Kadang sy minta RM10 dia beri RM50. Sy kesian dan sangat syg kan dia

Assalamualaikum, boleh tak saya meluah dan minta pandangan. Saya dan suami umur pertengahan 20 an.

Kami baru berkahwin awal tahun ni dan sekarang alhamdulillah saya sedang mengandung 6 bulan. Saya tak tau saya bahagia ke tak dengan perkahwinan ni.

Kami kenal tak lama, tak sampai setahun dan kahwin. Saya memang mencari lelaki yang serius kahwin bukan sekadar couple.

Disebabkan kami tak mampu lagi untuk sewa rumah sendiri, kami tumpang dulu rumah sewa dia, ada sorang housemate lelaki. Saya tak kisah tinggal dalam bilik kecil.

Saya tau tu asam garam rumah tangga. Kadang-kadang saya tinggal kat rumah tu, kadang-kadang saya stay di kampung rumah family saya.

Baru-baru ni, dia baru bagitau password telefon dia. Saya baca mesej dia dulu-dulu. Saya bukan orang pertama yang dia tiduri.

Kecewa, tapi saya anggap masa lalu adalah masa lalu. Ada juga mesej dia bersayang sayang dengan permpuan lain, saya tengok tarikh,

selang beberapa hari lepas kami bertunang. Saat kami bahagia takde masalah, dia boleh bersayang dengan yang lain.

Saya tak tau nak bina hubungan ni atas dasar apa. Saya tengah mengandung ni, memang banyak kali nangis.

Saya rasa, saya isteri yang tak banyak kerenah, jarang saya mintak dia teman ke klinik sebab tau kerja.

Bulan 12 nanti kami bakal pjj lagi. Saya balik kampung, dia kerja di johor. Kami tak mampu sewa rumah, fikir kos barang bayi lagi nanti. Saya okay. Lagipun saya bosan juga duduk di rumah sorang-sorang tak buat apa.

Dan sebenarnya, saya rasa tu peluang juga untuk jauh dari dia. Saya terasa, akhir ni dia selalu main game online sampai 2-3 pagi tak hiraukan saya.

Berbeza dengan suami lain, dia jarang bercakap dengan bayi dalam perut. Jarang usap, saya yang selalu letakkan tangan sia di perut saya.

Jarang urut2, dan tanya pasal pemakanan saya. Tapi dia selalu larang saya angkat barang2 berat. Ntahlah, saya tak tau nak luah kat siapa.

Pada keluarga memang tak, saya taknak susahkan mereka. Mungkin saya yang sensitif atau mungkin ada yang kena perbaiki. Tolong nasihatkan saya. Terima kasih.

Apa kata anda dengam kisah ini. Semoga ia menjadi bahan bacaan yang bermanfaat kepada anda semua.

Sila kongsi kepada semua dan jangan lupa untuk komen. Tq