Memang benar rezeki setiap orang tu lain2. Saya sgt tertanya2 nape rezeki utk aku susah dapat. Sekarang sy sudah dapat jawapannye

Assalamualaikum, saya bukan ustaz.. tapi saya ada rahsia nak share. Rahsia rezeki. Benda ni memang betul2 jadi..

Perjalanan saya, lepas spm, saya join pra sains (6 bulan) sbb tak dapat U. Habis pra sains, baru la sambung diploma (3 tahun).

Habis diploma, cari kerja tapi tak dapat so sambung lagi degree (2 tahun). Habis degree, minta lagi kerja, pun tak dapat. Menganggur la dalam setahun.

Dah buntu, sambung lagi masters, kerajaan sponser (1.5taun). Mesti ada yang cakap, untung la boleh sambung belajar.. ada yang nasib tak boleh belajar pon.

Tips dia senang je, kena pandai cari sponser.. hehe. Saya pakai ptptn je. Alhamdulillah masih lagi bayar. So, habis masters pn saya still tak dapat kerja, saya join pulak SLIM (8 bulan).

Masih lagi kerja company sama, di takuk yg sama, boleh kata tak ada life, pergi kerja, cukup masa balik tidur.

2 tahun hadap benda yang sama, sampai la mak nasihat buat kali ke2 dan kali ni sentap banyak.. hahaha. Maybe sebab dah tua kot.

Bulan 10 2017, first time saya start buat solat dhuha. Memang tak tahu tapi usaha google. Senang rupanya. Tak caya?

Try google. Bagi yang dah tahu cara & dah amalkan, tahniah. So, yang ajaibnya, sehari lepas saya solat dhuha, bos panggil.

Lepas 2 tahun kerje ni, akhirnya dapat naik gaji.. yes! Banyak pulak tu. Dapat la merasa tangga gaji yang baru..hehe.. Biasa la company saya ni xde kenaikan tahunan. So memang terkejut. Time ni xde pikir apa2 lagi.

Point dia dekat sini, bukan nak menunjuk saya jadi director, saya nak share rahsia murah rezeki. korang amal la solat dhuha ni. Serious jadi.

Lepas buat, korang perhati la perjalanan hidup korang. Akan ada perubahan. Ni apa yang jadi dekat saya..

wallahi saya tak tipu & saya share sebab saya nak seru orang untuk buat dan amal solat dhuha. Kalau tak boleh sangat, try la sekali seumur hidup.

Tak rugi. Bila amal, lama2 korang akan faham apa maksud saya. Saya dah share rahsia rezeki saya. Harap korang boleh sama2 amal. Terima kasih kerana sudi baca luahan saya.

Jika rasa bermanfaatdan memeberi pengajaran pada cerita ini boleh lah kongsikan kepada semua agar dapat beri inspirasi kepada pembaca-pembaca di luar sana

Assalamualaikum.