“Abg maafkan sy. 6 tahun sy simpan rahsia ini” Maaf jadikan abg mcm tu. Tok Ali terus halakan tapak tangannya

Petang itu, aku menerima teks dari Tok Ali. Mengatakan ada satu kes meroyan di Seremban. Macam biasa, bila ada kes – kes melibatkan gangguan ini, Tok Ali akan mengajak aku bersama. Menjadi pembantunya.

Tok Ali ini. Umur 60-an. Seorang yang sederhana.Tidak nampak sisi diri seorang perawat.

Sekali pandang, tiada apa yang istimewa padanya. Gemar memakai baju melayu hitam dan berseluar jeans apabila merawat. Pelikkan.

Kadang – kadang keluarga pesakit menyangka aku lah perawatnya. Mungkin melihat cara aku berpakaian seperti seorang ustaz dan berjanggut.

Bila dimaklumkan Tok Alilah yang akan merawat, mereka akan tersipu – sipu malu kerana salah.

Malam itu. Kami menaiki motorsikal ke kediaman pesakit. Tok Ali memaklumkan sudah 3 kali suami pesakit ini merayu untuk mengubat isterinya.

Dan 3 kali itulah ada saja halangan.Tetapi tidak pada kali ini. Janji mesti ditunaikan.

Sampainya di sana, suami pesakit menjemput kami masuk ke dalam rumah. Rumah teres 2 tingkat ini bersih dan cantik.

Perabut tersusun baik dan penuh dengan barangan hiasan. Pandai isterinya mengemas rumah kata ku didalam hati.

Dia terus duduk bersimpuh disisi suaminya. Matanya menjeling tajam kearah aku. Aku tidak senang duduk. Dia senyum pula bila memandang Tok Ali. Hairan aku.

“Apa sebenarnya masalah isteri tuan ni?” Tanya Tok Ali. Cawan kopi diletakkan perlahan diatas meja. Berselera aku tengok Tok Ali minum.

“Begini, saya sudah puas bawa isteri saya berubat. Dengar saja orang yang pandai saya akan pergi. Peliknya penyakit isteri saya masih begitu juga.”

Suaminya menghentikan perbualan dan menyuruh anak-anak yang leka bermain tadi masuk tidur. Saya lihat jam dinding sudah hampir pukul 10 malam.

Dia sambung lagi.

“Isteri saya ni Tok , bila – bila masa dia akan dirasuk gangguan. Tambah parah lepas lahirkan anak kami yang nombor 3 ini.” Sambil menunjukkan bayi yang sedang tidur didalam buaian.

Tok Ali khusyuk mendengar.

Takut saya dibuatnya. Oleh kerana selalu nampak, saya dah jadi biasa. Tidaklah dia mengacau.

Hanya suka menjelma begitu. Masalahnya apa saja ayat yang saya baca tidak memberi kesan!”

Saya perhatikan isterinya hanya mendiamkan diri. Membiarkan suami menjelaskan segalanya. Lamunan saya terhenti bila Tok Ali mula bersuara tegas.

“Baiklah mari kita mulakan. Cara saya lain sikit iya. Saya akan gunakan teknik terapi jiwa. Soul healing sadar Allah.

Teknik ini dengan izin Allah boleh merungkai apa masalah sebenar yang dihadapi pesakit. “Semangat aku tengok Tok Ali memberi penjelasan.

Tok Ali meminta pesakit melunjurkan kaki. Ditutupnya pesakit tadi dengan kain dibahagian kaki. Pesakit diarahkan tenang dan perlu mendengar sahaja arahan.

“Grrr”…”Grrr” “Arghhhhh”.Tersentak aku.

Ketika itu pesakit memalingkan kepalanya kearah aku dan menjerit-jerit. Allah. Suaranya bertukar menjadi garau. Kelakuannya seperti harimau yang mahu menerkam mangsa.

“Pergi kau dari sini…pergi! Kau tak layak mengubat aku.” Aku terkejut.Tidak sedar sudah berada di belakang Tok Ali.

