Nama aku Nur. Dalam family ayah yg kerap buat keputusan arah tuju hidup kami. Sampaikan Ibu pula hanya boleh dengar dan ikut sahaja

Assalamualaikum. Nama aku Nur.. Ya..mmg itu nama aku..bukan nama samaran.

Kalian semua sedia maklum dengan sikap judgemental dalam masyarakat kita kan? Keluarga aku juga tidak lari dari perihal seperti ini.

Ianya sudah bermula dari aku kecil lagi atau mungkin dari aku belum lahir lagi. Sebab apa? Sebab abang dan kakak ku juga mengalami situasi yang sama, iaitu terpaksa mengikut aturan Ayah kami.

Dalam keluarga aku, ayah yang mendominasi segala keputusan dan arah tuju hidup kami. Ibu sekadar menjadi pengikut yang setia. Dalam bab ayah dan ibu aku ni, ada macam part Khabi Khusi Khabi Gham pulak.

yelah..budak2 lagi kan. Perasaan rasa diri tu selamat la bila duduk dikalangan kawan2 yang pandai. Rasa selesa dan persepsi guru2 terhadap aku pun baik, aku dihantar untuk mewakili sekolah ke pelbagai pertandingan yang berupa akedemik.

Walaupun bukan pelajar cemerlang, tapi aku rasa keyakinan diri tinggi untuk mencapai kejayaan. Malah Ayah orang yang paling berbangga dengan pencapaianku.

Akan tetapi, aku masih suka untuk berkawan dengan ramai kawan2, kerana aku mmg suka berkawan dan aku tiada kawan perempuan dirumah mahupun jiran, kakak ku jarak usia jauh malah sudah berkahwin.

Sepupu2 perempuan pun jarang2 boleh jumpa. Bila masuk sekolah menengah, kawan2 ku lebih luas dan datang dari kawasan yang sedikit jauh.

Ada beberapa orang daripada kawan2ku tidak disenangi oleh ayah. Aku tak faham kenapa ayah tidak lagi membenarkan aku kawan dengan Farah, kemudian Alia dan seterusnya Aisyah.

Setelah aku mendapat keputusan SPM ku, aku ditawarkan untuk mendaftarkan diri di salah sebuah institusi tempatan tak jauh dari kawasan tempat tinggalku.

Ayah dan ibu sangat gembira kerana aku tidak jauh dari mereka, almaklumlah..anak bongsu kan. Mudah mereka nak pantau dan melepaskan rindu.

Aku seperti biasa menurut sahaja dengan gembira tanpa ada rasa risau. Cuma risau sedikit untuk berdikari sendiri, sebab dah tak duduk bawak ketiak ibu la kan. Hahahaha.

Ditakdirkan Allah, aku telah jatuh cinta pandang pertama pada seorang lelaki pada minggu orentasi. Aku tergamam dan terpana kerana seperti ada cahaya pada dirinya yang membuatkan aku jatuh hati padanya.

Sehingga sekarang aku yakin, itulah jodoh yang Allah hantar kepadaku. Ya benar!! Dialah suamiku sekarang. Namanya Muhammad.

Dengan izin Allah, kami ingin menjadikan hubungan kami lebih serius, Muhammad mahu membawa aku berjumpa ahli keluarganya.

Namun aku tolak, pada pendapat aku seharusnya beliau yang perlu memperkenalkan dirinya pada keluargaku terlebih dahulu. Muhammad akur dan merancang bersama saudara2 lelakinya datang bersama sama semasa Hari Raya Aidilfitri.

Ayah menyambut baik tanda menghormati tetamu dan beramah mesra untuk mengenali Muhammad dan latar belakang keluarganya dengan lebih dekat.

Aku fikir itu petanda yang baik kerana Ayah kelihatan bersungguh2 dan mengenali keluarga ayah kepada Muhammad. Namun sangkaan ku meleset.

Pada petang itu, ayah bercakap denganku yang Ayah xsuka aku berkawan dengan Muhammad. Dunia ku terasa gelap. Malap. Tapi aku tidak menangis.

Setelah beberapa bulan, aku dapat khabar dari ibu yang ayah izinkan aku terus berkawan dengan Muhammad. Subhanallah, aku rasakan duniaku terang semula lalu terus berbunga.

Aku seperti tidak menyangka, rupanya dalam diam, ibu buat kerjanya. Ibu adalah tempat aku bercerita, dan semestinya Muhammad akan menjadi salah satu topik perbualan kami.

Rupanya ibu melayani setiap ceritaku dengan teliti dan mengambil point2 penting tentang siapa Muhammad dan dengan siapa dia membesar.

Rupanya ayah tidak mahu aku berkawan dengan Muhammad hanya kerana perpecahan keluarga Muhammad.

