Sejak kahwin, saya tak faham nape suami tak benarkan saya berhubung dgn kawan lelaki walhal kami hanya team sukan.

Salam semua, saya berumur 30an. Penjawat awam telah berkahwin 12 tahun tanpa dikurnia cahaya mata.

Tapi bukan soal cahaya mata yg menjadi focus utama. Saya terasa kosong, jiwa saya kosong, rasa sunyi dan sepi. Saya terlalu banyak makan hati dengan suami.

Saya tidak bahagia dengan perkahwinan kami. Tidak tahu bagaimana mahu mula. Saya cuba, waktu menaip ini pun bagai tidak percaya saya perlu meluahkan secara umum begini.

Saya sangat sepi, sangat kosong rasa hidup ini. Perkahwinan saya kerana family arrangement.

Suami saya bekerja swasta. Selalu berhenti kerja dan beberapa kali menganggur. Paling lama enam bulan (pernah 2, 3 kali). Anggaran gaji RM1800-2500.

Suami saya sebaliknya. Setelah berkahwin suami saya tidak benarkan saya berhubung dengan kawan lelaki saya walaupun team sukan kami rapat dan merekalah yang banyak membantu saya waktu berjauhan dengan keluarga.

Kawan-kawan perempuan selepas masing-masing berkahwin memang sangat jarang berhubung. Lagipon masing-masing sudah bawa diri setelah habis belajar.

Yang ada sekarang kawan sekerja. Tidak terlalu rapat dan tidak sama seperti kawan belajar dulu. Kampung saya jauh beratus kilometer.

Arwah ayah dan ibu telah mennggal dunia tahun lepas. Saya jenis yang tidak bercerita pada ibu bapa. Takut jika mereka risau. Begitu juga dengan adik beradik dan orang lain. Media s0sial saya pon yang positif saja.

Kami luaran memang nampak ok dan bahagia saja. Awal perkahwinan saya berazam untuk menjadi isteri solehah. Menyediakan makan pakainya dan cuba yang terbaik untuk membahagiakannya.

Tidur juga tidak suka dipegang dipeluk. Dia hanya peluk sebelum tidur jika ingin bersama saja, sebab itu senang nak baca jika dia teringin.

Tapi kadang2 dia ego, bila lama tidak bersama saya dapat baca dia teringin, tapi dia seolah-olah ingin saya mulakan. Ada juga bila lama tidak bersama saya minta tapi ‘direject’, sudah banyak kali.

Setiap kali itu saya rasa sangat malu, kecewa dan sedih sebagai perempuan. Saya tidak pernah reject saat diminta sepanjang perkahwinan walaupun penat, tiada mood atau mengantuk, kecuali sekali ketika di luar negara kerana memang terlalu penat kerana banyak berjalan jauh.

Saya minta maaf dan ada kata kalau dia nak juga saya akan buat saja. Dia memahami waktu itu. Kadang-kadang terlintas suami ni macam lain sikit dari lelaki normal, susah nak tergoda walupun saya dah goda.

Hinggalah satu hari bila direject, saya beritahunya saya takkan minta lagi. Memang sangat kecil hati waktu itu. Sebelum ini pon ada saya kata, kerana kecil hati, tapi dalam 2 bulan 3 bulan saja.

Kadang-kadang saya rasa sangat susah untuk menjadi lemah lembut, layan suami seperti orang dulu-dulu. Lebih-lebih bila hati dah tawar sekarang.

Tanggungjawab semakin banyak beralih bahu dari suami ke isteri, sedangkan tanggungjawab isteri masih dibahu isteri. Makin lama makin ringan beban suami dan semakin berat beban isteri.

Sedangkan Allah beri kekuatan fizikal lelaki lebih dari perempuan kerana tanggungjawab2 ini. Nafkah saya sepanjang 10 tahun boleh dikira, mungkin sekitar 10 kali atau lebih sahaja.

Awal-awal dulu ada juga RM100. Tapi lama-lama RM50. Itu pon sebab saya kadang-kadang tegur dengan berhati-hati juga pada dia. Rezeki dia sempit, selalu tidak cukup duit.

Saya kata saya bukan nak sangat duit, tapi kena bagi juga ke isteri dan ibu bapa, supaya berkat.

Kami kurang komunikasi sekarang dan banyak buat hal masing-masing.
Kini perasaan saya padanya kosong. Saya rasa saya saja yang berusaha utk membahagiakan rumah tangga ini sebelum ini, sampai tahap saya pon dah berputus asa.

