Sebelum temui ajal. Perut mak membusung seperti kandumgan 5 bulan. Jumpa doktor tiada apa2. Bila selidik baru tahu.

Sudah 8 tahun pemergian arrwah mak, ingatan tentang arrwah sedikit tenggelam timbul. Mungkin kerana cara pemergian arwah tidak dapat diterima akal.

Masa yang diambil cuma tiga bulan, sebelum Allah panggil jemput arwah pulang kepangkuan-Nya.

Bila aku dah mula bercuti, keadaan arrwah dah mula nampak sakit. Perut arrwah sudah mula membusung, ibarat orang mengandung 5 bulan.

Puas arwah ke klinik buat rawatan tapi doktor cakap mak aku tak ada masalah. Sihat.

Mak aku tak mampu buat apa-apa hanya terbaring dan menangis dalam bilik. Tapi mak aku tak meracau mahupun meraung-raung apabila dibacakan ayat-ayat alquran. Aku sendiri pun tak faham.

Akhirnya kami sekeluarga pulang ke kampung, dan memberitahu nenek aku yang mak aku sakit.

Nenek aku suruh bawa berubat cara kampung. Bila berubat cara kampung ni baru tahu yang sebenarnya, mak aku ni terkena santau angin.

Aku tak dibenarkan ikut arwah mak setiap kali makcik dan pakcik aku bawak pergi berubat. Tapi selepas balik berubat mereka akan ceritakan pada nenek aku.

Dan nenek aku akan menangis, mempertikai manusia yang memperlakukan perbuatan kejam pada mak aku. Ya, kejam. Pada aku manusia yang melakukan perbuatan sihir ini adalah kejam.

Mak aku ada cakap, masa mula-mula dia jatuh sakit tu mak aku ada muntah kan macam kepompong. Bila mak aku p****g kepompong tu dalam tu ada benda-benda kotor.

Benda yang selalu kita dengar digunakan bagi tujuan sihir. Keadaan mak aku makin teruk. Walau pun mak aku sentiasa muntah keluarkan air hijau tu, tapi perut mak aku tetap tak surut.

Tetap memboyot macam patung buddha tu. Adik beradik mak aku masih lagi berikhtiar berubat kan mak aku, kali ni mak aku dibawa berubat ke port dickson.

Masa berubat di Port Dickson ni yang aku rasa paling ekstrem. Orang yang mula-mula berubat mak aku dulu pun datang tolong nak bantu orang yang nak berubat mak aku ni.

Tapi dia cakap, masa dalam perjalanan dia nak ke PD kereta yang dia bawak jadi berat. Berat sangat. Walhal tak ada sesiapa pun yang dibawak.

Jadi dia santau mak aku melalui angin. Dia gunakan khidmat bomoh siam. Dan tujuan dia hanya satu, nak tengok mak aku m**i.
Dan apa yang dia hajati tu, tertunai.

Lepas dari berubat tu, keadaan mak aku masih lagi tak berubah. Jadi kami sekeluarga sepakat untuk bawak mak ke hospital Pusrawi. Bila sampai kat hospital, jangan cakaplah, macam-macam ujian mak aku buat.

Mamogram, MRI, CT scan. Dan macam-macam lagi. Tetap tak dapat kesan. Disebabkan kos tinggi, kami tukar ke hospital HUKM. Keadaan yang sama, tetap tak dapat kesan. Perut mak aku masih lagi membusung.

Hospital tebuk perut mak aku keluarkan air dalam perut kiri dan kanan. Dan setiap kali ditebuk, setiap sebelah keluar 1liter air. Aku sendiri pun tak ingat dah berapa kali perut mak aku kena tebuk.

Lepas entah berapa banyak liter air dah keluar dari perut mak aku, doktor buat scan lagi. Dan alhamdulillah. Ada keputusan.

Mak aku disahkan doktor menghidap kanser pangkal rahim tahap 4. Dah tak ada apa yang boleh dilakukan.

Nak buat kemo pun tak dapat sebab kuman dah merebak ke paru-paru dan akhirnya mak aku meninggal jugak seperti yang diigini orang yang khianat mak aku.

Pada orang yang buat mak aku tu, kalau kau pun suka baca page ni, ketahuilah aku takkan maafkan kau sampai akhir hayat kau.

Sebelum kau m**i nanti, kau datang jumpa aku. Aku nak tengok siapa kau sebenarnya. Kau rasa diri kau hebat sedang yang maha hebat itu adalah Allah.

Wallahualam.