Aku Ima, umur 30. Surat ASB adik aku sampai rumah. Bila buka aku terkejut dgn jumlah duit dia sedangkan aku punya baru berapa

Nama aku Ima (bukan nama sebenar) berumur 30 tahun. Pada usia ini, ramai di antara kawan-kawan yang sudah mendirikan rumah tangga dan ada di antaranya telah dikurniakan anak.

Adik-adik perempuan dan abang aku juga telah berkahwin dengan pilihan masing-masing. Aku masih single, sedang belajar di salah sebuah universiti di Perak.

Keluarga aku tak macam keluarga yang lain. Bagi orang lain, keluarga aku sangat unik dengan perkahwinan campur. Tapi bagi aku, tidak.

Aku tertekan dengan institusi kekeluargaan yang berlaku dalam keluarga aku. Mama aku melayu campur siam, ayah kandung aku pula india muslim dan hasil perkahwinan tersebut lahir aku dan abang aku.

Mama dan ayah kandung aku bercerai semasa aku berumur 3 bulan. Setelah beberapa tahun, mama berkahwin pula dengan papa tiri aku orang.

Cara orang tua bercakap tak macam orang muda, orang lebih tua bermaksud dari segi berfikir, cari yang lebih matang. Itu maksud mama aku. Tapi mereka keep sindir aku. Ada juga kawan yang cakap aku terlalu memilih.

Ini berpunca daripada khilaf aku yang menyulam cinta dengan orang jauh lebih muda dari aku. Hubungan putus di tengah jalan disebabkan si dia tidak serius ke arah perkahwinan.

Jadi aku terus putus dengannya, tiada alasan untuk aku terus bersama kerana aku berpegang kepada agama. Tak semua benda aku kena share dengan kawan, lalu mereka cop aku terlalu memilih.

Hakikatnya, aku fobia dengan perkahwinan, walaupun aku tidak berkahwin lagi. Hubungan aku dan ayah kandung tidak begitu baik. Hubungan aku dengan papa tiri sangat baik.

Tetapi mama dengan papa sering bertengkar. Seingat aku dari aku darjah empat mereka dah mula bertengkar sehinggalah sekarang.

Semasa adik perempuan aku yang pertama bertunang, aku support hampir keseluruhan majlis tunangnya kerana dia taka da duit langsung.

Bila dia berkahwin aku juga ada memberikan sumbangan untuk menjayakan majlisnya kerana dia tiada duit untuk menyediakan beberapa barangan.

Tapi Allah tu maha besar, surat ASB adik aku sampai ke rumah, jadi aku buka dan baca surat tersebut. Tangan aku terketar ketar melihat amount simpanan adik aku, sedangkan ASB aku hanya berbaki rm10 ringgit.

Aku tiada simpanan langsung kerana aku ingin bantu menjayakan majlis dia. Sungguh aku sangat sedih, kecewa, marah dan sebagainya.

Sampai saat ini, aku masih berbaik dengan setiap ahli keluarga aku. Tapi untuk memaafkan papa yang mengabaikan tangungjawab, abang dan adik-adik yang hanya memikirkan diri sendiri amat sukar.

Tapi bila aku fikir-fikirkan semula, ujian ini untuk mengajar aku supaya lebih matang dalam membuat keputusan dan memilih pasangan hidup.

Bila aku tengok ayah kandung aku menggabaikan tangungjawab sebagai seorang ayah, papa mengabai tangungjawab sebagai seorang ketua keluarga dan abang serta adik-adik mengabai tangungjawab sebagai seorang anak, aku rasakan saat ini yang aku perlukan adalah hubungan dengan Allah.

Aku terus kuat kerana sokongan mama dan Allah sebagai tempat bergantung. Harapan aku, jika ditakdirkan aku mempunyai jodoh,

aku inginkan jodoh yang dapat mengubat fobia aku terhadap persekitaran keluarga sebegini.
Biar mehambakan diri pada Allah dari mehambakan diri kepada dunia semata.

– Ima