Saya cuba ajak berbual walaupun dia jawab nak tak nak saja. Saya kecil hati kerana dengan orang lain dia boleh bersembang mesra-mesra senyum bila saya terus tiada senyum dan nak tak nak saja.

Seperti tidak suka pada isteri sendiri. Dia kadang-kadang bercakap seolah marah (walau ketika itu tak marah), tak kira rumah ke kat luar.

Kadang-kadang saya malu bila kat pasaraya orang sampai tengok dua kali, macam isteri kena marah. Saya pernah terlintas penceraian, sebelum ni pon ada.

Tapi saya tak sanggup nak berdepan dengan rakan-rakan pejabat, rakan-rakan sekampung, saudara mara dengan status janda selepas perceraian.

Saya katakan padanya, tak semua perkahwinan indah, ada yang cemburu melihat kehidupan orang bujang tapi penceraian bukan satu option padanya.

Dan jangan tengok orang yang bercerai semuanya malang, kerana mungkin penceraian itu bawa kebahagiaan pada mereka kini.

Bersyukur, mungkin Allah mengatur kita begini kerana perkahwinan itu tidak sebahagia waktu bujang kita. Ya, saya lebih happy ketika bujang dulu.

Tapi saya tetap bersyukur, walaupun suami sangat keras dan tidak pandai menunjukkan kasih sayangnya, tapi dia bukan kaki pukul dan kaki perempuan. Tapi ya, senang untuk beri nasihat, senang untuk positif, tapi ada masa goyah juga.

Kebelakangan ini, saya rasa teramat sunyi. Seolah-olah saya tiada tempat bergantung. Benar-benar keseorangan, tiada ibu bapa untuk bermanja, adik beradik yang tidak rapat dan jauh, tiada rakan rapat untuk bercerita.

Hanya Allah saya mengadu betapa saya banyak makan hati dengan suami. Tapi takut jika suami tidak berkat, semakin sempit rezekinya, takut juga jika Allah menarik lagi nikmat kerana tidak bersyukur.

Malam ini saya ajak suami keluar makan ketika perjalanan pulang saya berterima kasih kepadanya kerana malam ini saya rasa lega sikit.

Saya beritahunya yang saya banyak bersedih beberapa minggu ini. Saya menangis setiap hari, dan saya cerita yang 2 malam lepas saya sampai rumah terus menangis teresak-esak.

Sambil memandu reaksinya hanya “ermm..” tanpa memandang, apa lagi nak pegang tangan saya memberi kekuatan. Saya makan hati lagi.. saya kata dengan hati-hati, “abang macam tak kisah saja pada saya.

Hari tu saya mesej abang ajak abang bercuti mana-mana, sebab saya depression lately, banyak bersedih.

Berdosa jika suami kecil hati, marah dan tidak puas hati. Tapi suami keras sifatnya, tidak pandai berlemah lembut dengan isteri.

Ada juga beberapa kali ketika cuba berbual dengannya saya bertanya kenapa cakap macam tu, kenapa jawab kasar sedangkan masa saya tanya/cakap tadi saya cakap ok saja. Sedih saya..

Banyak lagi perkara yang nak diluah, tapi ini pon dah terlalu panjang, maaf. Terima kasih kerana membaca hingga habis. Mohon berikan kata-kata semangat supaya saya kuat lagi..

Jika tiada pon tak apa. Saya sekadar meluahkan sahaja. Ada waktu saya bahagia juga dengan suami, ada waktu dia ok. Tapi ada waktu saya rasa ingin saja keluar dari semua ini, tapi tidak tahu bagaimana.

Untuk suami pemimpin keluarga, selalulah berjemaah, membaca quran dan usrah bersama isteri dan anak anak.

Insyaallah ada keberkatan dan kebahagiaan dalam rumah tangga. Tidak salah manjakan isteri, kerana fitrah perempuan suka dimanja. Dengarlah cerita-cerita isteri, ambil berat pada mereka.

Pujuklah sekali sekala. Isteri yang bahagia akan sedaya upaya bahagiakan suaminya juga. Buat isteri, jadilah isteri yang penyayang dan membahagiakan suami dan anak-anak. Saya doakan rumah tangga anda semua bahagia dan diberkati Allah, semoga ke syurga.