. Aku terkejut sebab kali ni aku dengar dengan jelas apa dia cakap even dalam nada berbisik. Dia cakap “Gantikan akuuuuuuuu” banyak kali.

Dalam hati aku mengucap banyak kali. Sebab ni ke dia ganggu aku. Dia suruh aku ganti dia? Dalam ramai2 housemate dekat rumah tapi kenapa aku?

Itu sahaja aku ingin cerita. Semoga bermanfaat terima kasih