Dia kerap pesan pada aku, “mengandung anak pertama ni, banyak org yg minat.” Maka bermulalah misteri mengandung anak sulong

Ini adalah real story based on pengalaman aku sendiri. Hanya nama & location je aku tukar atas sebab2 tertentu.
Kisah bermula selepas aku kahwin.

Bunting Pelamin
Aku disahkan hamil 2 hari selepas majlis persandingan. Asalnya tak larat nak pergi kerja, memang penat yang teramat sangat.

Nak apply leave lama sikit, tapi boss tak approve kan pulak. So, pegi klinik dengan niat nak MC, at least boleh la rehat.

Tapi kantoi pulak, doktor check, tekanan d***h semua normal. Tak ada tanda-tanda orang sakit pun. Terpaksa la aku mengaku yang tak larat nak kerja sebab terlalu penat lepas kenduri.

jangan bagi sebarangan orang pegang perut, jangan makan ni, jangan makan tu, jangan buat ni, jangan buat tu. Aku dengar je la, sebab kali pertama, memang tak tau apa.

Bermula la kehidupan sebagai isteri & bakal ibu. Untuk pengetahuan semua, ayah mentua aku ada kebolehan mengubat orang, since husband aku kecik sampai sekarang, boleh kata setiap hari ada orang datang rumah utk berubat.

Urut patah, santau, tersampuk hantu/jin semua. Pesakit yang datang kebanyakannya dari merata negeri.

So memang selalu dia pesan kat aku, mengandung anak pertama ni, banyak orang yang berminat. Aku tak faham, ingatkan bila mengandung anak pertama muka berseri-seri kot..

Tu yang ada ramai peminat. So aku angguk-anguk je. Setiap malam sebelum tidur, husband aku akan baca doa Nabi Musa untuk mengelak sihir & ilmu hitam, lepas tu diraup kan dari kepala hingga kaki aku.

Orang kampung tersebut suruh kontraktor tu tanya Pak Najib (bukan nama sebenar) iaitu ayah mentua aku, sebabnya ayah mentua aku pernah buka gelanggang silat kat kawasan hutan tu.

Dulu masa aku belajar silat pun, selalu jugak tengok benda-benda misteri dari dalam gelanggang – pokok bergoyang walaupun tak ada angin, bau wangi yang tiba-tiba..

Tapi kami semua buat tak tau je.. Asalkan makhluk-makhluk tu tak menunjukkan diri & mengganggu sudah.

Selepas ‘deal’ dibuat, ayah mentua aku pun ajak husband aku pergi hutan tu. Bab ni memang aku tak puas hati, kenapa husband aku kena pergi skali? Tinggalkan aku sorang-sorang yang tengah pregnant kat rumah.

Untuk pengetahuan korang, dalam masa lebih kurang seminggu, setiap malam berturut-turut, pukul 12 tengah malam, husband aku follow ayah dia pergi ke hutan tu, lengkap dengan pakaian silat diorang.

Setiap malam, sebelum husband aku keluar follow ayah dia, dia macam biasa akan bacakan doa Nabi Musa & diraupkan pada aku dari kepala hingga ke kaki. Then dia akan pasang surah-surah Al-Quran dari PC & suruh aku tidur.

Satu malam, masa aku tengah tidur, aku terjaga & ternampak husband aku duduk bersila betul-betul tepi aku sambil tenung aku.

Aku pun pejamkan mata semula & ingatkan dia dah balik dari hutan tu. Tiba-tiba masa separuh sedar & nak sambung tidur balik tu, aku teringat baju yang dia pakai tu macam pelik je, berjubah & berserban putih.

Terus aku bukak mata cepat-cepat, tapi tak ada sesiapa.. Tersirap d***h aku, macam nak gugur jantung dibuatnya.

Serius takut gila & rasa nak nangis, tapi tak guna sebab taka da siapa boleh tolong aku masa tu, nak lari pun tak tau nak lari kemana pagi-pagi buta macam tu. Then bila masa aku tertidur balik pun aku tak sedar.

Memang aku angin satu badan sebab tak kelakar langsung & terus membebel-bebel non-stop. Haaa rasakan.. Kikikikii…

Suara Lelaki Lagi
Pernah sekali, aku kerja petang (aku kerja syif). Selepas solat Subuh & husband aku dah pergi kerja, aku sambung tidur balik.

Konon-konon boleh la bangun lewat sikit. Tiba-tiba masa tengah tidur tu ada suara lelaki yang kuat panggil nama aku, “Rosmaahhh..!!!”

Suara tu kuat & menyebabkan tindakan reflex, aku terus bangun & terus capai tuala pegi mandi. Lepas mandi, tak tunggu dah. Terus bersiap laju-laju & keluar rumah pergi office. Masa tu memang terlupa yang diri tu tengah berbadan dua. Kussss semangat!!!

Peminat Misteri

Ini lagi satu kejadian yang aku takkan dapat lupakan sampai bila-bila. Masa aku tengah pregnant 7 bulan. Satu pagi aku rushing nak pergi kerja, aku masuk lif & terus berdiri depan sekali, betul-betul depan pintu lif.

Aku terkejut & macam tak boleh hadam apa yang jadi tu, tapi bila lif terbuka kat Ground floor, terus je jalan pergi ke kereta sebab memang rushing nak pergi kerja dah terlambat. Langsung tak ingat dah nak cerita kat husband aku pasal tu.

So bermula la perangai pelik aku di mana aku langsung taknak pergi ke rumah mak ayah mentua aku. Bila husband ajak, aku bagi 1001 alasan – penat la, taknak mengganggu diorang la, malas la..

Padahal sebelum ni selalu je bertandang ke rumah mentua aku tu, sebab jarak rumah kami tak jauh mana pun..

Selang beberapa hari, aku rasa sakit teruk kat bahagian bawah perut. Tak tau nak beranak ke apa, sebab first time rasa sakit macam tu, sampai menitik air mata tahan sakit.

Duduk tak kena, baring tak kena, berdiri, berjalan semua tak kena.. Aku terus ajak husband pergi hospital sebab dah tak tahan sangat sakitnya.

Aku cerita pasal kejadian dalam lif tu, then dia cakap, “kan betul abah dah cakap, mengandung anak pertama memang ada orang yang berminat. Belum masa lagi ni, mana boleh keluar. Ada benda mengacau tu..”

Lepas kejadian tu, aku pun disuruh mandi limau untuk buangkan segala makhluk-makhluk yang cuba nak mengganggu aku & baby.

Aku selamat bersalinkan anak pertama aku masa usia kandungan 40minggu 1 hari. Alhamdulillah..

Sampai sini dulu cerita aku. In shaa allah kalau diizinkan, aku akan share lagi kejadian-kejadian misteri yang jadi kat aku selepas aku bersalin pulak.

Moral of story, yang jugak selalu husband aku ingatkan kat aku: Makhluk-makhluk selain manusia & haiwan ni memang wujud.

Kita kena selalu percaya kewujudan mereka, tapi jangan terlalu takut & jangan pulak terlalu berani. Anggap je dia pun makhluk Tuhan yang sama-sama menumpang di bumi Allah ni..

Terima kasih kerana sudi membaca & komen positif / negatif.