Ayah kenal dengan ayah Muhammad pada waktu muda dan mungkin ayah ada menyimpan cerita yang tidak sahih dari orang lain lah itu dijadikan alasan supaya aku tidak terjebak dengan salah seorang mangsa perpecahan keluarga ini.

Berdebar hati tidak terkata. Sepanjang perjalanan aku penuh kejutan. Pedalaman. Kawasan estate. Jalan penuh lopak dan berlubang besar sana sini. Tanah merah.

Sampai sahaja dihalaman rumah, mataku tertumpu pada rumah kayu tingkat atas yang kecil, bertangga bercat biru bersih dan kemas. Halaman sederhana besar penuh dengan tumbuh2an kampung dikiri kanan.

Tetapi satu pokok ni merentap jantungku. Pokok janggus/gajus. Mungkin ada antara kalian yang pernah baca cerpen zaman sekolah menengah yang menceritakan tentang murid yang memberikan pucuk janggus sebagai hadiah hari guru?

Mesti ada yang tahu kan? Aku sememangnya jatuh hati dengan watak murid tersebut hinggakan aku pernah berimpian untuk mencari suami yang datang dari golongan seperti ini. Adakah Muhammad jelmaan watak dalam cerpen tersebut?

Sejam aku berada di rumah atok Muhammad. Aku diperkenalkan kepada ramai makcik pakcik dan ada dua orang adik lelaki Muhammad. Tapi aku tidak diperkenalkan pada emaknya.

Menjelang tahun2 akhir pengajian kami, Muhammad mengajakku untuk berjumpa dengan emaknya di kantin tempat emaknya berkerja.

Setelah sekian lama aku tunggu saat itu, akhirnya dpt juga aku bertemu emak Muhammad. Segalanya Muhammad aturkan untukku. Aku tak pernah memaksanya.

Alhamdulillah, emak Muhammad sambut aku dengan penuh kasih sayang dan makanan yang sedap2. Walaupun xformal makan kat meja makan rumah sambil bersembang macam cerita drama kat tv tu.

Tapi aku cukup rasa selesa dan xmintak untuk dilayan istimewa. Emak Muhammad melayan aku sambil berkemas2 di dapur kantin dan melayan customer yang datang makan. Muhammad kelihatan sangat seronok pada hari itu. Dan aku juga bahagia melihat Muhammad seronok.

Sejurus dari itu, aku mula mengenali adik beradik Muhammad. Ramai. Salah seorang adik Muhammad pun bernama Nor.

Tetapi keluarga Muhammad melayan aku memang istimewa. Hinggalah majlis pertunangan kami jadi buah mulut keluarga besar Muhammad. Masing2 sanggup datang mengiring lebih dari 10kereta dan ada tambahan hantaran yang tidak disangka2.

Keluarga aku menyambut dengan penuh kasih sayang dan mesra. Tanpa syarat. Kami dua keluarga bergembira sepanjang majlis berlangsung dan masing2 berpuas hati dengan segala makanan dan diingati hingga kini.

Bila orang mengatakan yang aku datang dari keturunan yang baik2, jujur aku katakan, aku bukan perempuan yang keluar malam. Ayah menjaga dan mengawal pergerakan aku sungguh2.

Dengan siapa aku berkawan, pukul berapa aku balik ke rumah, ke mana aku pergi dan dengan siapa aku bergaul semua info dalam genggaman ayah.

Namun, sejak aku bertunang, ayah sudah mulai longgar terhadapku, dan mula menyerahkan sikit tanggungjawabnya kepada Muhammad. Hubungan rapat aku dengan Nor membuka mata aku tentang kehidupan sebenar keluarga Muhammad yang aku tak pernah tahu.

Tapi aku tak pernah marah dia ataupun halang dia dari keluar. Kadang2 aku teman Nor tidur di rumah sewanya, kadang2 Nor akan bermalam di rumah sewa ku.

Nor mengaku yang dia keluar dengan lelaki..dan bukan dengan satu lelaki. Nor ni diberi kelebihan cantik seperti Pretiy Zinta. Ramailah yang cuba mengurat. Aku dgn Nor jauh berbeza. Cukup la sekadar manis dipandang. Hihi.

Ada yang orang yang judgemental cakap, manusia kalau nak berubah, bila2 masa sahaja boleh berubah, tinggal nak taknak jer. Tapi hakikatnya tak semudah yang disangka.

Kehidupan Nor dan adik beradiknya kecuali Muhammad struggle dari kecil akibat keruntuhan rumah tangga emak dan abahnya. Hidup jadi seperti hamba kecil dalam rumah kayu di pedalaman itu sangatlah perit bila emak tinggalkan mereka di kampung demi mencari rezeki di bandar.