Berdebar jantung aku disergah begitu. Kalau selalu disergah begini mahu tercabut jantung aku.Huh!

“Betullah memang aku tak layak. Aku kan bantu saja”.Jawabku dalam hati. Marah.

Tok Ali meminta suami menyedarkan isterinya. Dia tidak suka berdialog dengan gangguan pesakit. Cukuplah sekadar dia tahu bahawa pesakit memang benar-benar terkena gangguan.

Wanita tadi tersedar dari rasukan selepas suami memujuk perlahan-lahan. Syukur. Keadaan kembali tenang.

Tok Ali terus mengadap wanita tadi. Kemudian meminta wanita tadi meletakkan tangan ke dada kiri. Dia ikut saja tanpa membantah.

“Awak tiada salah apa-apa pun. Kenapa ni? Sabar ye”. Semakin pelik melihat gelagat isterinya.

“Bang maafkan saya…Selama ini saya simpan rahsia ni. Saya tak tahan dah. Sebenarnya…sebenarnya.”

Semakin kuat dia meraung aku tengok.

“Sebenarnya apa? Suaminya mula tidak keruan.Tok Ali aku nampak menghalakan tapak tangannya ke arah pesakit .Mulutnya berkumat kamit membaca sesuatu.

“Sebenarnya saya sudah tipu abang. Saya sudah guna – gunakan abang. Saya amalkan ilmu “tepuk bantal”. Supaya abang cintakan saya dan jadikan saya sebagai isteri. Saya belajar ilmu ini sebelum kita kahwin lagi.”

“Allahuakbar…apa yang awak dah buat ni? Allahhhh.”Suaminya menggeleng2kan kepala.Serius wajahnya.

“Maafkan sajalah, dia sudah tersiksa batinnya terlalu lama. Nanti tok buang ilmu yang diamalkan itu.

Kau pun sayangkan bini dan anak-anak kau kan.” Proses rawatan sebenarnya lama.Tidak sangka selesai secepat ini.

Tok Ali memanggil semula wanita tadi dan memulakan semula sesi rukyah.Syukur tiada lagi tindak balas yang menakutkan berlaku lagi.

3 kali tok Ali scan nyata gangguan tadi sudah tiada. Akhir sekali lafaz pemutus saka dan ikatan dibuat. Tok Ali bekalkan air penawar untuk mandi dan minum.

Selepas dipastikan tiada gangguan didalam badan mereka.Tok Ali mengajar mereka suami isteri zikir bagi mendapat kekuatan dalaman.

Mereka diajar berzikir setiap masa di dalam hati. Ingat Allah sentiasa agar qalbu mereka on. Hati mereka tidak m**i dari mengingati Allah.

Ada juga orang panggil ilmu tepuk bantal. Sebab apa? Bacaan mentera akan dibaca sambil menepuk bantal. Masa itu kita makrifatkan orang yang ingin dituju.”

‘Macam pernah ku dengar ilmu penunduk naga ni.Tapi dimana ya?” Kataku didalam hati.

“Oh begitu, wah! cepat betul rawatan tadi selesai ye tok. Nampak mudah”. Aku perhatikan Tok Ali berubah riak mukanya.

“Mudah kau cakap. Masa kau mengelamun dirumah pesakit tadi. Tah apa yang kau fikir.

Tok dah berperang dengan Hantu ilmu tu.Memang nampak macam wanita tapi muka dia Ya Rabbi…sebelah cantik dan sebelah lagi buruk.

Puas atok dicakar dan ditembak dengan bola api. Dengan izin Allah suksess. Puas juga atok cover kau.

Kalau tak dah lama dia gigit dan masuk dalam badan kau.Kau je yang tak perasan. Atok suruh kau berzikir kau berangan tah apa apa.”

Marah betul tok kat aku. Bila masa dia berperang ni? Dalam nampak tenang dirumah tadi, sedang bertempur rupanya.

Manalah aku tahu. Bukan aku nampak. Syukur. Dalam diam-diam aku belajar dari tok.Heh!

Tok Ali mengajak aku pulang. Penat.

-Tamat-