Macam ni sejak bujang sy selalu bagitahu kawan2, nanti bila aku kahwin aku tak nak ada anak awal2. Aku nk enjoy dulu. Akhirnya padah sy terima

Anak rezeki Allah Jangan pertikai bila kehadiran zuriat. Salam mommies. Sekadar teguran mungkin ada yg terlepas pandang or terlepas cakap dalam bergurau.

Saya seorang isteri. Dah dekat 6 tahun kahwin. Cerita nye sejak saya bujang lagi saya selalu bagitahu kawan2, nanti bila aku kahwin aku tak nak ada anak dalam setahun atau dua tahun awal Aku nak enjoy dulu.

Ada sorang member pesan jaga2 bila niat macam tu, bahaya nanti Allah tarik nikmat nak jadik ibu. Tapi masa tu saya anggap tu sekadar gurauan.

Saya kahwin dan saya dan suami merancang tak nak ada anak dalam 2 tahun pertama perkahwinan. Saya amal pil perancang dengan rancang sendiri.

Masok tahun ketiga saya rasa dah ready nak ada komitmen anak sebab ekonomi dah stabil, rumah dah beli. Kereta dah habis bayar.

Sebab bila masok 3 4 bulan kandungan saya alami bleeding yang teruk sedangkan saya tak ade buat kerja berat.

Kat opis pom saya cuma duduk tak gunakan tenaga sangat. Mak mertua saya kata kita cuba mintak air sembahyang hajat dari surau.

Malam tu suami dan mertua ke surau untuk solat berjemaah sambil untuk nyatakan hajat kami. Suami memang ke surau kalau dia tak kerja shift malam.

Kira dia kenal rapat jugak lah orang surau. Masa ni ustaz ada tanya kalau2 kami suami isteri ada niatkan apa2 terutamanya berkaitan zuriat.

Suami cakap memang tak ada. Mungkin dia lupa kami pernah merancang tak nak anak awal2.

Suami balik dan ceritakan pada saya. Saya masa tu jugak hampir terlupa pasal peramcangan kami awal2 kawin. Bila teringat cepat2 saya bagitahu suami sambil menangis.

Saya jadik takot. Esoknya saya sendiri bersama suami dan mertua berjumpa ustaz dan bercerita.

Masa tu ustaz tu takde cakap apa2, dia cuma terdiam seketika dan bagitahu, mintak kami suami isteri sama2 solat sunat taubat dan insaf mengenai perbuatan lalu serta banyakkan bersedekah dgn niat nak bantu orang. Kalau ada rezeki insayaaAllah ada.

Masa tu kami betul2 menyesal terrutamanya saya sebab mulut saya dari bujang sampai dah kahwin saya cakap tak nak anak.

Masa ni saya redha dah kalau Allah tak bagi rezeki zuriat pada masa sama kami banyak tlg org (bukan nak dabik dada).

Alhamdulillah setahun lebih selepas tu saya mengandung lagi. Saya bersyukur sangat2. Sekarang anak dah setahun.

Saya cerita kat group ni sebab saya tengok ramai yang bagitahu tak ready untuk ada anak. Moga cerita sayaa ni boleh dijadikan pengajaran. Mungkin kita terleka masa bersembang sampai terlepas cakap.