Sungguh sedih untuk diingatkan, hanya kerana mereka tiada mak abah di depan mata, mereka dikerah melakukan kerja rumah dan dipandang menyusahkan atuk dan nenek kerana tindakkan emak yang kelihatan pentingkan diri sendiri oleh pakcik makcik mereka.

semakin Nor besar, semakin dia tidak selesa dgn pandangan pakcik dan kawan2 lelaki pakcikya yang selalu bertandang, seakan2 menjadikannya simbol seks.

Oleh itu Nor nekad keluar dari situ. Emak juga perlu meneruskan kehidupannya dan dalam masa yang sama menyediakan duit untuk menyara persekolanan anak2nya yang masih bersekolah.

Sebagai ibu tunggal, itu bukan mudah. Fitnah dan tanggapan buruk manusia sentiasa menjadi makanan emak.

Setelah tamat SPM, Nor mula berkerja di bandar. Cabaran untuk diterima dibandar lain pula kerenahnya. Tambahan pula Nor selalu jadi tarikan para lelaki.

Sampai satu tahap Nor memang berniat untuk mencari lelaki kaya yang boleh merubah kehidupannya kerana sudah serik dan letih dengan kehidupan dipandang rendah oleh keluarga sendiri.

Abah mentuaku? Aku sendiri xsempat jumpa Abah, abah meninggal setahun sebelum aku dan Muhammad bertunang. Doakan agar rohnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan dilapangkan kuburnya.

Kami xperlu menghukum Abah atau emak atas apa yang terlah berlaku, kerana aku sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang arwah lalui selama hayatnya.

Tapi emak bagitahu abah baik orangnya, malah Muhammad satu satunya anak yang dapat merasa hasil usaha arwah untuk sambung belajar ke pengajian tinggi. Abah meninggal kerana sakit 3 serangkai.

Sepanjang aku bersama Nor mendengar luahan perasaan dan ceritanya, aku lihat kehidupan Nor semakin baik, dia mula putus hubungan dengan teman lelakinya yang boleh dikategorikan tidak ikhlas.

Kehidupannya semakin baik apabila dia nekad sambung belajar diploma dan tidak lagi keluar malam. Mungkin kerana dia seronok melihat aku dan kawan2 serumahku study dan buat assigment.

Bezanya aku, Nur dan Nor ialah aku bersyukur yang aku mempunyai ayah sebagai pelindung. Manakala Nor pula tiada Abah sebagai pelindung,

namun masih bersyukur yang keluarga aku menerima baik keluarganya dan Muhammad belajar menjadi pelindung daripada ayahku dan bekalan nasihat2 dari arwah atuk Muhammad semasa hayatnya.

Biarpun kita susah dan miskin harta, tapi hanya kita yang tahu tanpa menyusahkan orang. Gabungan nasihat dan didikan dua orang lelaki dalam hidup Muhammad,

membuatkan Muhammad menjadi seorang suami, abang dan anak lelaki yang sempurna pada mata aku. Di awal usianya 26tahun, dia sudah berkeyakinan menjadi wali dan menikahkan Nor.

Ya..Nor sudah berkahwin. Kami masing2 masih rapat dan bersama2 berusaha untuk menjadi muslimah yang terbaik setiap hari.

Secara kesimpulannya disini aku merasakan, semua yang berlaku ini adalah Kerja Allah. Bagaimana sekalipun ayah aku melarang dan menghalang aku bergaul dengan orang2 yang bermasalah,

tapi Allah sendiri yang hantar aku kepada keluarga yang ada masalah. Tapi aku tak perlu mengelak, malah aku tak perlu menghukum.

Apa yang aku lakukan hanyalah terus menyebarkan kasih sayang dan bersangka baik, melayan baik keluarga mentua ku tanpa mengharap balasan.

Malah, aku sorok2 untuk berkawan semula dengan kawan2 yang ayah pernah larang dulu kerana aku merasakan ini adalah silaturrahim. Bermanis muka dengan orang yang kita kenal.

Tiada sebab untuk kita menjadi sombong walaupun orang label aku dari keturunan baik baik, tapi aku tak rasa aku akan jadi orang yang baik sekiranya aku duduk dikalangan orang yang baik2 sahaja dan memandang orang yang tidak bernasib baik itu adalah orang yang tidak baik.

Aku mohon kepada Allah, supaya selamanya aku terhindar dari sifat judgemental yang melebih lebih. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari khilaf aku sendiri. WallahuA’lam.

Mohon komen yang bernas dan baik2 supaya kita semua dapat manfaat sempena bulan Ramadhan yang mulia ni.