Saya terbangun jam 2 pagi Terkejut bila dengar bunyi suara tangisan. Tengok kat katil ada anak je. Isteri tiada. Saya jadi hairan

Salam. Mohon hidekan profile ni sebab saya guna fb isteri. Macam ni, saya mempunyai masalah keluarga yang aku rasa buntu nak buat apa.

Aku berumur 27 tahun dan saya kawin dengan seorang gadis 2 tahun muda dari saya. Perkahwinan aku dan dia tiada masalah sebelum ni cuma isteri aku suka memaksa saya solat. Ye, saya tahu solat tu wajib tapi aku tidak suka orang paksa aku.

Dalam keluarga pun dia yang banyak handle dari segi kewangan dan pilihan. Aku rasa isteri aku ni suka mengarah macam aku ni anak dia sebab kan rasa rimas tu, aku berhubung dengan ex-girlfriend aku dulu yang berusia 32 tahun.

Dia sangat memahami aku. Tak pernah buat aku rimas. Aku perasan, isteri aku perasan perubahan aku selepas aku mula bercinta dengan bekas kekasih aku tapi dia tidak pernah nak tanya aku.

Tak pernah nak marah aku dah. Buat pengetahuan semua. Bekas kekasih saya tu janda anak 4 tapi masih tip top. Aku berniat nak kahwin dengan dia.

Rupanya isteri aku tengah menangis dalam telekung sambil bersujud lama tapi makin lama, makin kuat dan teresak2 dia menangis. Aku jadi sayu sangat tengok isteri aku sebab dari apa yang aku kenal dia selama 5 tahun ni.

Isteri aku seorang yang kuat, jarang nampak dia nangis. Kena gigit lipan pun dia tak nangis. Kalau ada pun time anak2 sakit. Dia nangis tapi tak macam ni. Aku intai lagi isteri aku.

Dia mula duduk, dia tarik nafas panjang. Aku dengar dia cakap ” Sabar, kuat….” Kemudian dia menangis lagi, dia angkat tangan berdoa.

Aku tak ingat ayat doa dia tapi yang menampar aku tu, isteri aku doakan supaya aku dan bekas kekasih aku bahagia. Time ni aku tidak pikir dah bekas kekasih aku.

Aku rasa nak peluk isteri aku cakap aku nak mintak maaf. Aku pergi kat dia, muka dia terkejut gila tengok aku. Terus aku pergi kat riba dia aku cium tangan dia.

Aku try pegi cari kat stor bawah rumah dan aku jumpa kotak tu. Yang aku terkejut bila aku bukak kotak tu. Banyak sangat dia simpan barang2 yang aku bagi kat dia dulu.

Pastu aku jumpa dairi dia. Aku bukak baca, menangis aku weh. Tak sangka dia sengsara teruk hidup dengan aku. Selama ni dia pendam.

Tak sangka dia banyak makan hati dengan aku. Paling aku terkjut, dia tahu aku contact ex-girlfriend aku dulu. Sebab aku tidak pernah bagitau pun.

Cek hp aku pun dia tak pernah pastu dalam dairi dia, dia rasa sedih dengan dia makin tak cantik, makin gemuk.

Dia sedih sebab aku suruh dia berhenti kerja dulu sebab aku suruh jaga anak tapi sebab aku suami. Dia kena taat, dia sedih sebab aku banyak abaikan dia.

Masalah sekarang ni, isteri aku macam tawar hati kat aku. Jenuh aku pujuk.
Aku tahu aku buat salah tapi kan aku dah tinggal bekas kekasih aku.

Aku tak tau cara nak bagi isteri aku jatuh cinta balik kat aku macam mana. Boleh tak bagi idea weh. Aku ada 2 orang anak dengan isteri aku dan aku sayang sangat isteri aku ni. Aku dah sedar. Aku menyesal.